Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Monday, December 23, 2013

Pengalaman anak pembedahan Tonsil /tonsillectomy

Salam semua pengunjung blog ini.
Dah lama saya tak update blog ni. Sekarang ni masa saya agak terhad, sibuk dgn kerja, dobi, anak2 dan rumah. Hari ni ok sikit sbb kat tempat kerja ni , production shutdown, so boleh lah rilex sikit.

Sebenarnya untuk membuat keputusan operation tonsil agak berat jugak bg sy n husband tapi terpaksa buat. Sebenarnya masa dia umur 5 thn lagi, Dr suruh buang tonsil sbb dia kerap demam sbb tonsil yg bengkak dan kadang2 sampai bernanah. Kadang2 bila dia demam, nampak macam dia susah bernafas, tidur pun kena bukak mulut, tidur pun tak lena.

Setahun yg lepas, sy bawak dia ke Specialist ENT kat lamWah Ee, Dr suggest buat operation tp kena tunggu berat lebih 20kg. Sy tanya pendapat beberapa org doctor termasuk pakar kanak2. Some Dr kata tunggu dia besar mungkin, tonsil boleh mengecil, some Dr kata buat operation , kalau tak setiap bulan terpaksa makan anti biotik. So, sbb Aisyah tahun depan dah nak masuk Darjah 1, kitaorang pilih buat operation. Tawakal je kat Allah.
Sebelum operation sy ada baca dlm blog pengalaman orang2 yg pernah buang tonsil ni. Ada jugak kawan2 yg kena buang tonsil ni. Rata 2 kata after operation memang sakit dan kebanyakan kata kalau nak buat better buat masa kecik sbb budak2 recovery after operation cepat sikit than dewasa. Saya ada tanya Dr ENT, dia kata untuk budak , 2-3 hari dah ok.

Saya pilih operate kat KPJ Perda sbb dekat dgn rumah, ENT nya Doctor Ewe .Ada orang suggest buat kat Pantai sbb dr melayu yg buat operation. Bagi saya semuanya sama je. Sebenarnya, Aisyah schedule operation pada 19 Dec 2013 tapi 18 Dec petang dah kena admitted sbb doc kata kalau datang 19 Dec, banyak prosedur yg kena buat, takut jadi lambat dan operation pada sebelah petang. Oleh kerana Aisyah kena puasa, Aisyah admitted18 Dec la.
Bila dah masuk hospital, nurse ada ambik darah. Dr Bius pun ada datang ambik consent untuk bius/operation.

Bila bagitau Aisyah nak kena operation, dia suka je sbb kitaorang bgtau lepas operation dapat makan aiskirim. Tu la budak2, tak nampak pun rasa takut. Dia cuma start menangis bila masuk bilik operation sbb masa tu, nurse dah bukak semua baju dia dan sbb sy masuk ke bilik operation tu agak lambat sbb sy pun kena tukar pakaian operation. Masa tengah menangis, Doctor bius inject dia masa tu saya rasa sungguh sayu/sedih sbb tiba2 nampak dia terdiam dan mata tertutup. Rasa bersalah pulak bagi dia masuk operation.

Selepas operation,bila dia sedar dia muntah dan Aisyah tak dibenarkan keluar dr bilik operation lg sbb tunggu dia stabil. Dia muntah beberapa kali. Setiap kali muntah, ada darah keluar. Sy risau jugak. Bila dimasukkan ke wad , dia tetap muntah, dalam average setiap jam muntah keluar darah. Masa ni sy risau jugak. Sy bagitau nurse suruh Dr Ewe datang sbb risau tengok kerap muntah. Masa ni nurse drip dia dgn glucose, so dia tetap ada tenaga walaupun muntah. Aiysah muntah sampai malam.

Esoknya, nampak ok, dah tak muntah. Dia bagitau lapar tp bila sy suruh minum air, dia tak mau sbb katanya sakit. Bila saya kata nak bg aiskrim, dia mau. So, sy bagi makan aiskrim. Nampak macam ok je, dia dah boleh makan!! Lepas tu sy nak bagi bubur, dia tak mau, katanya sakit. Petang sikit lepas dipujuk, nampaknya dia dah boleh makan sikit2.Alhamdulillah. Hari ketiga after operation, nampaknya dia dah sihat. Suara tak de la kasar macam yg sy baca. Mungkin different orang different recovery.Hari keempat dah boleh keluar.

Ni gambar sebelum masuk bilik operation.

Saturday, January 21, 2012

Berhati2 guna pisau

Salam semua..




Gong Xi Fa Cai untuk kaum Cina terutama rakan2 kat office.

Cuti yg panjang ni saya tak kemana, bukannya apa sbb hari Rabu lepas jari saya terkena pisau masa kupas epal kat office. Ingat ke luka biasa aje. Try lap, duk keluar darah lagi. Letak minyak gamat pun sama saja. Then, saya terus berjumpa nurse kat kerja. Nurse bagi pressure kat luka tu, tapi still keluar darah. Nurse just balut dulu luka tu.Then nurse suggest saya pi klinik saja, may be Doktor boleh jahit ke.

So, saya pi klinik panel. Bila Doktor buka pembalut , dia kata luka dalam jugak, then dia kata dia tak boleh jahit sebab darah still banyak. Then, dia refer saya kat hospital. Saya dah panik dah..Luka sbb kena pisau pun kena refer kat hospital. Kat klinik tu, dia inject saya saya jarum, katanya tak mahu bagi kena kancing gigi. Dlm hati saya, kena pisau boleh jadi kancing gigi ke??? Tak, kancing gigi mungkin boleh terjadi jika pisau itu berkarat dan merebak dalam darah kita.

Husband saya bawak saya ke KPJ Perda, masuk emergency. Doktor kat situ kata kena jahit sbb luka dalam gak. Then, dia bius 2 jarum, saya tak pasti pulak berapa jarum dia jahit sbb saya nyeri nak tengok bila dia tengah jahit tu..
Doktor bagitau saya, lebih baik admit satu hari sbb nak bagi antibiotik. Saya ikut je ... Yang best walaupun sakit, Doktor bagi MC sampai 10 hari sampai jahitan dibuka..

Pengajaran untuk semua, berhati2 bila kita menggunakan pisau.
Kata ornag2 tua, jangan bertawar menawar bila kita membeli pisau sbb pisau akan makan tuannya. Tapi dlm kes saya ni, saya tak tawar menawar pun bila beli pisau tu sbb beli kat supermarket tapi still kena jugak..

Saturday, September 24, 2011

Hasil- hasil masa lapangku..


Pagi tadi terasa rajin sikit snap foto2 hasil tanaman sy n hubby. Kami ni ada masa weekend aje. Kalau weekday, hanya siram pokok2 je..tu pun kadang2 kalau sampai rumah malam tak tersiram lah jawabnya.

Dulu masa duk kat apartment tak de masa/tempat nak tanam2 pokok bunga ke, apalagi sayur2. Sekarang ni, kalau nak ambik daun pandan ke, serai ke, daun kari ke, ambik kat tepi rumah je. Kebetulan sebelah rumah saya ada tanah rezab sbb tanah lot paling tepi, so apalagi, kitaorang tanam je apa2 yg teringin. Sebenarnya tanah ni agak keras n kurang subur. Selepas selalu cangkul tanah n letak baja, sekarang ni nampaknya tanah ni ok sikit. So, layan je lah foto2 kat bawah untuk kenangan kami . Sekarang ni kami dah duk rumah ni lebih kurang 10 bulan.



Ni ala2 taman bunga kat depan rumah. Ada pokok2/bunga2 ni saya ambik dari kampung kat Kedah dan juga Terengganu. Ada juga beli kat nursery.

Pokok pinang merah ni antara favourite saya saya rasa agak terkilan sbb daun2 dah nampak kuning. Kata orang nursery tu, maybe still tak serasi dgn tempat baru. Kena sentiasa letak baja subur. Saya beli dulu pun agak mahal jugak, kalau tak silap dalam RM50 sepohon. Sebelah poko pinang merah ni adalah pokok mempelam.


Ni pokok, entah apa nama. Dibeli kat nursery. Bila besar, biasanya orang gunting buat bentuk bulat2.


Ha..ni pokok kemboja Cina kot namanya. Saya ambik anak pokoknya dari rumah mak saya kat KT.

Ni sayur terung n cili padi. Tuan rumah dah merasa hasilnya. Belakangnya ada ditanam beberapa pokok pisang n betik tapi agak lambat sikit membesar.


Gambar bi tak berapa jelas. Kat sini ada pokok limau nipis, pokok semambu (Tuan Haji Owner tanah ni yg berikan)

Ini pokos serai, daun pandan dan juga pokok belimbing(kalau tak silap- masih kecil lagi).

Friday, May 20, 2011

Demam campak, Chicken pox , Jentungan, Bertih


Nama title di atas tu sebenarnya sama saja, tapi ikut bahasa daerah masing2.
Rupanya macam dalam foto diatas (belakang badan anak saya. Ini adalah hari ketiga chicken pox)

Anak saya, Abang n Aisyah baru je sembuh dari Chickenpox. Diorang kena jangkitan dari sekolah tadika/transit. Mula2 bila tahu kena chickenpox ni, geram jugak kat parents yg still hantar anak yg masih dijangkiti chickenpox menyebabkan ramai kawan2 anak2 sy dijangkiti. Tapi ini semua diluar kawalan kita.

Mujurlah Chicken pox kat badan Abang n Aisyah dah kering dalam masa seminggu. Diorang agak kuat jugak sebab demam hanya hari pertama aje. Lepas tu boleh main macam biasa cuma pengadu gatal2 n pedih2 je. Setiap hari, saya bagi diorang minum air kelapa.


Kat sini saya ada search sikit pasal Chicken Pox ni.

  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi

Antara cara merawat demam campak pula ialah :

  1. Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.
  2. Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem
  3. Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu.
  4. Orang-orang tua berpesan, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

Wednesday, February 9, 2011

Pilihan Antara Transit Sekolah atau Rumah Pengasuh

Tahun ini, anak2 saya, Along dan Abang, saya letakkan kat satu Transit lepas sekolah di Seberang Jaya.

Pada pendapat saya, kebaikkannya:
1. Pihak Trnasit akan settle pasal transport termasuk kalau balik lambat atau kalau ada aktiviti di sekolah.
2. Di tempat transit, anak2 saya boleh mengaji Al-Quran dan sembahyang jemaah.
3. Masa ni, anak2 kita kena berdikari (macam duk kat asrama).
4. Boleh buat homework jugak. Kalau ada masalah, boleh refer kat guru2 yg ada di sana atau kawan2.

Keburukkannya:
1. Oleh kerana pelajar2 terlalu ramai, guru2 tidak ada masa melihat/guide homework anak2 kita.
2. Budak2 tiada kebebasan macam duk kat rumah..


Pengasuh
Kalau dihantar ke rumah pengasuh, kita kena cari transport yg lain untuk mengaji. Kalau ada berdekatan rumah, tak jadi masalah.
Sembahyang, bergantung kepada pengasuh, kalau diorang ambik ringan, anak2 kita pun tak dilatih sembahyang jawabnya.
Homework, anak2 kita mesti membuat homework sendiri. Kalau ada masalah, kena tunggu Umi dan Abah waktu malam pulak.

Apa2 pun ada kebaikan dan keburukan...

Monday, January 31, 2011

Padi oh padi...



Untuk pengetahuan semua, sekarang ni adalah musim mengambil padi.

Oleh kerana rumah saya adalah dikawasan sawah padi, ini adalah pertama kali saya melihat bagaimana padi di ambil oleh mesin/jentera padi. Mula2 risau gak takut berhabuk tapi alhamdullilah habuk tak terkena sampai kerumah.

Lepas padi diambik, sekarang ni diorang membakar jerami2 padi pulak. Yang ni tak tahannya, sampai kerumah berasap...mujurlah satu hari aje..kalau tak dah lemas duk kat rumah ni..


Friday, January 7, 2011

Dapur ku..Dry kitchen


Emm..ni nak tayang sikit dapur baru..

Sebenarnya, rumah ni disediakan satu tempat dapur aje.. rasa macam sempit sikit . So, sekarang ni, kitaorang tengah buat renovation untuk Wet kitchen...yg sedia ada kitaorang buat macam Dry kitchen lah..

So, saya tayang dululah Dapur kering. Dapur ni dibuat oleh sorang Contractor Cina, recommend dari Contractor yg buat rumah saya ni.. Kosnya dalam RM3.5k (tak termasuk table top). Kayunya dari kayu nyahtoh aje..


Wednesday, December 29, 2010

Seri Zillus Solihin


Salam semua.. pernah dengar SEri Zillus Solihin. Inilah nama rumah baru saya. Zillus Solihin bermaksud tempat berhimpun org2 soleh. SebenarnyaZillus Solihin adalah diambik nama dari Surau Zillus Solihin di Bayan Baru, surau dekat dengan rumah lama.

Kat sini foto gambar rumah baru, Seri Zillus Solihin. Rumah 1 1/2 tingkat, ada 4 bilik, 3 bilik air. Gambar2 dlm rumah , nanti saya update lagi...



Wednesday, September 8, 2010

Salam Hari Raya Aidil Fitri

Untuk semua pengunjung blog Mutiara Hati ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Maaf Zahir Batin kalau ada tersilap menulis apa2 di sini.

Kami akan pulang beraya ke Kuala Terengganu pada esok pagi, lepas bersahur.

Kepada anda semua yg balik kampung, hati- hati ketika memandu. Ingat orang tersayang....


Saturday, September 4, 2010

Hamper Raya 2010



Sori kawan2, lama tak update blog ni. Posa ni, malas sikit nak update apa2. Masak pun, malas nak snap foto..

Hari ni just nak share yang kami dapat 2 hamper raya. Satu dari rakan2 kerja saya(tima kasih PN1 FA team). Yang kedua untuk husband saya. Foto kat bawah ni, satu hamper dah dibuka, satu belum bukak lagi.. jom layan gambar hamper raya kami..



Tuesday, August 10, 2010

Demam, entah apa puncanya?


Kami sekeluarga kecuali Abang, termasuk Bibik demam kemarin. Entah apa puncanya. Mula2, kami syaki HIN1 sebab kawan hubby ada sorang confirm HIN1 tapi kemarin hubby pergi buat swab test, HIN1 negative.

Aisyah yang paling teruk, suhunya sampai 39.5. Kesian dia, dia sebenarnya jarang demam.
Kalau har ni suhunya masih panas, ingat nak bawak dia ke hospital. Takut jugak demam 2 lain..

Semoga semuanya selamat. Tahun ini kami menyambut Ramadan dgn demam satu family..

Monday, June 28, 2010

Taman Negara Kuala Koh, Kelantan

Hari tu, dalam perjalanan dari CameronHighlands ke Kuala Terengganu, kami terlajak sampai ke Taman Negara kuala Koh. Taman Negara Kuala Koh ni terletak di dalam kawasan Felda Aring. Ia adalah tempat percutiaan bagi sesiapa yg berminat memancing. Sebenarnya, saya bukan nak cerita pasal taman Negara ni, cuma nak cerita pasal restorannya.

Oleh kerana dari CH, kami belum lagi lunch. Plan nak makan kat Tasik kenyir aje tapi sbb dah terlajak sampai sini, kami pun makan kat sini. Di sini ada satu sahaja restoran. Sebelum kami, ada satu group tengah tunggu order makanan. So kami order simple aje sbb takut nanti budak2 muntah lagi. Kami order ayam goreng masak halia, sotong masak paprik dan sup telur sahaja. Sementara tunggu, kami pergi solat dulu dan hubby sempat mandi lagi. So, lepas solat, kami cepat2 pergi ke restoran tu, ingat ke dah siap hidangan yg di order. Tunggu punya tunngu, tak sampai2 gak. Anak2 dah bising sbb lapar. Saya pun rasanya dah kurang sabarnya sbb dah hampir 2 jam, baru siap hidangannya. Ini firts time, saya tunggu makanan sampai 2 JAM...bila saya tanya kenapa lama sangat..diorang kata ada sorang tukang masak je...tapi bila difikir balik..takan masak yg simple ini pun sampai 2 jam..

Kat situ, saya tak ambik foto makanan , cuma foto anak posing kat restoran tu..kawasan ini adalah dalam kawasan hutan Kuala Koh..


Saturday, June 26, 2010

Cameron Highlands ke Kuala Terengganu



Hari tu dari CameronHighlands, saya balik kampung ke Kuala Terengganu. Kat sini saya nak kongsi sikit pengalaman perjalanan dari CH ke KT. Ini adalah first time kami balik melalu jalan ini.

Dari CH, kami melalui Gua Musang - Felda Aring - Tasik Kenyir - Kuala Berang- KT. Sebelum ni, kami dapat info perjalanan ni akan mengambil masa ~ 5 jam dan jalannya kurang elok. So, kami fikir mungkin kurang elok sikit jalan, apa salahnya. So, kami teruskan perjalanan. Dari CH-Gua Musang, still ok lagi. Bila masuk Felda Aring, kami melalui jalan kebun kelapa sawit. Jalannya agak teruk sbb banyak jalan ada lubang2, agaknya sebab banyak lori melalui jalan ini. Along, Abang dan Aisyah dah start muntah, take turn.Aisyah paling teruk sbb bila nak muntah, dia still tak pandai bagitau..terus muntah.. Bibik pun dah lembik dah..

Sepanjang perjalanan dlm Felda Aring tu..terasa begitu jauhnya sbb kereta tak boleh bawak laju, jalan teruk n anak2 muntah pulak..kami guna GPS waktu tu, tapi tersilap jalan jugak sbb ada satu simpang tu macam bukan jalan, so kami teruskan sampai ke Taman Negara Kuala Koh (nanti entri yg lain saya cerita sikit pasal pengalaman di Taman Negara ini).

Bila nak keluar dari Felda Aring tu, barulah lega , nampak highway ke Tasik Kenyir...Dari Tasik Kenyir , kami ada singgah kat Santuari Gajah. Ada 2 ekor gajah kat sini yg dipelihara oleh Perhilitan untuk tatapan umum.

Dari Tasik kenyir, kami ambik jalan ke Sg Tong(jalan lurus), kami tak melalui Kuala Berang. Then, terus sampai Ke KT. Kesimpulannya, selepas ini, kami rasa dah serik nak lalu melalui Felda Aring.

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...