Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Mee mamak simple


Mee mamak terkenal di Penang especially di restoran nasi kandar. Tapi resipi ni, saya ambik dari adik saya, entah dia ambik dari mamak mana???

Resipi ni sama je macam goreng mee biasa (semua dah tahu kan) tapi cuma di tambah dgn ubi kentang (di potong dadu) dan tauhu (di potong kecil n panjang). Sayur nya biasa diletak taugeh dan sawi tapi saya tak letak sbb anak2 tak suka. Mee mamak diatas saya cuma masukkan ayam n udang. Saya masukkan juga 2 biji telur. Mee mamak ni kena goreng sampai kering sedikit.
Sedap dimakan dgn diperah sedkit asam limau nipis.



Tuesday, January 4, 2011

Mee Sanggul: Mee Kuah ala2 masakan cina


Sebenarnya, saya tak tahu nama mee kuah ni, resipi ni saya dapat bila berkunjung ke rumah teman, Marina, mak dia hidangkan mee kuah ni.. Bila try buat, family suka pulak..sbb rasa manis udang tu yg sedap. Rsipi ni banyak guna bwg putih..senang dibuat, sedap dimakan.

Mee Sanggul (pastikan ada tanda halal, sbb byk di pasaran yg tak de tanda halal)
1. Didihkan air, campurkan sedikit garam.
2. Masukkan mee sanggul sampai mee tu jadi lembut.

Kuah/Sup:
1.Tumiskan 4 biji bwg putih, bersama 3 biji bwg merah.
2. Masukkan udang dalam 1/2 kg.
3.Tambahkan garam dan sedikit `Cukup Rasa`(atau apa2 perasa)

Sayur:
1. Tumis 3 biji bwg putih .
2.Masukankan kacang buncis (dipotong kecil2, macam potong cili padi).
3. Masukkan kicap manis dan garam.

Cabai:
1. Tumiskan 3 biji bwg putih dan 1 biji bwg besar.
2. Masukkan lada kering yg sudah diblender.
3. Masukkan garam dan sedikit gula. Juga sedikit air asam jawa.


Sunday, June 6, 2010

Mee Banjir Udang Mak Teh, Kuala Sepetang



Sebenarnya dah lama teringin nak makan Mee Udang kat Kuala Sepetang ni. Entah sebab apa, famous kot. So, kemarin, kami dari Bukit Merah Laketown Resort terus pergi ke Kuala Sepetang. Dari Bukit Merah ke Kuala Sepetang lebih kurang 45 min.

Dari pandangan luar, tengok ramai jugak orang. Mee Udang kat sini ada, boleh pilih untuk RM5, RM8, RM10 atau RM12 semangkuk. Kami pilih RM10, udangnya ada lebih kurang 8 ekor.
Bagi pendapat saya, rasa mee udang ni taklah sedap seperti yg diwar-war, cuma udangnya murah sikit berbanding kat Penang ni. Anak2 kami tak suka sbb pedas (tu pun dah mintak kurang pedas). Dari segi, servis dan keadaan kedainya, perlu ada banyak improvement lagi... kebetulan kami pergi semalam, air pulak tak de, jadi nak basuh tangan lepas kupas udang pun tak de, terpaksa beli air mineral..


Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...