Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Panduan Wuduk Bagi Pesakit Berbalut Tangan/Jari


Salam semua,

Susulan jari saya yg terkena pisau dan kini masih berbalut, di sini saya share cara2 yg betul untuk mengambik wuduk. Ini pun saya dapat ilmu dari mak sedara saya. Pada awalnya, saya ingat memadai dengan menyapu air disekitar balutan saja tapi sebenarnya kita kena buat tayammum jugak.

Info ni saya ambik dari Jakim. Disni saya share cara wuduk untuk pesakit yg berbalut tangan/jari saja. Yang lain2, bolehlah buka website Jakim tadi.


Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air.

Cara pertama
i . Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas
tangan yang berbalut.
iii. Bertayammum.
iv. Menyambung wudu’ dengan menyapu air ke kepala.
v. Membasuh dua kaki.

Cara kedua:
i. Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Bertayammum dengan menyapu debu ke muka dan
menyapu debu ke tangan hingga selesai.
iii. Menyambung wudu’ dengan membasuh tangan yang
sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
iv. Menyapu air ke kepala.
v. Membasuh kaki.

Saturday, August 20, 2011

Cara mudah mencari juzuk dalam Al-Quran

Salam semua.

Sempena bulan Ramadhan yang masih ada beberapa hari lagi, rasanya belum terlambat saya kongsikan info pasal cara mudah mencari juzuk dlm al-Quran.

Kaedahnya:
1. Juzuk ? tolak 1
2. Jawaban cara 1 didarab dgn 2.
3. Jawaban cara 2, ditambah no 2 dibelakangnya.


Contoh 1:
Katakan anda ingin mencari mukasurat untuk Juzuk 5

Kaedahnya:
1. Juzuk 5 tolak 1 = 4
2. 4 darab 2 = 8
3. Letak no 2 dibelakang no tadi = 82

Ok, selamat mencuba..


Sumber info ini :

Sunday, August 14, 2011

Hukum wanita sembahyang tarawih di masjid

Salam puasa di hari minggu. Minggu lepas saya ada terdengar ceramah dalam radio, seorang ustz tu bagitau seorang wanita adalah harus sembahyang di masjid. Ia ke? So, saya ada search sikit pasal ni.

Tahun ni, saya pi sembahyang tarawih di masjid weekend saja sbb hari kerja kelam kabut sikit. Tahun lepas, mostly tak pernah miss ke surau sbb ada bibik boleh settle/kemas kat dapur dan tengok budak2 kat rumah. Fikir2 balik, tak ada bibik ni susah jugak sikit.

Kat bawah ni soal jawab pasal isu ini..

assalamualaikum,

afwan saya mau bertanya mengenai shalat tarawih yang lebih baik dikerjakan oleh wanita dengan berjamaah di Masjid atau di rumah? jazakummulloh khoiron atas penjelasan rakaat tarawih nya.

dora…@yahoo.co.id

Jawab:

Wa’alaikumussalam warahmatullah.

Masalah serupa juga pernah ditanyakan kepada Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Bazrahimahullah, beliau pernah ditanya: Banyak orang membicarakan (mempermasalahkan) tentang shalat tahajjud dan tarawihnya para wanita di masjid-masjid, bagaimanakah pernyataan anda tentang masalah seperti ini?

Beliau menjawab:

Ya, tidak mengapa para wanita shalat bersama kaum muslimin lainnya di masjid, akan tetapi hendaknya bisa menjaga diri dengan memakai hijab syar’i dan menghindari sebab terjadinya fitnah serta tidak memakai parfum yang biasa mereka gunakan di pasar-pasar.

Hendaknya seorang wanita yang akan shalat di masjid tidak memakai parfum,tabarruj (berhias), dan tidak pula menampakkan keindahan tubuhnya, akan tetapi dia harus berhijab yang syar’i, menutup tubuhnya, dan menjauhi sebab-sebab yang bisa menimbulkan fitnah.

Kalau tidak bisa demikian, maka rumahnya adalah lebih baik baginya, rumahnya adalah lebih utama dan lebih mulia bagi dia. Namun jika diperlukan untuk keluar karena kalau shalat di rumahnya akan timbul malas, atau dia menginginkan untuk mendapatkan siraman nasehat dan peringatan, maka ini tidak mengapa. Akan tetapi tetap harus dengan syarat tesebut: menjaga diri, berhijab yang syar’i, dan menjauhi segala sebab yang bisa menimbulkan fitnah, baik dengan cara tidak memakai parfum, pakaian yang mencolok, dan juga tidak menampakkan keindahan tubuhnya.

-Selesai penjelasan Asy-Syaikh bin Baz rahimahullah-

dinukil dari: http://sahab.net/forums/showthread.php?t=380549

Catatan redaksi:

Dari penjelasan di atas, ada beberapa pelajaran yang bisa dipetik, yaitu:

1. Pada asalnya, shalat di rumah itu lebih baik dan lebih utama bagi para wanita.

2. Kalaupun mereka menginginkan untuk shalat berjama’ah di masjid -dan inipun hukum asalanya juga boleh-, maka hal itu disebabkan adanya maslahat hakiki yang ingin diraih, seperti malas kalau shalat di rumah dan malas tadi benar-benar hilang ketika shalat berjama’ah bersama kaum muslimin di masjid, dan juga karena benar-benar ingin mendapatkan siraman rohani, ilmu syar’i, maupun nasehat yang bermanfaat.

3. Para wanita yang keluar rumah untuk shalat berjama’ah di masjid -tentunya setelah mempertimbangkan adanya maslahat yang hakiki tersebut-, mereka harus bisa menjaga diri, harus memakai hijab yang sesuai dengan syari, tidak bertabarruj, dan menghindari segala sesuatu yang bisa menimbulkan fitnah.

Terkhusus pada masa-masa sekarang, adakah para wanita yang bisa seperti yang digambarkan di atas?

Wallahu a’lam.

Thursday, February 25, 2010

Pergertian Maulidur Rasul

Kat sini saya nak kongsi pergertian Maulidur rasul yang dipetik dari sumber link ini

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Selamat Menyambut maulidur Rasul untuk semua dan selamat bercuti...

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...