Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

Doa lembutkan hati anak yg degil

Ini adalah koleksi doa2 untuk melembutkan hati anak2 yg degil/keras hati. Saya perolehi dari pelbagai sumber dlm internet ni..


1
.Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan

[1] Taa' Haa [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi
[21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka

2. Surah at-taubah, ayat 1 hingga 5..

baca ya aziz, ya jabbar, ya mutakabbir...

jua boleh solat hajat semoga Allah lembutkan hati anak kita
jika mampu, masa anak tengah tidur, pergi dekat pada dia, doa sambil usap dan tiup pada ubun-ubun dia..

3. Tips ni dari syarahan di radio beberapa thn yg lalu..

a) bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati
(bergantung pd niat kita utk si anak)

b) baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU
LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo
anak masih menyusu..hembuskan pd susu.

Tuesday, April 13, 2010

Tips RedMummy dapat RM10,000 sebulan dari hasil blogging??


Balik keja tadi, saya ada baca Metro online..emm ada tips menarik dari RedMummy.com untuk menjana duit dari hasil blogging. Cayalah RedMummy, sorang berkerjaya, ibu dan isteri..

Tips dari RedMummy (sumber Metro online).

1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.

2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.

3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.

4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.

5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.

6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.

7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

Anda boleh tengok link in jugak..



Friday, March 26, 2010

10 tips dimurahkan rezeki


Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki,
mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

  1. Sentiasa bersyukur di atas apa yang diberikan Allah Ta’ala
  2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhoi Allah Ta’ala
  3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal walaupun terpaksa bersusah payah
  4. Bersedekah kepada anak yatim/fakir miskin…kalau boleh, setiap hari. (Carilah anak-anak yatim untuk diberikan bantuan). InsyaAllah, jangan risau, akan digantikan oleh Allah Ta’ala tanpa kita sedari.
  5. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah Ta’ala bukannya mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah hendaklah dimulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah kepada jiran tetangga dan orang2 yang lebih jauh). Jangan anggap pemberian itu hak kita, kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka
  6. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terang-terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
  7. Konsep sedekah : Berikan sesuatu yang kita sayangi!! Ini jelas dalam Quran ayat al-Imran ayat 92
  8. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
  9. Amalan yang diberkati ialah hasil titik peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan). Menurut Nabi Muhammad SAW 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 (10%) sahaja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul diakhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardhu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam itu sendiri. Kalau tidak ada yang menjalankan aktiviti ini, seluruh ummat Islam adalah berdosa.
  10. Hulurkan bantuan kepada janda-janda yang kehilangan suami.

Note:Artikel ini saya perolehi dari e-mail kawan
Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...