Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Sunday, September 18, 2011

Puding Marble Syawal



Kemarin, tadika /transit anak2 saya ada buat open house. Parents kena bawak sedikit makanan.
Fikir punya fikir mau bawak apa, teringat kat Puding Marble. Actually, saya dah try buat puding ni 3-4 kali tapi marblenya tetap tak jadi cantik. Kena belajar lagi kot.. tapi rasanya tetap sedap..

Resipi puding marble diambik dari `Sifu Puding`, Linapg

Bahan2:
  • 2 gelas air
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
  • 2 gelas susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar serbuk koko/choc emulco
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2/3 gelas gula

Cara2:

  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. Semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati .
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan Choc emulco. Kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.

Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...