Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Taman Negara Kuala Koh, Kelantan

Hari tu, dalam perjalanan dari CameronHighlands ke Kuala Terengganu, kami terlajak sampai ke Taman Negara kuala Koh. Taman Negara Kuala Koh ni terletak di dalam kawasan Felda Aring. Ia adalah tempat percutiaan bagi sesiapa yg berminat memancing. Sebenarnya, saya bukan nak cerita pasal taman Negara ni, cuma nak cerita pasal restorannya.

Oleh kerana dari CH, kami belum lagi lunch. Plan nak makan kat Tasik kenyir aje tapi sbb dah terlajak sampai sini, kami pun makan kat sini. Di sini ada satu sahaja restoran. Sebelum kami, ada satu group tengah tunggu order makanan. So kami order simple aje sbb takut nanti budak2 muntah lagi. Kami order ayam goreng masak halia, sotong masak paprik dan sup telur sahaja. Sementara tunggu, kami pergi solat dulu dan hubby sempat mandi lagi. So, lepas solat, kami cepat2 pergi ke restoran tu, ingat ke dah siap hidangan yg di order. Tunggu punya tunngu, tak sampai2 gak. Anak2 dah bising sbb lapar. Saya pun rasanya dah kurang sabarnya sbb dah hampir 2 jam, baru siap hidangannya. Ini firts time, saya tunggu makanan sampai 2 JAM...bila saya tanya kenapa lama sangat..diorang kata ada sorang tukang masak je...tapi bila difikir balik..takan masak yg simple ini pun sampai 2 jam..

Kat situ, saya tak ambik foto makanan , cuma foto anak posing kat restoran tu..kawasan ini adalah dalam kawasan hutan Kuala Koh..


Saturday, June 26, 2010

Cameron Highlands ke Kuala Terengganu



Hari tu dari CameronHighlands, saya balik kampung ke Kuala Terengganu. Kat sini saya nak kongsi sikit pengalaman perjalanan dari CH ke KT. Ini adalah first time kami balik melalu jalan ini.

Dari CH, kami melalui Gua Musang - Felda Aring - Tasik Kenyir - Kuala Berang- KT. Sebelum ni, kami dapat info perjalanan ni akan mengambil masa ~ 5 jam dan jalannya kurang elok. So, kami fikir mungkin kurang elok sikit jalan, apa salahnya. So, kami teruskan perjalanan. Dari CH-Gua Musang, still ok lagi. Bila masuk Felda Aring, kami melalui jalan kebun kelapa sawit. Jalannya agak teruk sbb banyak jalan ada lubang2, agaknya sebab banyak lori melalui jalan ini. Along, Abang dan Aisyah dah start muntah, take turn.Aisyah paling teruk sbb bila nak muntah, dia still tak pandai bagitau..terus muntah.. Bibik pun dah lembik dah..

Sepanjang perjalanan dlm Felda Aring tu..terasa begitu jauhnya sbb kereta tak boleh bawak laju, jalan teruk n anak2 muntah pulak..kami guna GPS waktu tu, tapi tersilap jalan jugak sbb ada satu simpang tu macam bukan jalan, so kami teruskan sampai ke Taman Negara Kuala Koh (nanti entri yg lain saya cerita sikit pasal pengalaman di Taman Negara ini).

Bila nak keluar dari Felda Aring tu, barulah lega , nampak highway ke Tasik Kenyir...Dari Tasik Kenyir , kami ada singgah kat Santuari Gajah. Ada 2 ekor gajah kat sini yg dipelihara oleh Perhilitan untuk tatapan umum.

Dari Tasik kenyir, kami ambik jalan ke Sg Tong(jalan lurus), kami tak melalui Kuala Berang. Then, terus sampai Ke KT. Kesimpulannya, selepas ini, kami rasa dah serik nak lalu melalui Felda Aring.

Saturday, June 12, 2010

Continental Family Day di Bukit Merah Laketown Resort




Weekend lepas, saya dan family join Family Day untuk hubby`s company. Family Day di adakan kat Bukit Merah lakeTown Resort. Tempat ini tidak asing bagi kami sbb kami selalu bawak anak2 bercuti disini sbb anak2 suka main air, ada swimming pun cukuplah untuk diaorang. Malamnya , kami stay kat Suria Service Apartment ..wow..ramai sungguh orang berkunjung ke Bukit Merah..may be sbb first day cuti sekolah.

Di sini, ada sikit gambar2 anak2 di Water Park Bukit Merah..




Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...