Saturday, April 9, 2011
Bila Bibik dah balik..
Friday, October 1, 2010
Lagi kisah kumpulan Bendera, Indonesia
“KAMI mohon maaf dan tidak akan mengulangi hal yang tercela ini. Apabila hal ini terulang kembali kami daripada kelompok Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) bersedia bertanggungjawab dan dihukum berdasarkan undang-undang yang diputuskan di Indonesia.”
Demikian luahan bertulis Adrian Napitupulu dari Jakarta, Indonesia menerusi laman web www.topix.com September lalu. Pemuda Indonesia itu melahirkan kekesalan gara-gara tindakan agresif Bendera menggugat hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.
Ketidakpuasan hati rakyat Indonesia terhadap Malaysia dikatakan berpunca daripada isu lagu Terang Bulan dan tarian Pendet.
Api kemarahan rakyat di Tanah Seberang itu dilihat semakin menjadi-jadi selepas beberapa akhbar nasional Indonesia menyiarkan berita dengan melemparkan tuduhan bahawa Malaysia mendakwa tarian Pendet milik negara ini. Sedangkan, isu berkenaan langsung tiada kena-mengena dengan kerajaan Malaysia.
Hari demi hari, provokasi daripada pihak tertentu dan percaturan kotor pihak media di Indonesia membangkitkan rasa marah dan tidak puas hati di kalangan rakyat Indonesia. Hingga ke satu tahap, mereka berani mengusir orang Malaysia dengan menggunakan buluh-buluh runcing.
Bagaimanapun, laman web detik.com pernah melaporkan operasi ancaman buluh runcing di jalanan itu bertahan selama setengah jam saja, memandangkan tiada seorang pun rakyat Malaysia berada di jalan itu.
Namun kekesalan kumpulan Bendera hanya bersifat sementara. Kini mereka mengulangi perkara yang sama. Demonstrasi dalam keadaan tegang berlangsung tanpa henti di persekitaran Tugu Monas dan Lapangan Monas di Jakarta Pusat.
Bendera merupakan kumpulan yang lantang bersuara dan berada di barisan hadapan tatkala memperjuangkan hak rakyat dan negara mereka, Indonesia terutamanya yang mempunyai hubung kait dengan Malaysia.
Terbaru, mereka meradang kerana membantah penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada pertengahan Ogos lalu.
Propaganda media Indonesia mengenai seorang pembantu rumah yang mendakwa dirogol dan diseksa dengan seterika panas oleh majikannya di Pulau Pinang turut membakar dendam Bendera.
Melontar najis
Ekoran insiden itu, kumpulan Bendera bertindak melontar najis ke Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.
Segelintir ahli Bendera pula mengugut melancarkan Sweeping Malaysian iaitu protes mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabat Bendera di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.
Kumpulan itu semakin hilang pertimbangan apabila membakar dan memijak-mijak bendera Malaysia. Ketika Malaysia meraikan sambutan Kemerdekaan yang ke-53, sekumpulan penunjuk perasaan Bendera mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T sebagai hadiah kemerdekaan Malaysia.
Menurut Koordinator Bendera Mustar Bona Ventura Manurung, 35, mereka mencadangkan agar kerajaan Indonesia memikirkan kaedah untuk membawa pulang hampir dua juta rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia. Ia bertujuan mempertahankan kehormatan dan kedaulatan Indonesia.
“Sebaik sahaja semua Tenaga Kerja Indonesia (TKI) pulang, maka hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia harus segera diputuskan. Lagipun kerajaan Malaysia enggan memohon maaf kepada rakyat Indonesia berhubung beberapa insiden yang berlaku.
“Kemarahan kami sukar dibendung lagi. Bendera akan bertindak lebih agresif,” ujar Mustar, bekas penuntut di Sekolah Menengah Pertama Kristen (SMPK), Bogor, Indonesia.
Sementara itu, Pensyarah Sosiologi, Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Fatimah Daud mencabar pemerintah Indonesia membawa pulang semua rakyatnya di negara ini.
Hidup miskin
Pemerintah Indonesia diminta membuka peluang pekerjaan di sana dan tawarkan bayaran sama seperti yang majikan Malaysia berikan. Persoalannya adakah mereka mampu melaksanakannya?
Fatimah yang menjalankan kajian tentang pembantu rumah enam tahun lalu mendapati hampir 90 peratus responden Indonesia mencari rezeki di Malaysia kerana tidak tahan hidup dalam kemiskinan di negara sendiri.
“Demonstrasi kumpulan Bendera tidak relevan dan ia mengugat periuk nasi rakyat Indonesia yang mencari makan di Malaysia bagi menampung kehidupan keluarga di negara mereka,” keluh Fatimah.
Tambah Fatimah, ketika Bendera sibuk memperjuangkan nasib TKI, sedangkan tanpa mereka sedari hampir 1.9 juta rakyatnya di negara ini lebih banyak mendatangkan kesan buruk.
Sejak TKI membanjiri Malaysia, warga tempatan tidak tenang menjalani kehidupan harian. Setiap hari ada saja paparan negatif seperti merompak, membunuh dan merogol yang melibatkan rakyat Indonesia.
“Kita sudah jelak dengan kerenah rakyat Indonesia yang buat perangai di sini. Isu pembantu rumah membuat onar sentiasa berlaku. Saya sendiri mengalami masalah kerenah pembantu rumah.
“Selama tiga tahun berkhidmat, pembantu rumah saya kerap mencuri barang kemas, pakaian, kosmetik, produk mandian dan perkakasan dapur. Segala-galanya terbongkar apabila saya menggeledah biliknya. Selain itu, dia juga menyorok barang yang curi di dalam tong sampah dan seluar dalam yang berzip,” tegas Fatimah.
Kerenah pembantu rumah
Sementara itu, Tengku Nor Fawizah Tengku Nujumuddin, 60, yang pernah menggunakan khidmat enam orang pembantu rumah sebelum ini telah mengalami kerugian melebihi RM40,000.
Kos pengurusan dan gaji yang dibayar tidak setimpal. Rata-rata bekas pembantu rumahnya tidak mendengar kata, malas dan bekerja sambil lewa.
“Sebagai pembantu rumah mereka seharusnya melakukan tugasan rumah, bukanya bersantai dan tidur saja. Ada juga yang memberontak dengan berguling-guling di lantai apabila ditegur,” terang Tengku Nor Fawizah ketika dihubungi Kosmo!
Bagi pembantu rumah, Dahlia Mahmud, 22, dia enggan pulang dan bekerja di Indonesia. Kata anak keempat daripada lima orang adik-beradik itu, dia cukup selesa dan seronok bekerja di Malaysia dan mempunyai majikan yang baik.
KUMPULAN bendera seharusnya memikirkan cara untuk memberi kehidupan baik kepada rakyat Indonesia bukan sekadar mencetuskan provokasi yang menggugat hubungan dengan negara lain. |
Sepanjang empat tahun di Malaysia, Dahlia bersyukur kerana dapat mengubah taraf hidup keluarganya di Medan, Indonesia.
“Dulu rumah saya hanya berdindingkan papan dan mempunyai sebuah bilik saja. Saya bersyukur kerana dapat membantu keluarga membina rumah batu yang mempunyai tiga bilik.
“Setiap bulan saya kirim RM400 kepada keluarga untuk belanja harian,” tutur Dahlia yang meringankan beban bapanya sebagai pengayuh beca.
Selain dilema pembantu rumah, masyarakat tempatan juga gusar dengan romeo Lombok yang membawa lari anak-anak gadis ke sana.
Lelaki-lelaki Indonesia dari wilayah Lombok di Mataram itu langsung tidak memikirkan kebimbangan keluarga gadis-gadis berkenaan. Itu tidak termasuk kos yang terpaksa dikeluarkan badan bukan kerajaan (NGO) atau kerajaan untuk membawa pulang wanita Malaysia yang menderita di Lombok.
Misalnya, kes yang berlaku terhadap Noor Fadilah Ahmad, 18. Dia melahirkan kekesalan kerana lari ke Lombok tanpa restu ibu bapa semata-mata terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki, Nasrudin Dahrom, 24.
“Kehidupan di Lombok jauh berbeza dengan di Malaysia termasuk terpaksa memasak menggunakan kayu api, apa pun itu semua menjadi pengajaran dan memberi pengalaman baru kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas pulang ke Malaysia dua tahun lalu.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Unit Kecemerlangan Warisan, Bahagian Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra malaysia (UPM), Dr. Mohd. Sharifudin Yusop, menyifatkan tindakan Bendera sebagai melampaui batas.
Pengikut adalah penganggur
Mereka hanya melihat kekejaman majikan Malaysia, sedangkan ramai rakyat Indonesia yang mencetuskan pelbagai masalah di negara ini.
Sebagai salah seorang konsultan dari Malaysia yang turut serta mengendalikan portal Melayu di Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu (BKPBM), Yogyakarta, Sharifudin kerap berulang-alik dari Malaysia ke Yogyakarta serta singgah di Jakarta.
“Kumpulan Bendera tidaklah segah yang dipaparkan media. Sebenarnya, segelintir ahli saja yang lantang bersuara. Sebaliknya, ratusan yang lain hanya pengikut yang terdiri daripada penganggur dan orang gelandangan.
“Barangkali kata-kata saya agak sinis tetapi hakikatnya kumpulan Bendera berdemonstrasi kerana terdesak dan kesempitan hidup,” ujar Sharifudin mengenai rakyat Indonesia yang menyertai Bendera semata-mata untuk mendapatkan makanan.
Sebelum ini koordinator Bendera, Mustar menafikan dakwaan bahawa ahli kumpulan Bendera mengikuti demonstrasi kerana dibekalkan sebungkus nasi campur dan dibayar upah 30,000 rupiah (RM10.45) hingga 40,000 rupiah (RM13.90).
Tambah Sharifudin: “Perkara tersebut sememangnya berlaku. Saya melihat sendiri penganjur memberi sepuntung rokok, air kotak dan nasi bungkus sebagai upah kepada mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.”
Saturday, May 22, 2010
Apa yang perlu dijauhi oleh Majikan kepada Maid
Sifat Sifat Yang Perlu Dijauhi oleh Majikan
| Sikap | Indikasi | Implikasi |
| Cerewet yang keterlaluan | Majikan tidak menolong dan menunjuk ajar pembantu bahkan asyik memeriksa setiap gerakerja pembantu | Pembantu akan merasa stress dan tidak aman dengan kehadiran majikan. |
| Sombong yang melampau | Majikan tidak menghiraukan kebajikan dan makan minum pembantu | Pembantu kurang hormat kepada majikan terutamanya sewaktu ketidakhadiran majikan |
| Kikir Yang Berlebihan | Contohnya majikan mengira berapa biji telur yang digunakan setiap hari dan bertanya pembantu ke mana pergi telur-telur tersebut. Biasanya berkaitan dengan profesyen seperti akauntan, perbankan dan audit. | Pembantu akan merasakan tidak cukup diberikan makan kerana dikongkong keterlaluan. |
| Terlalu Berkira | Majikan akan memotong gaji untuk pembantu menelefon yang perlu, membeli jajan, kerosakan harta benda yang tidak sengaja dan sebagainya. | Pembantu tidak selesa dan bercakap dengan jiran tentang majikan yang pelit. Menghitung hari untuk tamat kontrak |
| Terlalu Garang | Pembantu selalu ditengking dengan suara yang tinggi | Pembantu akan membenci majikan |
| Menganiaya | Pembantu tidak dibayar gaji yang sepatutnya atau hak mereka diambil tanpa hak | Pembantu mendendami majikan |
| Mencabul | Pembantu dicabul sewaktu ketiadaan isteri | Boleh menjadi kes jenayah seksual |
Thursday, April 15, 2010
Kisah pembantu rumah (1)
Wednesday, March 24, 2010
Kiriman Wang ke Indonesia yang cepat

Saturday, February 20, 2010
Permohonan Pembaharuan Pas lawatan Kerja Pembantu Rumah/ Renew maid
Saya baru je renew permit maid saya untuk tahun kedua. Syarat2nya seperti di bawah:
| |||||||||||||
1. | Permohonan pembaharuan PL(KS) pekerja asing boleh dibuat di Pejabat Imigresen Negeri atau Bahagian Pekerja Asing, Ibu Pejabat dalam tempoh tiga bulan sebelum PL(KS) tamat. | ||||||||||||
2. | Majikan perlu memastikan pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik panel yang dilantik oleh FOMEMA Sdn. Bhd. serta disahkan sihat sebelum permohonan lanjutan tahun kedua dan ketiga dikemukakan ke Jabatan Imigresen Malaysia. | ||||||||||||
3. | Semua urusan lanjutan PL(KS) pekerja asing semua sektor hendaklah dikemukakan sendiri oleh majikan kecuali pembaharuan PRA boleh diuruskan oleh agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan ini. | ||||||||||||
4. | Permohonan yang tidak lengkap atau teratur akan ditolak. | ||||||||||||
5. | Bayaran untuk lanjutan merangkumi bayaran levi, bayaran visa mengikut jenis dan warganegara, bayaran proses dan bayaran untuk PL(KS) sebanyak RM445. | ||||||||||||
6. | Dokumen yang perlu dikemukakan: | ||||||||||||
| |||||||||||||
Makluman : Untuk pembaharuan PRA sila bawa pasport dan bayaran dalam bentuk bank draf atau wang pos sahaja. Pastikan telah lulus pemeriksaan kesihatan di FOMEMA Sdn. Bhd. bagi tujuan lanjutan tahun kedua dan ketiga sahaja | |||||||||||||
Friday, February 5, 2010
Syarat-syarat Ambil Pembantu Rumah Indonesia/Thailand
Untuk ibu2 yg berhajat mengambil pembantu rumah Indonesia/Thailand. Ini diolah dari syarat2 Imigresen.
Garis panduan mengambil pembantu rumah:
1. | Permohonan pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) boleh dibuat oleh majikan sendiri atau melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia di pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan. |
2. | Majikan mesti terdiri daripada suami atau isteri yang mempunyai anak berumur bawah 15 tahun yang perlu perhatian dan jagaan atau ibu bapa yang sakit/uzur. |
3. | Suami dan isteri majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) pembantu rumah asing yang layak dipohon untuk satu keluarga. |
4. | Jumlah pendapatan bulanan majikan tidak kurang dari RM3,000.00. |
5. | Majikan tidak muflis. |
6. | Majikan yang mempunyai alasan yang kukuh dan pendapatan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dibenarkan memohon pembantu rumah asing kedua. |
7. | Bakal PRA mestilah perempuan,serta berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun dan disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang dilantik. |
8. | Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja. |
9. | Bakal PRA mestilah berada di negara asal dan masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang diambil di pejabat perwakilan Malaysia di negara berkenaan. |
10. | Majikan dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan bagi PRA di klinik panel yang dilantik oleh Fomema Sdn. Bhd. sebaik tiba di negara ini dan mendapatkan endosmen PL(KS) di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri yang meluluskannya dalam masa 1 satu bulan dari tarikh tiba. |
11. | Pembantu rumah asing yang gagal pemeriksaan kesihatan tidak dibenarkan bekerja dan majikan perlu mengurus penghantaran pulang segera dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia. |
12. | Majikan hendaklah memastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja (tidak termasuk cuci kereta). |
13. | Majikan dimestikan menyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal yang sesuai kepada PRA lengkap dengan kemudahan asas dan makanan yang berkhasiat. PRA juga hendaklah diberi rehat secukupnya termasuk waktu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. |
14. | Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan PRA melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan dan tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam. |
16. | Majikan hendaklah maklum bahawa PRA tidak dibenarkan membuat Permohonan Permit Masuk semasa memegang PL(KS). |
17. | Majikan hendaklah memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia. |
18. | Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS) dan bagi lanjutan tahun kedua serta ketiga setelah mendapat kelulusan pemeriksaan kesihatan di klinik panel yang dilantik oleh Fomema Sdn. Bhd. |
19. | Majikan bertanggungjawab menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukkan kepada pihak Jabatan apabila diminta untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar. Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan. |
20. | Rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah tanggungjawab majikan. |
21. | Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya PRA meninggal dunia, hilang atau melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja. |
22. | Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada PRA. |
23. | Sekiranya majikan dan pasangannya bercerai, Jabatan Imigresen Malaysia berhak untuk memindahkan nama majikan PRA berkenaan kepada isteri atau majikan baru yang berkelayakan. |
24. | Sekiranya majikan atau pasangannya meninggal dunia, maka majikan atau pasangan atau warisnya diminta melaporkan kepada Jabatan Imigrsen Malaysia penentuan majikan baru PRA berkenaan. |
25. | Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Imigresen Malaysia bagi PRA yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan penghantaran pulang. |
26. | Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan. |
27. | Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan PRA yang dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal. |
28. | Majikan yang ingin membawa pembantu rumah asing bekerja di luar negara dikehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan negara asal pembantu rumah asing berkenaan di Malaysia. |
29. | Majikan yang telah diberi kelulusan PRA tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan disenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan pembantu rumah asing. |
30. | Majikan dan PRA hendaklah sentiasa mematuhi perkara-perkara yang dipersetujui dalam perjanjian pekerjaan. |
Monday, January 18, 2010
Prosedur mengambil pembantu rumah tanpa ejen
Friday, January 15, 2010
Tips Majikan dan Pembantu Rumah- Bhg 2
Sambung lagi tips majikan dan pembantu rumah
Pembantu adalah asset anda. Uruskan mereka dengan baik dan kita memperolehi pelbagai manafaat daripadanya. Sekiranya kita tidak menguruskan dengan baik tidak mustahil kita akan kehilangannya.
Beristikarahkah semasa membuat pilihan sepertimana maksud al-Hadith. ”….Sesungguhnya tidak akan menyesal orang yang beristikarah….”.
Tiada beza darjat pembantu dan majikan. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. Semua ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Ianya mungkin adalah berdasarkan pengalaman atau pengamatan semata-mata. Majikanlah orang yang paling sesuai menilai bagaimana cara terbaik menangani pembantu rumah masing-masing.Wallahua’lam.
1) Awasi pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya pekerja kontrak. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujukan lelaki. Jangan mudah percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat.
2) Awasi jika ada sindiket yang mendekati pembantu menawarkan pendapatan yang lumayan, memujuk pembantu melarikan diri.
3) Jangan terlalu percaya kepada pernyataan pembantu rumah. Pembantu mungkin tidak bercakap benar demi menyembunyikan kesilapan dan kelemahan kerana mungkin takut kepada majikan.
4) Jangan menimbulkan kesangsian yang sembarangan kepada pembantu kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan untuk pembantu bertugas seterusnya. Sediakan bukti yang kukuh jika terdapat kes-kes kehilangan barang atau kes-kes lain.
5) Simpan passport dan buku bank pembantu ditempat yang selamat jangan sampai diambil oleh mereka. Passport jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes lari.
6) Majikan perlu membuka akaun bank, disarankan nama bersama majikan dan salah satu untuk transaksi. Tunjukkan resit kemasukan duit pada setiap bulan.
7) Jika pembantu menyatakan keinginan untuk pulang ke
8) Jika perlu pegang gaji pembantu sekitar 3 bulan gaji untuk mengelakkan kes-kes lari. Kadang-kadang pembantu memerlukan pinjaman daripada majikan untuk dihantar ke Indonesia, bersederhanalah dalam menghulurkan pinjaman tersebut.
9) Kebanyakan pembantu adalah daripada golongan miskin dan perantau mencari rezeki yang halal. Berlebih kuranglah dalam urusan kewangan dengan mereka, jangan terlalu berkira, semoga kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Anggap yang kita terlebih beri sebagai sedekah atau sebahagian zakat.
10) Pembantu anda adalah manusia yang unik sifat-sifat dan kebolehan masing-masing. Elakkan membanding-bandingkankan dengan pembantu sebelumnya atau pembantu orang lain yang lebih baik. Jangan terlalu memikirkan sikap buruk pembantu sebaliknya hargai sikap baik mereka dan manafaat yang kita perolehi. Terlalu memikirkan dan memperhatikan kelemahan tanpa memperbetulkannya hanya akan menambahkan masalah rumahtangga.
11) Pembantu biasanya adalah golongan yang kurang berpendidikan dan taraf sosio ekonominya rendah. Majikan harus faham keupayaan pembantu dan janganlah mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan pembantu. Tatacara bekerja disetiap rumah juga adalah berbeza. Ajari pembantu dengan jelas dan sabar. Kadang-kadang pembantu perlu diajar berulang-ulang tentang sesuatu perkara.
12) Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal seperti keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau adakah pintu atau pagar telah dikunci sebelum pergi tidur, penjagaan barangan elektrik dan aspek-aspek keselamatan lain.
13) Setengah pembantu kurang memahami bahasa Melayu terutama daripada Jawa. Kadang-kadang mereka kurang memahami arahan majikan dan istilah bahasa Malaysia tetapi takut untuk bertanya. Perkataan tuala=anduk, sudu=cedok, tembikai=semangka, handphone=hape, perempuan=cewek, lelaki=cowok, teman=pacar, nakal=jahat, tak bertimbangrasa=jahat. Berhati-hati menggunakan istilah sedekah=mengemis. Teliti semasa komunikasi bagi mengelakkan salah faham.
14) Ajari pembantu tentang budaya kita Malaysia dan fahami perbezaan budaya mereka. Pegangan agama mereka kadang-kadang lebih longgar. Seperti bersalaman lelaki dan perempuan amalan biasa di Indon sebagai tanda hormat. Tunjukkan cara berpakaian yang sopan dan beli pakaian yang sesuai untuk mereka jika perlu. Awasi jika ada pengamalan tahyul dan syirik atau merokok.
15) Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan barangan elektrik jika perlu. Setengah rumah pembantu di Indonesia tidak berelektrik. Awasi pintu kereta yang selalunya tidak bertutup rapat.
16) Jangan mendera secara fizikal,emosi atau mencabul, ia boleh memudaratkan majikan sekiranya laporan dibuat kepada konsulat atau polis.Penggunaan bahasa kesat dan ugutan oleh majikan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku.
17) Jangan terlalu memandang rendah kepada mereka kerana kita memerlukan khidmat mereka. Anggap mereka sebagai pembantu dan bukan orang suruhan. Jangan menghina atau memperli bangsa mereka dihadapan mereka kerana ini akan menimbulkan kebencian mereka kepada kita.
18) Jangan meninggalkan kotoran peribadi seperti tuala wanita yang sudah dipakai untuk diuruskan pembantu. Pembantu mungkin merasakan kehinaan.
19) Jika boleh ajak pembantu makan bersama kita. Ini boleh mengeratkan perhubungan dan mempastikan beliau tidak memasukkan ramuan tambahan berupa ubat pengasih atau ubat penunduk dalam makanan. Kepercayaan tahyul amat berleluasa di setengah kawasan di Indonesia.
20) Layan pembantu dengan baik seperti mana kita mahu majikan kita berlaku baik kepada kita. Keseronakan mereka bekerja dan berkhidmat dengan kita harus dipupuk supaya majikan dan pembantu sentiasa mempunyai hubungan yang baik ,balasannya kita akan rasa anak-anak dan hartabenda kita sentiasa selamat .
21) Pembantu mungkin terasa tersinggung dengan kata-kata kesat anak-anak kita walaupun masih kecil. Pembantu mungkin tidak berani menegur anak-anak sebaliknya memendam rasa. Tegur anak-anak jika perlu. Pembantu juga mempunyai hak perlindungan daripada majikan sepertimana anak-anak berhak mendapat perlindungan.
22) Barang berharga seperti barang kemas harus disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes kecurian. Jika pembantu hendak pulang anda boleh memeriksa beg pembantu dan barang simpanan kita sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu. Jangan terlalu percaya walaupun pada zahirnya pembantu nampak baik dan alim. Jangan pula terlalu mencurigai sehingga menimbulkan rasa tidak selesa bagi pembantu.
23) Kita tidak perlu menguji kejujuran pembantu, kebanyakan mereka adalah tidak jujur. Bayangkan mereka adalah daripada golongan bawahan dan anda perlu mengakui banyak kelemahan mereka. Namun kita tidak perlu risau akan sifat panjang tangan mereka selagi mereka masih berada di rumah kita. Namun kita perlu sentiasa mempastikan barang-barang berharga tersimpan baik. Kalau boleh jangan sampai mereka mengetahui tentang adanya barang kemas di rumah kita.
24) Majikan tidak digalakkan memberi pelepasan cuti pembantu dan bermalam ditempat lain. Rancang cuti bersama pembantu atau tinggalkan pembantu dirumah saudara terdekat jika perlu. Pergaulan pembantu yang luas biasanya mengundang masalah.
25) Pemberian hadiah adalah kaedah terbaik dalam memupuk kemesraan dan kasih-sayang antara seorang majikan dan pembantu. Lakukan yang anda fikirkan terbaik kerana pembantu adalah asset anda. Pemurahlah dengan orang yang sebenarnya banyak membantu kehidupan kita kerana mereka penjaga pada anak kita masa kita bekerja. Layani mereka sebagai seorang yang banyak berjasa kepada kita sekeluarga.
26) Elakkan pergaduhan dan pertengkaran yang berlanjutan dengan pembantu kerana ianya mengaibkan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa tersisih/tidak dihargai oleh majikan. Sebagai majikan gunalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan sebarang masalah.
27) Majikan harus tegas dalam hal yang perlu tetapi mesti menjadi majikan yang penyayang dan berhati mulia bagi menimbulkan seseronakkan bagi pembantu bekerja dalam tempoh kontrak kerana ia suatu jangkamasa yang agak lama.
28) Bayaran perubatan di hospital kerajaan untuk pekerja asing adalah tinggi. Untuk kes kematian bayaran menghantar jenazah disekitar RM6000 atau lebih. Mengambil insurans akan mengurangkan beban majikan. Bayaran insurans Takaful Nasional adalah RM60 setahun.
29) Pembantu adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Amat sukar untuk mencari pembantu yang sempurna. Pembantu muda mungkin senang mengikut arahan tetapi mungkin cepat terpengaruh dengan lelaki. Pembantu tua mungkin kurang terpengaruh dengan lelaki tetapi kadang-kadang sukar untuk memahami arahan.
30) Tidak perlu memarahi pembantu dalam soal yang kecil atau remeh walaupun besar pada pandangan kita. Tegur dengan berhikmah contohnya jika pembantu menggunakan telefon atau barangan tanpa kebenaran kita. Ada kemungkinan pembantu melarikan diri kerana merasa bersalah atau kesalahannya akan diketahui.
31) Jangan memandang ringan soal hak pembantu kerana mungkin pada pandangan pembantu adalah suatu yang besar. Contohnya masalah gaji tidak dibayar dengan penuh atau dipotong tanpa hak, barangan dirampas dan sebagainya, kerana dikhuatiri pembantu akan berdendam dan mengambil tindakan yang diluar dugaan.
32) Dapatkan penilaian pembantu terhadap kita dengan mendapatkan maklumbalas orang yang dekat dengan beliau contohnya pembantu rumah saudara kita. Jika pembantu mengatakan majikan kejam, mungkin kerana beliau merasa tertekan kerana selalu dimarahi. Jika mengatakan majikan pelit (kedekut) mungkin majikan terlalu berkira dengan pembantu. Jika mengatakan majikan tidak bagi cukup makan bermakna majikan tidak pernah menjaga hal ehwal makan minum mereka atau mereka merasa sukar untuk mendapat masa yang sesuai untuk makan.
33) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Pembantu merantatu ke sini kerana kesempitan dan keperitan hidup yang memaksa. Fahami masalah mereka dan kasihani golongan yang lemah, nescaya kita dirahmati Allah.
34) Berusahalah mendidik pembantu terutama tentang solat dan membaca al-Quran..Kebanyakan pembantu agak daif dalam hal ini. Paling tidak bersama-samalah membaca Quran dengan ahli keluarga pada setiap malam jumaat.
35) Tunjukkan kasih saying dan perihatin anda kepada pembantu seperti mereka sebahagian daripada keluarga kita. Ambil berat tentang kesihatan dan kebajikan mereka.
Ingatlah segala pemberian,layanan,tuturkata dan perbuatan baik kita terhadap pembantu takkan sia-sia dan pastinya akan mendapat ganjaran yang sawajarnya di akhirat nanti. Sebaliknya juga.Wallahua’lam.
