Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Wednesday, March 21, 2012

Khasiat Daun Kucai


Salam, rasanya semua kenal dan biasa makan daun kucai. Kat belakang rumah, saya ada jugak tanam satu pasu daun kucai ni. Tu pun import dari rumah mak kat Terengganu.

Dalam kita duk letak daun kucai masa masak bihun goreng atau cucur udang, tahukah anda apa khasiat daun kucai ni.

Tahukah kawan-kawan nama saintifik bagi pokok kucai adalah allium schoenoprasum. Pokok daun kucai ini merupakan sejenis pokok sayuran yang hampir menyerupai pokok bawang dan ianya pula berasal dari lingkungan Di dalam masyarakat melayu kita amnya menggunakan daun kucai ini sebagai salah satu menu yang wajib ada bagi menyediakan menu hidangan bergoreng. Biasanya antara masakan yang sering kali digunakan didalam masakan daun kucai ini adalah kueh tiew goreng, cucur udang, jemput-jemput dan sebagainya.

Daun kucai memiliki pelbagai khasiat seperti mempunyai vitamin B, vitamin C dan karotin. Bukan itu sahaja malahan ia juga mampu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit wanita terutama dari segi penyakit keputihan dan sakit senggugut. Bukan itu sahaja malahan ia juga dikatakan berupaya merawat darah tinggi dan membantu melancarkan sistem pembuangan najis dalam tubuh.keluarga lili.

Daun kucai mempunyai antisepetik yang tersendiri kerana ia mampu untuk membunuh kuman bakteria dalam usus di samping menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta proses pengembangan usus. Bukan itu sahaja malahan ia juga akan melancarkan darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah dalam badan.

Cara rawatannya adalah dengan menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian di kacau bersama dengan air panas. Di minum pada setiap pagi. Apa pun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dahulu sebelum melakukannya sendiri :)

sumber info



Saturday, March 17, 2012

Kutu Kepala

Salam semua..dah lama tak buat N3.


Hari ni nak citer sikit pasal kutu kepala. Dulu masa tak hantar anak kat nurseri, tak de problem ni, tapi sekarang saya selalu kena perhati rambut anak sy. Kadang2 bila nampak dia duk garu kepala, kemungkinan besar ada lah kutu kat kepalanya. Biasanya saya guna syampoo kutu yg dijual di kedai/farmasi.

Kat sini saya share sikit info pasal kutu ni .

Kitar hidup

Kutu kepala menyerang pada kulit kepala. Parasit-parasit ini makan dengan menghisap darah perumah mereka. Kutu betina menghasilkan telur yang melekat kepada bahagian bawah lembaran rambut. Telur kutu ini akan menetas dalam masa 8 -10 hari dan menjadi matang dalam masa 2 minggu dan seluruh kitar hidup akan bermula lagi. Kutu kepala dapat disebarkan daripada seseorang kepada orang lain sama ada dengan merangkak atau jatuh ke atas pakaian atau cadar dan berpindah ke perumah lain, atau melalui perkongsian aksesori rambut seperti sikat, berus, tuala dan sebagainya.

Simptom
v Rasa yang sangat gatal pada kulit kepala atau di belakang telinga dan leher.
v Sentiasa menggaru sehingga menyebabkan ruam yang kerapkali kelihatan di belakang
telinga.

v Bintik-bintik putih pada rambut (iaitu telur kutu) yang melekat kepada rambut.
v Nodus limfa yang bengkak di sebalik telinga dalam keadaan yang teruk.
v Dalam kes-kes yang teruk, jangkitan bakteria sekunder mungkin berlaku pada kawasan
kulit yang pecah akibat digaru dengan kuat.

Apa yang anda boleh buat

v Gunakan syampu berubat atau losen kutu kepala (Tanya doctor atau ahli farmasi mengenai losen yang sesuai) untuk membunuh kutu. Keringkan rambut anda dengan sempurna,
kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus
(sikat kutu). Ulangi rawatan sekali setiap minggu yang berikutnya sehingga semua kutu yang baru menetas dibunuh. Ini kerana syampu ini tidak membunuh telur kutu. Contoh losen yang boleh digunakan untuk merawat kutu kepala adalah seperti losen yang mengandungi lindane (gamma benzin heksaklorida) dan permethrin. Bagi kanak-kanak, lindane harus digunakan seperti yang diarahkan. Penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan kesan mudarat yang teruk. Secara umumnya, bagi rawatan yang lengkap, sapukan produk tersebut (50 ml losen atau 50-100 ml pembilas krim) pada kulit kepala lebih kurang 2 kali dengan selang masa 7 hari di antara kedua-duanya. Kulit kepala harus dibalut dengan tuala dan ubat harus dibiarkan di situ selama sekurang-kurangnya 12 jam.

v Buangkan telur kutu – Celupkan sikat bergigi halus ke dalam cuka suam sebelum menyikat rambut, kerana cuka boleh melonggarkan bahan seperti gam yang melekatkan telur kutu kepada rambut.
v Periksa rambut ahli keluarga dan rawat jika perlu. Elakkan daripada menggunakan losen kutu pada bayi di bawah usia 1 tahun dan wanita hamil. Dalam kes-kes ini, pembuangankutu secara manual harus dilakukan secara perlahan-lahan.
v Topi harus dicuci-keringkan.
v Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut yang telah
dijangkiti dengan kutu kepala harus direndam dalam losyen kutu atau alkohol selama
beberapa jam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya.

v Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas dan dikeringkan di bawah
cahaya matahari atau dalam kitar panas mesin pengering.

v Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan kain.
v Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, berjumpalah dengan doctor untuk rawatan.
v Gunakan semua ubat kutu seperti yang diarahkan.

Pencegahan

v Elakkan daripada berkongsi berus, sikat dan aksesori rambut dan sebagainya.
v Elakkan daripada berkongsi tuala.
v Jangan menghantar kanak-kanak yang diinfestasi kutu ke sekolah sehingga mereka telah
dirawat dengan sempurna.

Saturday, February 11, 2012

Bunga kemboja merah dan putih



Bunga kemboja saya sudah berbunga. Rupa2nya ada warna merah dan ada warna putik.
Sekarang ni saya tengah cari info camne nak buat batangnya macam bonsai..baru nampak cantik..


Tuesday, February 7, 2012

Sayur kulit rambai


Salam Maulidur rasul(tak terlambat lagi rasanya) untuk semua.

Kemarin pi market Permatang Pauh, ada org jual buah rambai. Lama tak nampak buah ni. Hubby pun tanya , tahu buat sayur kulit rambai dak macam yg mak kat Terengganu suka buat. Saya kata ok, tapi sbb lama tak buat, call mak jugak untuk confirm. Saya tak sure, sayur ni org pantai timur je ke buat atau kat mana2 ada. So, since sy jarang buat, sy nak share resipi ni lah.

Sayur Kulit rambai.

Bhn2:
1. Buah rambai, dikupas kulit dan dicarik2. Isinya boleh makan le..
2. Ikan selayang - 2-3 ekor direbus.
3. Bwg besar - dipotong 4 atau 8 (kalau tak suka besar).
4. Lada hidup - dibelah n potong pjg. (sy guna lada kecil sbb stik tak de).
5. Bwg putih - 2 ulas - dipotong kecil2.
6. Santan -sy guna santan kotak segera -1/2 kotak.

Cara2:
1. Kulit rambai direbus/celur agar rasa masamnya hilang.
2. Selepas diangkat kulit rambai, kita ramas2 sedikit supaya rasa masamnya kurang.
3. Ikan yg direbus, di ambik isinya kecil2.
4. Masukkan kulit rambai, isi ikan, bwg besar, bwg putih, lada hidup dan air kedalam periuk.
5. Selepas mendidih, masukkan santan.
6. Masukan sedikit garam secukup rasa.





Sunday, January 29, 2012

Berhati2 dgn jualan AMG Italy di luar Tesco, Giant , Carrefour

Salam semua,

Susulan entri yg lepas pasal http://ana-mutiarahati.blogspot.com/2011/09/tektik-tipu-product-amg-italy-kat-tesco.html, saya menerima banyak komen, ratanya sudah tertipu. Saya lihat diorang/promoter tu still beroperasi di Tesco, Giant dan Carrefour. So, diharap sesiapa saja yg baca entri agar2 berhati2, jangan terpedaya dengan diskaun atau voucher dapat tunai atau barang 2 free.

Kat sini, saya copy link cara diaorang approach yg agak details. Apa yg saya cerita dlm entri lalu tak sedetail cerita dia. Memang jalan ceritanya sama dgn apa yg saya lalui.

Thursday, January 26, 2012

Bila Blog redirect ke Adiwidget.com

Salam semua,

2-3 hari lepas, saya ada masalah bila ingin bukak blog saya ni. Setiap kali bukak, blog ni akan redirect ke Adiwidget.com. Dalam hati, ingat mesti dah tak leh guna blog ni.

Apa yg saya buat
1. saya log in e-mail and password melalui blogger.com.
2. Saya terus pergi kat page `Design`. Jangan view blog lagi.
3. Then saya cari HTML/javascript yg saya letak ada kaitan dgn `adiwidget`.
4. Then, saya remove gadget ini. Save.

Sesiapa yg mengalami problem macam saya, sila lah ikut cara diatas.




Tuesday, January 24, 2012

Panduan Wuduk Bagi Pesakit Berbalut Tangan/Jari


Salam semua,

Susulan jari saya yg terkena pisau dan kini masih berbalut, di sini saya share cara2 yg betul untuk mengambik wuduk. Ini pun saya dapat ilmu dari mak sedara saya. Pada awalnya, saya ingat memadai dengan menyapu air disekitar balutan saja tapi sebenarnya kita kena buat tayammum jugak.

Info ni saya ambik dari Jakim. Disni saya share cara wuduk untuk pesakit yg berbalut tangan/jari saja. Yang lain2, bolehlah buka website Jakim tadi.


Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air.

Cara pertama
i . Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas
tangan yang berbalut.
iii. Bertayammum.
iv. Menyambung wudu’ dengan menyapu air ke kepala.
v. Membasuh dua kaki.

Cara kedua:
i. Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Bertayammum dengan menyapu debu ke muka dan
menyapu debu ke tangan hingga selesai.
iii. Menyambung wudu’ dengan membasuh tangan yang
sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
iv. Menyapu air ke kepala.
v. Membasuh kaki.
Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...