Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Kari Corner Nibong Tebal

chicken curry


Salam semua..

Emm ..dah lama blog ni tak aktif..bukan apa, rasa segan dah nak update...malas nak upload foto , then paste dlm blog.. nak update resipi2..rasanya blog2 lain lagi mengancam.. apa2 pun blog ni still ada empunya ..

Semalam kami bermalam di Bukit Merah..bukannya apa, actaully janji dgn budak2 nak bawak mandi kat Bukit Merah tapi masa cuti sekolah hari tu, asyik2 bila booking dah penuh. So, kemarin ambik half day, so bertolak lepas asar ke sana. So, tengok budak2 ni dah puas berenang hari ni..Kami pulang ke Penang melalui jalan lama (bukan high way). On the way ke Penang, kami nampak ada satu tempat makan agak ramai orang..ha..kami pun berhenti makan lunch kat sanalah..Kari Corner..


Memang sedap makanan kat sana..ni website depa Kari Corner
Menu utama nya adalah kari Ikan sembilang..so hari ni kami makan kari ikan sembilang + telurnya, daging bakar rusa, ikan bakar keli dan ulam2..

So, sesiapa yg lalu , bolehlah singgah. Ni address nya. Hajat di hati, suatu hari nanti, kami nak singgah lagi kesana..

Kari Corner
2169, Permatang Keling
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan


Foto kat atas ni, copy dari website depa..tadi ada snap foto gak tapi malas nak upload..

Tuesday, May 17, 2011

Sambal Petai Istimewa


Kemarin, hubby ada beli 4 papan petai. Plan asalnya, nak rebus aje, then makan buat ulam. Lepas tu teringin nak makan sambal petai pulak. Oleh kerana udang tak de dalam peti, so buat sambal petai aje.

Bahan2 + cara2

1. Tumbuk or blend Bwg putih 2 ulas, 1 ulas Bwg Besar, 1 biji Tomato dan sedikit lengkuas.
2. Tumis bhn2 diatas bersama 2-3 sudu cili yg dah diblend.
3. Bila dah naik bau, masukkan petai.
4. Masukkan garam, apa2 perasa (sy guna Cukup Rasa).
5. Bila dah cukup rasa semua, boleh diangkat dan dihidang.

Selamat mencuba...

Tuesday, January 11, 2011

Gulai kari Itik




Salam semua..saya n family suka makan itik..biasanya buat kari atau masak kicap. kalau tanya pendapat saya , suka ayam or itik, saya akan pilih itik sbb daging tak lembut sangat macam ayam.

Pak saudara husband saya ada jugak bela sedikit itik. Dari situlah , bermulanya saya suka itik. Kalau tak, makan itik macam janggal sikit.
Orang Kedah ni, satu lagi , bila hari raya, diaorang suka makan ketupat cicah gulai itik.

Disini, ada sikit resipi Gulai itik:

Bahan2 n cara2:
1. Tumis bwg merah, bwg putih yg dah dihiris, sedikit daun kari, 4 sekawan(kayu manis, pelaga .cengkih n bunga lawang)
2. Tumiskan juga serbuk kari yg dah digaul dgn bwg besar(dimesin).
3. Masukkan daging itik. Biar daging itik tu serasi dgn bhn2 tumis.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Masukakan sedikit kerisik.
6. Tambahkan air bila nampak kurang.
6. Masukkan santan (saya gunakan susu cair sebagai ganti santan - nak kurangkan kolestrol kononnya).

Selamat Mencuba...


Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...