Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Saturday, September 24, 2011

Hasil- hasil masa lapangku..


Pagi tadi terasa rajin sikit snap foto2 hasil tanaman sy n hubby. Kami ni ada masa weekend aje. Kalau weekday, hanya siram pokok2 je..tu pun kadang2 kalau sampai rumah malam tak tersiram lah jawabnya.

Dulu masa duk kat apartment tak de masa/tempat nak tanam2 pokok bunga ke, apalagi sayur2. Sekarang ni, kalau nak ambik daun pandan ke, serai ke, daun kari ke, ambik kat tepi rumah je. Kebetulan sebelah rumah saya ada tanah rezab sbb tanah lot paling tepi, so apalagi, kitaorang tanam je apa2 yg teringin. Sebenarnya tanah ni agak keras n kurang subur. Selepas selalu cangkul tanah n letak baja, sekarang ni nampaknya tanah ni ok sikit. So, layan je lah foto2 kat bawah untuk kenangan kami . Sekarang ni kami dah duk rumah ni lebih kurang 10 bulan.



Ni ala2 taman bunga kat depan rumah. Ada pokok2/bunga2 ni saya ambik dari kampung kat Kedah dan juga Terengganu. Ada juga beli kat nursery.

Pokok pinang merah ni antara favourite saya saya rasa agak terkilan sbb daun2 dah nampak kuning. Kata orang nursery tu, maybe still tak serasi dgn tempat baru. Kena sentiasa letak baja subur. Saya beli dulu pun agak mahal jugak, kalau tak silap dalam RM50 sepohon. Sebelah poko pinang merah ni adalah pokok mempelam.


Ni pokok, entah apa nama. Dibeli kat nursery. Bila besar, biasanya orang gunting buat bentuk bulat2.


Ha..ni pokok kemboja Cina kot namanya. Saya ambik anak pokoknya dari rumah mak saya kat KT.

Ni sayur terung n cili padi. Tuan rumah dah merasa hasilnya. Belakangnya ada ditanam beberapa pokok pisang n betik tapi agak lambat sikit membesar.


Gambar bi tak berapa jelas. Kat sini ada pokok limau nipis, pokok semambu (Tuan Haji Owner tanah ni yg berikan)

Ini pokos serai, daun pandan dan juga pokok belimbing(kalau tak silap- masih kecil lagi).

Sunday, September 18, 2011

Puding Marble Syawal



Kemarin, tadika /transit anak2 saya ada buat open house. Parents kena bawak sedikit makanan.
Fikir punya fikir mau bawak apa, teringat kat Puding Marble. Actually, saya dah try buat puding ni 3-4 kali tapi marblenya tetap tak jadi cantik. Kena belajar lagi kot.. tapi rasanya tetap sedap..

Resipi puding marble diambik dari `Sifu Puding`, Linapg

Bahan2:
  • 2 gelas air
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
  • 2 gelas susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar serbuk koko/choc emulco
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2/3 gelas gula

Cara2:

  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. Semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati .
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan Choc emulco. Kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.

Friday, September 16, 2011

Tektik tipu: Product AMG Italy kat Tesco.


Hari ni sempena cuti Hari Malaysia, sy bawak anak2 jalan kat Tesco ,Seberang Jaya. Lepas je bayar kat Tesco, saya didatangi sorang promoter, katanya nak bagi hadiah free kalau sy isi form dia. Masa isi form itulah, dia cerita sikit pasai product dia, microwave, induction halogen cooker etc...Harga setiap barang dlm RM3000++

Saya tertarik gak degn microwave dia. Sbb boleh goreng apa2 tanpa minyak. Boleh jugak sediakan makanan yg sihat untuk family. Masa duk sembang2 dia ada bagi kat saya 2 voucher . Bla saya bukak, ada dapat free RM1000, dan percuma 1 lagi barang dgn harga RM3500 kebawah. Dlm hati, woo bertuah jugak saya ni hari ni. Masa tu dah rasa memang nak belilah ..microwave oven + Induction cooker dng harga RM2300+++

Tapi terfikir jugak, kena call husband dulu takut balik nanti kena marah pulak. Then, husband kata tak yah lah , semua tu tipu...Then saya kata kat promoter tu, saya nak balik discuss dgn husband dulu, nanti malam saya datang bayar. Promoter2 tu kata tak boleh sebab saya boleh guna voucher tu waktu tu je.. then, sy pujuk diaorang, bagi masa sampai malam ni.

Then, bila saya balik, saya search kat internet pasal product ni..AMG Italy..tapi tak de pun. Yg ada, sbb ada orang nak jual product ni.. bila saya search pasal `microwave goreng tanpa minyak`..saya terjumpa blog ni..dia pun tertipu, tapi product dia namanya Arezzo. Dia tertipu kat Giant. Cara cerita dia dgn cara promoter AMG Italy ni kat Tesco tadi adalah sama, promoter buat 2 terkejut bila kita dapat voucher ni.

So, sama2 kita berhati2 dgn cara penipuan masa kini..sekarang mungkin dah tak de gores n menang tapi cara lain pulak..






Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...