Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Puding Marble Syawal



Kemarin, tadika /transit anak2 saya ada buat open house. Parents kena bawak sedikit makanan.
Fikir punya fikir mau bawak apa, teringat kat Puding Marble. Actually, saya dah try buat puding ni 3-4 kali tapi marblenya tetap tak jadi cantik. Kena belajar lagi kot.. tapi rasanya tetap sedap..

Resipi puding marble diambik dari `Sifu Puding`, Linapg

Bahan2:
  • 2 gelas air
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
  • 2 gelas susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar serbuk koko/choc emulco
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2/3 gelas gula

Cara2:

  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. Semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati .
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan Choc emulco. Kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.

Monday, May 17, 2010

Puding Gulung Cocktail


Resipi ni, saya dah ambik lama dah dari kawan, CheNa. Tapi kemarin baru berkesempatan buat sbb baru dapat beli kek gulung.


Bahan2:
1. 1/2 paket agar2 serbuk
2. 2 cawan air gula.
3. 2 sb tepung kastard
4. 1 biji telur.
5. 1 tin susu cair
6. 1 sk esen vanilla
7. Satu kek gulung atau baulu gulung.
8. 1 tin cocktail.

Cara2:
1. Masak 1+2
2. Blend 3,4,5 +6. Then, masukkan kedalam agar2 yg dah dimasak.
3. Cocktail tadi, kalau buah2nya besar, potong kecil2, then tapis airnya. Ambil buahnya je.
4. Susun kek gulung, cocktail dalam adunan. Masukan separuh bahan2 yg campur dgn agar2 tadi.
5. Ulangi cara 4, sampai habis campuran agar2 tadi.
6. Settle, boleh masukkan dlm fridge.


Thursday, March 25, 2010

Puding Roti Caramel




Resipi puding ni, saya ambik dari K.Sheila. Best.. anak2 saya suka..

Ini resipi original saya ambik dari K.Sheila.

Bahan
  • 800ml susu segar (sbb tak de kat rumah, saya letak je susu cair ideal + saya bancuh susu tepung supaya cukup ~ 800 ml)
  • 3 biji telur
  • 2 sdb gula
  • 1 stk asen vanila
  • 6 keping roti
  • 1 cawan gula ( buat gula hangus nak kurang pun boleh)
Cara
  • Panaskan pegukus telebih dahulu
  • Panaskan kuali buat gula hangus
  • Dalam mangkuk satukan susu sagar + gula + telur + asen vanila di bancuh sampai sebati
  • Koyak roti masuk dlm bancuhan tadi dan pukul hinga hancur dan sekata
  • Bila gula hangus dah cair tuang dlm loyang sehinga pemukaan loyang disaluti gula hangus
  • Masukan adunan roti kedlm loyang
  • Kukus selama 30 minit
  • Bila masak sejukan telebih dahulu baru di tebalik ke dlm pingan
Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...