Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Kek Cheese Simple (Cheese keping)



Saya dah buat dua kali kek cheese ni. So far inilah resipi cheese yg simple dan kosnya pun murah. Cheesenya hanya guna slice cheese(Chessdale atau yg mana2 slice cheese), so tak yah guna cream cheese atau whipping cheese. Yang penting anak2 suka sbb gebu dan sedap.



Bahan2:
1. 4-5 keping slice cheese.
2. 200 ml susu segar.
3. 70 g butter
3. 0 g tpg gandum (diayak)
4. 70 g gula
5. 4 biji telur size M (sy guna 5 biji telur size C).
6. Beberapa titik esen vanilla.


Cara2nya, anada boleh klik link ni sbb ada step by step gambar cara buat.


Sunday, August 7, 2011

Kek Cheese Kukus



Rasanya belum terlambat mengucapkan Selamat Berpuasa untuk pengunjung 2 blog yg tak seberapa ni.
Puasa tahun ni agak mencabar sikit bagi saya sbb maid dah tak ada dan baru berpindah ke tempat yg agak jauh dari tempat kerja. Hari2 kelam kabut sikit , nak pick up anak2 kat sekolah,dan prepare juadah berbukak puasa untuk kami sekeluarga. Hari kerja, saya beli je kuih2 dan sedikit lauk kat Kantin.

Hari ni agak rajin sikit buat Cheese Cake , atas permintaan Along. Dah lama beli Cheese Cream n Whipping Cream. Hari ni baru terasa nak buat.
Bila dah siap, kesian kat budak2 ni tak boleh rasa sbb puasa.. sabar ye...

Resipi :
Sumber: Dah lupa ambik source mana, kalau tak silap dari Resipi.com
Ni second time buat. Bahan2 nya simple aje.

Bahan2:
1. 3 biji telur.
2. 100g gula
3. 50g tepung
4. 250g Cheese cake
5. 125ml whipping cream
6. Essence vanilla

Cara2:
1. Pukul putih telur dan 1/2 gula sehingga setengah kental.
2. Putar Cheese cream dan 1/2 gula sehingga hancur.
3.masukkan telur kuning, whipping cream, tepung n essence vanilla.
4. Tuang adunan putih telur.
5. Sapu acuan dgn mentega.
6. Kukus selama ~ 45 min.


Brand Cheese Cream dan Whipping Cream yg saya guna..

Selamat mencuba..

Saturday, February 5, 2011

Jelly Kelapa Muda



Resipi ni saya ambik dari Mak Teh saya. Diorang ada buat jualan kecil2 Jelly Kelapa ni.. Anaka2 memang suka jelly ni..

Resipi:
1. 1 bungkus agar2.
2. 5 biji kelapa muda.
3. 900 g gula
4. Air kelapa ~ 12 cawan(cawan arcopal)
5. Air biasa~ 12 cawan

Cara2:
1. Didihkan air kelapa dan air biasa sampai mendidih.
2. Masukkan gula, biar sampai menjadi cair.
3, Masukkan agar2 tadi dan kacau sehingga hancur.
4. Sementara menunggu air mendidih, potongkan isi kelapa muda kecil2 dan masukkan kedalam bekas2 kecil.
5. Apabila agar2 dah hancur, bolehlah dituangkan kedalam bekas2 kecil.

Resipi diatas untuk ~ 50 bekas jelly kelapa...selamat mencuba..
Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...