Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Thursday, May 13, 2010

Terimakasih FB


2-3 hari lepas..saya ada terjumpa kawan lama, kawan sekolah rendah dulu dlm facebook..dah lebih 20 tahun tak jumpa dia..dulu dlm kelas, saya duduk sebelah dia.

Rupa-rupanya dia sekarang duk kat UK, further study Phd. Good luck to Salina AbdulRahman.

Sebenarnya, Facebook pun ni ada kebaikannya, boleh mengeratkan kembali tali silaturahim, saya dah lama tercari2 dia, try search nama dia dlm facebook, tak de, rupa2nya sbb dia duk kat oversea kot sbb tu namanya tak tersenarai dlm search FB. tapi entak camne, saya teringat nama adiknya, so bila search adiknya, dia tersenarai dlm `Friend`s adiknya.

So, kalau tak de aral, kitaorang akan berjumpa raya ni sbb dia akan pulang ke Malaysia raya ni.
Terimakasih FB.

Wednesday, May 12, 2010

Rahsia saya yang tidak di ketahui umum...


Sebenarnya, tadi saya ada menghadiri TeamBuilding kat tempat saya kerja. Ianya dibuat khusus untuk satu team projek defect improvement. Team kami terdiri dari director hingga ke level bawah. Mula2, ingat ke teambuilding ni, kena lari2 ke, panjat2 ke tapi tak de. Sebenarnya, ia adalah program untuk mempereratkan teamwork sesama kami dan makan2.

Ada satu topik yg menarik, semua peserta kena ceritakan kepada umum tentang apakah rahsia diri kita yg tak diketahui oleh rakan2 kita. Antara yg menarik, rupa2nya, ramai director yg takutkan lipas, ramai yg mengaku takut berenang, ada yg mengaku takut naik flight dll.

Emm..rahsia saya ..hanya team tadi je yg tahu..




Sunday, May 9, 2010

SMS Hari Ibu

Sempena hari Ibu hari ini, sejak dari hari Jumaat lagi, saya ada terima sms dari kawan2. Biasanya nya raya je dapat sms ..ni Hari Ibu pun dapat jugak. Thank you Izatul n Zura..
Isi kandungan SMS ini jugak saya tujukan dan doakan pada semua ibu2 yg mengunjungi blog saya ini..

Ya Allah,
Wanita yg membaca sms ini, adalah seorang ibu yg cantik,kuat,sabar & saya menyayanginya...
Kau tingkatkanlah kehidupannya dgn rezeki yg berkat...
Kau rahmatilah setiap langkahnya dlm mencari rezeki keluarganya...
Kau bersihkanhatinya..
Kau kuatkan imannya..
Kau peliharakan dia dari fitnah..
Amin YaRabbilalamin..
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU..

Saturday, May 8, 2010

Buku panduan khusus untuk seisi keluarga


Minggu lepas, masa bercuti kat Terengganu, kakak saya menghadiahkan sebuah buku,tajuknya Indahnya hidup Bersyariat yang saya kira amat berguna sebagai panduan hidup. Ia adalah khusus untuk seisi keluarga.

Bagi pandangan saya, buku ini amat bagus sbb isi kandungannya adalah lengkap, fardu ain dan kifayah. Ciri2 buku ini yg saya suka adalah, kulitnya tebal,isi kandungan ada warna-warni, susunan babnya agak teratur.

Saya syorkan, kalau sape2 tercari2 buku yang lengkap mengenai fardu ain/kifayah, anda boleh beli buku ini. Saya dah check dlm internet ni pun, ada yg menjual secara online. Anda pergi kat Google Search, dan type tajuknya aje.. harganya RM55.

Ok, selamat membaca dan sama2 kita memperlengkapkan amalan kita mengikit panduan yg diberi oleh Allah swt.

Thursday, May 6, 2010

Kisah Benar: Jenazah Istimewa dan Dirahmati


Saya ada terbaca 2 kisah imam yang meninggal ketika selesai solat asar dan ketika baca khutbah jumaat. Saya paparkan kisah ini pada link kat bawah untuk renungan dan teladan untuk kita. Ceritanya agak panjang, so kalau ada masa terluang bolehlah dibaca...

(Gambar kat atas tu, adalah awan membentuk kalimah Allah. Allah Maha Besar)

Tuesday, May 4, 2010

ICT Haji Pok Long (Seafood)




Salam semua..sempena cuti 1 Mei yg lalu, saya balik bercuti kat kampung halaman, Terengganu. Petang kemarin, abang ipar saya belanja kami sefamily kat ICT Haji Pok Long(Seafood). Wow..ICT..pak long kita ni pandai ICT ke? Eh..eh..ICT ni sebenarnya `Ikan Celup Tepung`. Kat Ganu ni, ICT adalah antara makanan petang famous kat Ganu. Kedai ICT ni adalah kat Pantai Teluk Ketapang, berhampiran dgn Airport Sultan Mahmud.

ICT kat sini bukan hanya ikan semata2 tapi ada pelbagai makanan celup tepung spt udang, sotong,ketam, keropok lekor, jemput2. Semuanya digoreng dgn `tepung goreng pisang`. Semua makanan celup tepung dicicah dgn sos `kerepok lekor`.

Sori ye..saya tak ambik gambar makanan2 tu sbb malu ramai sangat orang.




Saturday, May 1, 2010

Jalan- jalan Pantai Batu Feringgi



Last weekend, kitaorang jalan2 berehat di Batu Feringgi. Plan nak bawak makanan and breakfast kat sana tapi terlajak tidur pulak. Last2 breakfast nasi lemak kat rumah dulu, lepas tu baru pergi berehat2 kat sana.
Kami dah beberapa bulan tak pi berehat kat sana. Biasanya weekend, ada je aktiviti.. ni kat bawah ni gamabar budak2 bertiga. Dioranglah paling seronok sampai kecut2 tangan sbb terlalu lama berendam dlm air.

Kami pulang melalui Teluk Bahang, ingat nak singgah makan Laksa Janggus kat Balik Pulau tapi masih tak bukak lagi.




Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...