Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Monday, June 28, 2010

Taman Negara Kuala Koh, Kelantan

Hari tu, dalam perjalanan dari CameronHighlands ke Kuala Terengganu, kami terlajak sampai ke Taman Negara kuala Koh. Taman Negara Kuala Koh ni terletak di dalam kawasan Felda Aring. Ia adalah tempat percutiaan bagi sesiapa yg berminat memancing. Sebenarnya, saya bukan nak cerita pasal taman Negara ni, cuma nak cerita pasal restorannya.

Oleh kerana dari CH, kami belum lagi lunch. Plan nak makan kat Tasik kenyir aje tapi sbb dah terlajak sampai sini, kami pun makan kat sini. Di sini ada satu sahaja restoran. Sebelum kami, ada satu group tengah tunggu order makanan. So kami order simple aje sbb takut nanti budak2 muntah lagi. Kami order ayam goreng masak halia, sotong masak paprik dan sup telur sahaja. Sementara tunggu, kami pergi solat dulu dan hubby sempat mandi lagi. So, lepas solat, kami cepat2 pergi ke restoran tu, ingat ke dah siap hidangan yg di order. Tunggu punya tunngu, tak sampai2 gak. Anak2 dah bising sbb lapar. Saya pun rasanya dah kurang sabarnya sbb dah hampir 2 jam, baru siap hidangannya. Ini firts time, saya tunggu makanan sampai 2 JAM...bila saya tanya kenapa lama sangat..diorang kata ada sorang tukang masak je...tapi bila difikir balik..takan masak yg simple ini pun sampai 2 jam..

Kat situ, saya tak ambik foto makanan , cuma foto anak posing kat restoran tu..kawasan ini adalah dalam kawasan hutan Kuala Koh..


Saturday, June 26, 2010

Cameron Highlands ke Kuala Terengganu



Hari tu dari CameronHighlands, saya balik kampung ke Kuala Terengganu. Kat sini saya nak kongsi sikit pengalaman perjalanan dari CH ke KT. Ini adalah first time kami balik melalu jalan ini.

Dari CH, kami melalui Gua Musang - Felda Aring - Tasik Kenyir - Kuala Berang- KT. Sebelum ni, kami dapat info perjalanan ni akan mengambil masa ~ 5 jam dan jalannya kurang elok. So, kami fikir mungkin kurang elok sikit jalan, apa salahnya. So, kami teruskan perjalanan. Dari CH-Gua Musang, still ok lagi. Bila masuk Felda Aring, kami melalui jalan kebun kelapa sawit. Jalannya agak teruk sbb banyak jalan ada lubang2, agaknya sebab banyak lori melalui jalan ini. Along, Abang dan Aisyah dah start muntah, take turn.Aisyah paling teruk sbb bila nak muntah, dia still tak pandai bagitau..terus muntah.. Bibik pun dah lembik dah..

Sepanjang perjalanan dlm Felda Aring tu..terasa begitu jauhnya sbb kereta tak boleh bawak laju, jalan teruk n anak2 muntah pulak..kami guna GPS waktu tu, tapi tersilap jalan jugak sbb ada satu simpang tu macam bukan jalan, so kami teruskan sampai ke Taman Negara Kuala Koh (nanti entri yg lain saya cerita sikit pasal pengalaman di Taman Negara ini).

Bila nak keluar dari Felda Aring tu, barulah lega , nampak highway ke Tasik Kenyir...Dari Tasik Kenyir , kami ada singgah kat Santuari Gajah. Ada 2 ekor gajah kat sini yg dipelihara oleh Perhilitan untuk tatapan umum.

Dari Tasik kenyir, kami ambik jalan ke Sg Tong(jalan lurus), kami tak melalui Kuala Berang. Then, terus sampai Ke KT. Kesimpulannya, selepas ini, kami rasa dah serik nak lalu melalui Felda Aring.

Monday, June 21, 2010

Taman Agro Teknologi MARDI, Cameron Highlands


Kat sini, ada beberapa foto di Taman Agro Teknologi MARDI. Untuk masuk ke sini, ada bayaran masuk, dewasa RM3 dan budak2 RM1. Kat sini, ada tanaman2 seperti Strawberry, tomata, epal, pear, brokoli dll. Juga ada English Garden, pelbagai bunga berwarna warni ada disini. Ada jugak sangkar burung disini. Taman permainan untuk kanak2 pun ada.

Jom tengok foto2 yg diambik.


Ni adalah pokok strawberry

Ni pokok epal

Kebetulan ambik gambar 2 ekor burung ni, depa baru nak `mengawan` kot

Ni gambar bunga2 di English Garden

Ni salah satu bunga disini..

Sunday, June 20, 2010

Bercuti di Cameron Highlands

Pada penghujung cuti sekolah ini, sempat jugak kami bercuti di Cameron Highlands, kalau tak silap, ni kali ke 4 saya sampai kesana. Bila dah 2-3 tahun tak pergi, teringin pulak nak pergi.

Kami menyewa di apartment kat Tanah Rata aje. Duk kat apartment rilex sikit sbb ada kelengkapan dapur . Sempat jugak saya buatkan steamboat(beli banyak sayur yg fresh) kat diorang tapi foto steamboat buatan sendiri tak sempat snap. Budak2 suka sangat sebab sejuk, tak payah nak bukak air-con.

Kat sini ada beberapa foto kenangan kami bercuti di sana.

Kami anak - beranak


Ni Bibik dgn anak2 kat Ladang Teh Bharat. Kami singgah minum tea kat sini. Tehnya agak mahal, satu set teko medium teh perisa strawberry RM14!!! (untuk 4 orang).


Ni Along posing kat English Garden kat Taman Agro Teknologi Mardi.

Thursday, June 17, 2010

Restoran Seri Idaman , Sg Ara

Hari Khamis lalu, MakTeh dan Anis, sedara hubby dari KL ada datang rumah. Kami bawak diaorang makan kat Restoran Seri Idaman. Ni first time, kami makan kat situ. Restoran ni opposite Restoran Tomyam Pak Hussin (famous gak kat Penang ni).

Dari pandangan luar, nampak menarik jugak, dekorasinya cantik dgn ada mini air terjun kat meja. Pelayan restoran pakai baju kebaya/kemeja batik lagi..

Mlm tu, kami makan steamboat..dah lama tak makan steamboat..overall ok jugak makan kat sini.
Jom , tengok foto makanan kat sana. Sorry, gambar tak cantik sbb guna camera hp yg tak seberapa je..


Macam Chinese restoran, kami dihidangkan dgn set air teh hijau.

Yang ni pulak bhn2 mentah sebelum di masak.


Ha..ni..steamboat yg dah ready untuk dimakan..

Tuesday, June 15, 2010

Pelekat kaki Buang Toksin...hmm..segar

Ini bukan promosi..sekadar pandangan peribadi..
Dah 2 minggu lebih dah, hubby ada beli 2 set (20 keping pelekat buang toksin ni) dari kawan tempat kerjanya. Sebenarnya saya dah biasa tengok dlm beberapa produk spt Cosway, Kinohitmitsu(tah betul tak spelling) . Kalau tak silap harganya mahal , ~ RM4 sekeping tapi yg hubby sy beli niRM2.50 sekeping. Packingnya macam kat bwh ni.


First time pakai, bila bukak plastiknya..wowo..baunya herbanya agak kuat..so, saya pakai ikut procedure dia. Bila bangun keesokannya, rasa segar aje..(biasanya liat gak nak bangun). So, first time pakai, rasa excited gak nak tengok banyak toksin tak..terkejut jugak tengok betapa hitamnya.. rupa-rupanya banyak toksin dlm badan saya.


Since diorang kata kalau pakai, pakai untuk 5 mlm berturut2, so, saya ikut jugak lah..sekarang pagi2 badan saya rasa segar sikit.

Saya syorkan kalau kawan2 mahu cuba, beli yg loose packing(bukan dlm kotak atau ada brand2 yg mahal). Kat sini ada blog yg menjual pelekat ni..

Monday, June 14, 2010

Kenapa dia tidak diperkosa??

Ini adalah kisah benar, yg saya terima e-mail dari kawan2.


Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.


Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.


Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.



Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.



Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.



Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.


Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:


“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???


Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.



"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...

semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….


Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..

moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...


Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...