Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

Monday, December 23, 2013

Pengalaman anak pembedahan Tonsil /tonsillectomy

Salam semua pengunjung blog ini.
Dah lama saya tak update blog ni. Sekarang ni masa saya agak terhad, sibuk dgn kerja, dobi, anak2 dan rumah. Hari ni ok sikit sbb kat tempat kerja ni , production shutdown, so boleh lah rilex sikit.

Sebenarnya untuk membuat keputusan operation tonsil agak berat jugak bg sy n husband tapi terpaksa buat. Sebenarnya masa dia umur 5 thn lagi, Dr suruh buang tonsil sbb dia kerap demam sbb tonsil yg bengkak dan kadang2 sampai bernanah. Kadang2 bila dia demam, nampak macam dia susah bernafas, tidur pun kena bukak mulut, tidur pun tak lena.

Setahun yg lepas, sy bawak dia ke Specialist ENT kat lamWah Ee, Dr suggest buat operation tp kena tunggu berat lebih 20kg. Sy tanya pendapat beberapa org doctor termasuk pakar kanak2. Some Dr kata tunggu dia besar mungkin, tonsil boleh mengecil, some Dr kata buat operation , kalau tak setiap bulan terpaksa makan anti biotik. So, sbb Aisyah tahun depan dah nak masuk Darjah 1, kitaorang pilih buat operation. Tawakal je kat Allah.
Sebelum operation sy ada baca dlm blog pengalaman orang2 yg pernah buang tonsil ni. Ada jugak kawan2 yg kena buang tonsil ni. Rata 2 kata after operation memang sakit dan kebanyakan kata kalau nak buat better buat masa kecik sbb budak2 recovery after operation cepat sikit than dewasa. Saya ada tanya Dr ENT, dia kata untuk budak , 2-3 hari dah ok.

Saya pilih operate kat KPJ Perda sbb dekat dgn rumah, ENT nya Doctor Ewe .Ada orang suggest buat kat Pantai sbb dr melayu yg buat operation. Bagi saya semuanya sama je. Sebenarnya, Aisyah schedule operation pada 19 Dec 2013 tapi 18 Dec petang dah kena admitted sbb doc kata kalau datang 19 Dec, banyak prosedur yg kena buat, takut jadi lambat dan operation pada sebelah petang. Oleh kerana Aisyah kena puasa, Aisyah admitted18 Dec la.
Bila dah masuk hospital, nurse ada ambik darah. Dr Bius pun ada datang ambik consent untuk bius/operation.

Bila bagitau Aisyah nak kena operation, dia suka je sbb kitaorang bgtau lepas operation dapat makan aiskirim. Tu la budak2, tak nampak pun rasa takut. Dia cuma start menangis bila masuk bilik operation sbb masa tu, nurse dah bukak semua baju dia dan sbb sy masuk ke bilik operation tu agak lambat sbb sy pun kena tukar pakaian operation. Masa tengah menangis, Doctor bius inject dia masa tu saya rasa sungguh sayu/sedih sbb tiba2 nampak dia terdiam dan mata tertutup. Rasa bersalah pulak bagi dia masuk operation.

Selepas operation,bila dia sedar dia muntah dan Aisyah tak dibenarkan keluar dr bilik operation lg sbb tunggu dia stabil. Dia muntah beberapa kali. Setiap kali muntah, ada darah keluar. Sy risau jugak. Bila dimasukkan ke wad , dia tetap muntah, dalam average setiap jam muntah keluar darah. Masa ni sy risau jugak. Sy bagitau nurse suruh Dr Ewe datang sbb risau tengok kerap muntah. Masa ni nurse drip dia dgn glucose, so dia tetap ada tenaga walaupun muntah. Aiysah muntah sampai malam.

Esoknya, nampak ok, dah tak muntah. Dia bagitau lapar tp bila sy suruh minum air, dia tak mau sbb katanya sakit. Bila saya kata nak bg aiskrim, dia mau. So, sy bagi makan aiskrim. Nampak macam ok je, dia dah boleh makan!! Lepas tu sy nak bagi bubur, dia tak mau, katanya sakit. Petang sikit lepas dipujuk, nampaknya dia dah boleh makan sikit2.Alhamdulillah. Hari ketiga after operation, nampaknya dia dah sihat. Suara tak de la kasar macam yg sy baca. Mungkin different orang different recovery.Hari keempat dah boleh keluar.

Ni gambar sebelum masuk bilik operation.

Friday, April 30, 2010

Kesian anak2 kita..beg sekolah berat..


Anak saya yg bersekolah rendah ada 2 orang..pada hari2 tertentu, kesian betul kat diorang sbb begnya terlalu berat..kita nak try kurangkan buku pun tak tahu yg mana satu..untuk satu matapelajaran kena bawak buku teks, buku aktiviti, buku tulis (kalau BM- 4-5 buah buku tulis)..tambah pulak kelasnya kat tingkat kedua.

Kat bawah ni adalah kajian pasal beban budak2 sekolah ni..

SEKALI lagi masalah beg sekolah berat timbul semula. Ia bukanlah masalah baru. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah hampir sedekad mengulangi gesaan supaya pihak berkuasa pendidikan menangani masalah beg sekolah berat tetapi ia seperti tidak diendahkan.

Pada Februari 2007, CAP menyerahkan satu penemuan daripada sebuah kajian tempatan bertajuk Berat beg sekolah dan kesannya kepada otot tulang belakang dan sakit bahagian bawah belakang di kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) Januari 2005 kepada Kementerian Pelajaran yang mengemukakan masalah itu dengan jelas dan untuk diambil tindakan segera.

Dalam kajian Universiti Putra Malaysia yang dijalankan oleh Tamrin SBM dan rakannya, mendapati sehingga 58.3 peratus daripada kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengalami sakit pada bahagian bawah belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.

Penyelidik itu merumuskan bahawa insiden sakit pada bahagian bawah belakang dikaitkan dengan beban berat yang boleh dikaitkan dengan fakta bahawa kebanyakan kanak-kanak sekolah yang dikaji membawa beg sekolah dengan berat 15 peratus daripada berat tubuh mereka sendiri. Ini merupakan had bahagian atas yang disarankan oleh kebanyakan pengamal kesihatan.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak perempuan tidak mampu menanggung dalam membawa beban pada bahagian belakang mereka. Kanak-kanak sekolah yang lebih muda juga didapati tidak mampu untuk membawa beban, dalam bentuk tenaga yang digunakan berbanding dengan kanak-kanak yang lebih tua yang cenderung untuk menggunakan otot-otot mereka lebih mampu untuk membawa beban pada bahagian belakang mereka. Penemuan ini selaras dengan hasil pengarang lain yang menyatakan kanak-kanak yang lebih muda mempunyai masalah untuk membawa beg sekolah yang berat.

Pada keseluruhannya, dirumuskan bahawa terdapat insiden sakit belakang yang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah dan perkara ini perlu dinilai semula sama ada mereka perlu membawa sebarang beban terutama beg sekolah yang berat memandangkan mereka terpaksa berdepan dengan risiko sakit belakang pada masa hadapan.

Beberapa tahun yang lalu, CAP menjalankan tinjauan secara rambang terhadap lebih 200 pelajar sekolah rendah. Kajian kami menunjukkan kira-kira 40 peratus daripada mereka membawa beg sekolah yang lebih daripada 20 peratus atau lebih satu perlima daripada berat tubuh mereka sendiri. Beberapa garis panduan menyarankan bahawa berat seperti itu tidak seharusnya melebihi 10 peratus daripada berat kanak-kanak.

Beban yang tidak sama dan berlebihan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah belakang dan kecacatan spina (tulang belakang). Tekanan daripada berat yang berlebihan ini mungkin menyebabkan bahaya dan mungkin kesan sampingan yang menjejaskan perkembangan sistem musculo-skeletal.

Pihak Kementerian Pelajaran tidak seharusnya memberikan sebarang alasan atau teragak-agak untuk bertindak terhadap masalah beban ke atas belakang kanak-kanak tetapi perlu dengan segera melihat masalah beg sekolah yang berat ini.

Potensi kesan sampingan terhadap kesihatan amat serius bukan hanya kesan segera terhadap kanak-kanak tetapi mungkin juga akan menjadikan berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik apabila dewasa nanti.

S. M. Mohamad Idris

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Friday, March 12, 2010

Sindrom anak kedua


Pernahkah anda semua mendengar pasal sindrom anak kedua? Saya pernah baca pasal sindrom anak kedua ni dari majalah dan juga ceramah Dr Fazilah Kamsah.

Bila fikir2 balik, mungkin ada betulnya. Anak kedua saya, Adham boy dah 7 tahun sekarang, since dari kecik lagi selalu aje buat perangai. Tak boleh silap sikit, terus naik suaranya atau menangis meraung-raung.

Semalam, Adham buat perangai lagi, adiknya Aisyah main2 nak tolak dia, dia terus mengamuk dan nak pukul balik adiknya. Bila dilarang, dia tetap nak balas kat adiknya. Masa tu abah dia ada kat rumah, apalagi, terus dibawanya dia masuk bilik air, suruh mandi. Mungkin tetap rasa tak puas hati, terus dia buang barang2 dlm bilik air. Apabila abahnya suruh simpan balik, dia buat tak tahu aje... ..

Kesimpulannya, sindrom anak kedua ni, mungkin betul : degil, suka mengamuk, keras kepala..
Ya Allah, ya tuhanku semoga nanti besar nanti, perangainya akan berubah..amin..


Friday, January 22, 2010

Tips tangani anak suka mengamuk

PERNAHKAH anda menjadi perhatian di pusat beli belah gara-gara kerenah si kecil yang tiba-tiba mengamuk? Dia menangis tanpa henti, menghentak-hentak kaki sehinggakan orang yang lalu lalang tersenyum sinis pada anda.

Salahkah kalau anda mencubitnya supaya dia diam? Atau menarik telinganya? Atau mungkin anda patut mendukungnya saja dan pulang terus ke rumah.

Kemarahan secara tiba-tiba ini disebut ‘
temper tantrum’ dan ia bukanlah kemestian pada setiap kanak-kanak. Namun, di kalangan sesetengah ibu bapa, sikap anak yang baran atau mudah marah memang memeningkan kepala. Lebih sukar lagi jika anak kecil ini tidak makan pujukan dan menangis lebih kuat apabila mereka tidak diendahkan.

Pakar sebuah pusat perubatan Amerika Syarikat, Dr Jay Hoecker menyifatkan
tantrum adalah satu proses tumbesaran yang normal. Ia juga bukan penyakit dan mulai hilang apabila usia kanak-kanak semakin meningkat.

“Apatah lagi jika anda dan dia sudah boleh berbual dan berkongsi pendapat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh. Sebenarnya, tantrum dilihat oleh kebanyakan pakar psikologi kanak-kanak sebagai luahan rasa kekecewaan seseorang kanak-kanak tidak kiralah sama ada ia dari sudut fizikal, mental atau emosi.

“Kekecewaan itu ada kalanya kerana kesukaran anda sebagai ibu bapa memahami kehendaknya disebabkan penguasaan perbendaharaan kata yang sedikit,” katanya yang menulis di Mayoclinic.com.

Tantrum dianggap normal kerana sebahagiannya berpunca daripada kegagalan anak kecil itu menguasai kemahiran asas. Misalnya, gagal membuka atau menutup butang baju. Ini disebabkan ada segelintir kanak-kanak memiliki kecenderungan untuk mudah marah berbanding kanak-kanak lain dan lazimnya faktor seperti letih, lapar atau tertekan menyebabkan mereka mengamuk.

Apabila usianya semakin bertambah, dia akan belajar menangani emosi yang mencetus kemarahan. Dia juga selalunya sudah mampu menguasai pertuturan dengan baik serta semakin berdikari.

Namun, dalam lingkungan usia dua hingga tiga tahun, anak kecil ini cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami. Membaling barang, menghentak-hentak kaki atau menjerit sekuat-kuat hati adalah cara meluahkan kekecewaan itu. Ada kala luahan kemarahan itu berlaku selama 20 saat atau mungkin hingga berjam-jam lamanya.

Dr Hoecker berkata, kanak-kanak mula memperlihatkan kemarahan (
tantrum) pada usia dua atau tiga tahun. Namun, ada juga kanak-kanak yang mula mempamerkan sikap tantrum pada usia yang lebih muda daripada itu. Apabila dia berusia empat atau lima tahun, dia masih mudah mudah tetapi apabila usia semakin meningkat, penguasaan bahasanya juga meningkat dan anda boleh mengajaknya berbual dan mudah bertolak ansur.

Tantrum ialah tingkah laku untuk menarik perhatian. Justeru, satu cara untuk meminimumkan tantrum si kecil anda adalah dengan tidak mempedulikannya. Selalunya, dia akan menjerit lebih kuat dan menarik perhatian. Jadi, ambil peluang itu untuk berbincang tentang sikapnya.

Apabila si kecil meradang, penting untuk anda bertenang dan mengawal kemarahan. Menjerit padanya atau memukul hanya akan memburukkan lagi keadaan. Selalunya, apa yang terbaik untuk anda dan si kecil yang mengamuk ialah suasana senyap tanpa anda mengalah dan tunduk padanya. Dia akan diam dengan sendiri apabila dia gagal menarik perhatian anda.

Jadi perlukah anda menghukumnya sebagai balasan ‘mengamuk’? Logiknya tentulah tidak. Walau sebesar mana pun kemarahan anda kepadanya, cara terbaik ialah mengingatkannya sikap itu tidak betul.

Justeru, mengelak kemarahan anak kecil itu adalah lebih baik. Mulakan dengan diri sendiri dengan memberi perhatian dan pujian padanya bagi membina keyakinan dirinya. Secara tidak langsung dia tahu anda menyayangi dan mengambil berat.

Perhatikan juga tanda-tanda yang boleh menyebabkannya marah dan cuba alihkan perhatiannya.

Beri sedikit kebebasan pada si kecil anda. Misalnya, jika memesan minuman tanya dia apakah air yang diinginkan, jus atau teh. Jika memintanya memberus gigi tanya padanya, hendak berus gigi sebelum atau selepas mandi?

Beri perhatian kepada permintaannya dan jika tidak boleh ditunaikan beritahu sebabnya. Sebagai ibu bapa anda lebih memahaminya, jadi jangan bawa dia membeli belah pada waktu tidur semata-mata hendak mengejar jualan murah.

Bagaimana jika dia tiba-tiba mengamuk walaupun anda sudah cuba sedaya upaya mengelak berlaku tantrum?

Jangan marah, sebaliknya cuba bertenang dan senyum.

Cuba fahami mengapa si kecil anda marah.

Alih perhatiannya.

Dakapnya, belai rambutnya dan tenangkan dia - mungkin kadang kala anak-anak akan terus menjerit, jadi tinggalkan dia sekejap. Jangan pedulikan dia dan lihat bagaimana reaksinya.

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...