Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Monday, May 31, 2010

Ujian PKSR 1 SKBB


Hari ni bermulanya ujian PKSR1 sekolah Along dan Abang. Jenuh jugak nak surah diaorang buat revision. Kita pun kena sama naik buat revision. Nak berblogging pun tak de masa..he..he..
Anak2 kawan, kebanyakan dah habis periksa, so diorang boleh start enjoy untuk school holiday.

Good luck untuk Along & Abang...

Friday, May 28, 2010

Leganya hari ini..


Dah 2-3 hari tak update blog ni, bukan apa..semenjak 2-3 minggu ni, busy sangat dgn keja.. Hari2 kena rushing compile data yg bos nak..

So, sempena hari Wesak Day, boleh lah rest. Tu pun tak leh rest sepenuhnya sbb kena balik kampung, ada kenduri pulak..

Tuesday, May 25, 2010

HINI: Anda juga berisiko untuk dijangkiti

View Slideshows
Saya baru dapat berita yg kawan sekerja saya disahkan positif H1N1. Dia dijangkiti dari anaknya, dan anaknya dapat dari Kindergarden.
Takut tu ada jugak, bukan apa, kalau kita dijangkiti, anak2 mungkin ada risiko jugak.
Tadi saya ada terbaca dari KedahLanie, petikannya dari Bernama hari ni yg menyatakan masih ramai lagi dari kalangan kita tak mengambil vaksin percuma. Boleh baca kat bawah ni. Tapi, saya dapat info dari bos saya yg beberapa klinik kerajaan di Penang ni dah kehabisan vaksin. So, sape2 yg tak ambik vaksin ni lagi (termasuk saya), bolehlah pergi ke klinik berhampiran.


CYBERJAYA — Penerimaan rakyat Malaysia terhadap vaksin Influenza A (H1N1) masih tidak memberangsangkan walaupun ia boleh diperolehi secara percuma di klinik dan hospital kerajaan seluruh negara, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, senario itu tidak seharusnya berlaku memandangkan wabak berkenaan masih menular dalam negara dan orang ramai, khususnya golongan yang berisiko tinggi seharusnya mendapatkan vaksin itu dengan segera.

Menurutnya, setakat ini hanya 123,000 rakyat Malaysia termasuk golongan berisiko tinggi yang sudah mendapatkan vaksin ini, dan masih ramai yang tidak mengendahkan seruan kerajaan agar mendapatkan suntikan berkenaan.

"Vaksin ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan yang serius, kecuali sedikit kesakitan di bahagian lengan, sedikit demam atau mungkin juga pening kepala kepada sesetengah orang,” katanya pada satu persidangan media di sini hari ini selepas menyaksikan upacara penganugerahan gelaran Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Lim Malaysia kepada Presiden Pengasas Universiti Kreatif dan Teknologi Lim Kok Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing di sini. - Bernama

Saturday, May 22, 2010

Apa yang perlu dijauhi oleh Majikan kepada Maid



Di sini, ada tips2 untuk majikan, agar hubungan Majikan dan maid sentiasa baik dan harmoni. Kita senang, maid senang, seluruh family happy..

Sifat Sifat Yang Perlu Dijauhi oleh Majikan

Sikap

Indikasi

Implikasi

Cerewet yang keterlaluan

Majikan tidak menolong dan menunjuk ajar pembantu bahkan asyik memeriksa setiap gerakerja pembantu

Pembantu akan merasa stress dan tidak aman dengan kehadiran majikan.

Sombong yang melampau

Majikan tidak menghiraukan kebajikan dan makan minum pembantu

Pembantu kurang hormat kepada majikan terutamanya sewaktu ketidakhadiran majikan

Kikir Yang Berlebihan

Contohnya majikan mengira berapa biji telur yang digunakan setiap hari dan bertanya pembantu ke mana pergi telur-telur tersebut. Biasanya berkaitan dengan profesyen seperti akauntan, perbankan dan audit.

Pembantu akan merasakan tidak cukup diberikan makan kerana dikongkong keterlaluan.

Terlalu Berkira

Majikan akan memotong gaji untuk pembantu menelefon yang perlu, membeli jajan, kerosakan harta benda yang tidak sengaja dan sebagainya.

Pembantu tidak selesa dan bercakap dengan jiran tentang majikan yang pelit. Menghitung hari untuk tamat kontrak

Terlalu Garang

Pembantu selalu ditengking dengan suara yang tinggi

Pembantu akan membenci majikan

Menganiaya

Pembantu tidak dibayar gaji yang sepatutnya atau hak mereka diambil tanpa hak

Pembantu mendendami majikan

Mencabul

Pembantu dicabul sewaktu ketiadaan isteri

Boleh menjadi kes jenayah seksual

Friday, May 21, 2010

Sabun pencuci mana pilihan anda?


Hari ni, rasa rajin sikit nak senaraikan harga (normal price) sabun pencuci yg ada di pasaran. Yang ni saya ambik dari iklan2 kat suratkhabar. Rasa rajin sikit nak buat matematik untuk 1kg:

BioZip 2.5kg RM9.50 , 1kg = RM3.80
Top 3.0kg RM10.90 , 1kg = RM3.60
Dinamo 4.7kg RM21.00 , 1kg = RM4.50
Breeze 4.0kg RM21.50 , 1 kg =RM5.30
Fab 2.4kg RM14.00 , 1kg = RM5.80

Kalau tengok harga kat atas, rupa2 Top yg paling murah. Saya pernah pakai Top, bau baju selepas dibasuh, not so bad. Breeze pun saya pernah guna, sama saja kot...entahlah..
Bab sabun pencuci ni, saya main beli aje, asal ada promotion beli aje..semua jenama diatas saya dah pakai..entah tak tahu beza. Kalau nak wangi + lembut, taruh aje Softlan. Saya rasa semua sama aje..kalau yg branded sikit, yg selalu ada iklan TV, mesti mahal sikit sbb nak cover kos iklan. Apa pendapat anda???

Tuesday, May 18, 2010

Salih Yaccob & 3 isteri..


Kepada sape2 yg tak baca paper Utusan hari ni..kat sini saya letakkan gambar keluarga bahagia 'Salih Yaccob dan 3 isternya`. Mengikut artikel tu, Salih ada 11 orang anak.. anak pertama dah 25 tahun dan yg bongsu 11 bulan...
kalau nak baca lebih lanjut, boleh tengok Utusan hari ini..





Monday, May 17, 2010

Puding Gulung Cocktail


Resipi ni, saya dah ambik lama dah dari kawan, CheNa. Tapi kemarin baru berkesempatan buat sbb baru dapat beli kek gulung.


Bahan2:
1. 1/2 paket agar2 serbuk
2. 2 cawan air gula.
3. 2 sb tepung kastard
4. 1 biji telur.
5. 1 tin susu cair
6. 1 sk esen vanilla
7. Satu kek gulung atau baulu gulung.
8. 1 tin cocktail.

Cara2:
1. Masak 1+2
2. Blend 3,4,5 +6. Then, masukkan kedalam agar2 yg dah dimasak.
3. Cocktail tadi, kalau buah2nya besar, potong kecil2, then tapis airnya. Ambil buahnya je.
4. Susun kek gulung, cocktail dalam adunan. Masukan separuh bahan2 yg campur dgn agar2 tadi.
5. Ulangi cara 4, sampai habis campuran agar2 tadi.
6. Settle, boleh masukkan dlm fridge.


Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...