Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Saturday, March 17, 2012

Kutu Kepala

Salam semua..dah lama tak buat N3.


Hari ni nak citer sikit pasal kutu kepala. Dulu masa tak hantar anak kat nurseri, tak de problem ni, tapi sekarang saya selalu kena perhati rambut anak sy. Kadang2 bila nampak dia duk garu kepala, kemungkinan besar ada lah kutu kat kepalanya. Biasanya saya guna syampoo kutu yg dijual di kedai/farmasi.

Kat sini saya share sikit info pasal kutu ni .

Kitar hidup

Kutu kepala menyerang pada kulit kepala. Parasit-parasit ini makan dengan menghisap darah perumah mereka. Kutu betina menghasilkan telur yang melekat kepada bahagian bawah lembaran rambut. Telur kutu ini akan menetas dalam masa 8 -10 hari dan menjadi matang dalam masa 2 minggu dan seluruh kitar hidup akan bermula lagi. Kutu kepala dapat disebarkan daripada seseorang kepada orang lain sama ada dengan merangkak atau jatuh ke atas pakaian atau cadar dan berpindah ke perumah lain, atau melalui perkongsian aksesori rambut seperti sikat, berus, tuala dan sebagainya.

Simptom
v Rasa yang sangat gatal pada kulit kepala atau di belakang telinga dan leher.
v Sentiasa menggaru sehingga menyebabkan ruam yang kerapkali kelihatan di belakang
telinga.

v Bintik-bintik putih pada rambut (iaitu telur kutu) yang melekat kepada rambut.
v Nodus limfa yang bengkak di sebalik telinga dalam keadaan yang teruk.
v Dalam kes-kes yang teruk, jangkitan bakteria sekunder mungkin berlaku pada kawasan
kulit yang pecah akibat digaru dengan kuat.

Apa yang anda boleh buat

v Gunakan syampu berubat atau losen kutu kepala (Tanya doctor atau ahli farmasi mengenai losen yang sesuai) untuk membunuh kutu. Keringkan rambut anda dengan sempurna,
kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus
(sikat kutu). Ulangi rawatan sekali setiap minggu yang berikutnya sehingga semua kutu yang baru menetas dibunuh. Ini kerana syampu ini tidak membunuh telur kutu. Contoh losen yang boleh digunakan untuk merawat kutu kepala adalah seperti losen yang mengandungi lindane (gamma benzin heksaklorida) dan permethrin. Bagi kanak-kanak, lindane harus digunakan seperti yang diarahkan. Penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan kesan mudarat yang teruk. Secara umumnya, bagi rawatan yang lengkap, sapukan produk tersebut (50 ml losen atau 50-100 ml pembilas krim) pada kulit kepala lebih kurang 2 kali dengan selang masa 7 hari di antara kedua-duanya. Kulit kepala harus dibalut dengan tuala dan ubat harus dibiarkan di situ selama sekurang-kurangnya 12 jam.

v Buangkan telur kutu – Celupkan sikat bergigi halus ke dalam cuka suam sebelum menyikat rambut, kerana cuka boleh melonggarkan bahan seperti gam yang melekatkan telur kutu kepada rambut.
v Periksa rambut ahli keluarga dan rawat jika perlu. Elakkan daripada menggunakan losen kutu pada bayi di bawah usia 1 tahun dan wanita hamil. Dalam kes-kes ini, pembuangankutu secara manual harus dilakukan secara perlahan-lahan.
v Topi harus dicuci-keringkan.
v Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut yang telah
dijangkiti dengan kutu kepala harus direndam dalam losyen kutu atau alkohol selama
beberapa jam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya.

v Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas dan dikeringkan di bawah
cahaya matahari atau dalam kitar panas mesin pengering.

v Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan kain.
v Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, berjumpalah dengan doctor untuk rawatan.
v Gunakan semua ubat kutu seperti yang diarahkan.

Pencegahan

v Elakkan daripada berkongsi berus, sikat dan aksesori rambut dan sebagainya.
v Elakkan daripada berkongsi tuala.
v Jangan menghantar kanak-kanak yang diinfestasi kutu ke sekolah sehingga mereka telah
dirawat dengan sempurna.

Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...