Gamabr kat bawah ni copy dari Kosmo....



Wednesday, December 9, 2009
Upin dan Ipin
Kalau kawan-kawan tengok identiti saya adalah Upin dan Ipin. Sebenarnya , anak2 saya espeacially Aisyah adalah peminat setia Upin dan Ipin. Hari ni dalam Kosmo ada pasal Upin dan Ipin akan ke Timur Tengah. Maid saya juga kata Upin dan Ipin di Indonesia antara kartun yg diminati disana. Syabas untuk Upin dan Ipin .
Resipi Urap-urap (indon)
Ops..resend balik sbb silap label...Resipi ni saya sangat suka. Maid saya yang ajar. Kat sini macam kerabulah kot tapi sedap lagi. Kawan2 boleh try
Bahan2:
1. Ubi kencur - 7 biji
2. Bwg putih - 2 ulas
3. Bwg merah - 1 ulas besar
4. lengkuas and halia- sikit je
5. Cili padi - 3 biji
6. Cili kering yg dah kisar- 1 sudu
7. Sikit belacan
8. Sikit gula melaka
9 Asam jawa- isi (bukan air)
10. Kelapa mesin (putih) dlm RM1.00
11. Sikit minyak untuk menumis.
12. Daun limau purut- dihiris
Sayur2:
1. Kacang panjang
2. Taugeh
3. Pucuk ubi kayu.
Cara2:
1. Tumbuk bhn2 1-9 sampai lumat. Campur sedikit gula dan garam.
2. Tumis sehingga berbau/pecah minyak.
3. Masukkan kelapa dan daun limau purut.
4. Gaul sehingga rata.
5. Celurkan sayur2 diatas.
6. Sayur2 yg dah dicelur, boleh digaul dgn bahan yg digoreng tadi.
Tuesday, December 8, 2009
Mini cup cakes
Kemarin, birthday anak kedua sy, Adham. Kesian dia, baru masuk 6 tahun tapi next month dah nak masuk Darjah 1. Buat mini cupcakes ni dan beli je kek kat kedai.
Ni resipi saya ambik dari kawan, Kak Midah.
Bahan2:
1. 250g tepung superfine (atau 125 g tepung jagung + 125g tepung gandum)
2. 250 g gula kasar.
3. 200 ml santan.
4. 4 biji telur.
5. 2 sudu kecil overlate
6. 2 sudu kecil baking powder.
7. Inti dan warna- terpulang masing2. Kemarin, inti jem sekaya, kacang dan strawberry.
Cara-cara:
1. Gula+telur+overlate+baking powder masuk dlm mixer . Mix sampai tak menitis.
2. Masukkan tepung dan santan bergilir-gilir sehingga rata.
3. Bahagikan adunan mengikut warna.
4. Masukkan dlm acuan. Letak inti kat dalam.
5. Kukus 5 minit ..
Monday, December 7, 2009
Cendawan goreng
Mungkin ramai tak pernah makan lagi cendawan goreng. Cendawan goreng celup tepung sekarang dah ada kat mana2 pasar malam atau karnival.
Ni bukan nak bagi resipi . Cuma nak tunjuk camne cendawan goreng ni dan original cendawan ni.
Gambar atas tu , cendawan goreng ready made yg hubby bawak balik dari kursus cendawan. Saya cuma goreng je. Dia minat sikit bab-bab pertanian ni. Dulu, saya pernah goreng, taruk tepung tempura aje, sedap jugak. Rangup...
Tahukah anda Kod Lemak Babi??
Salam,
Ini ada contoh, macam mana nak tengok:
Dalam keghairahan kita menyediakan juadah untuk family, kita perlu pastikan bahan2 yg kita gunakan adalah halal. Di sini saya nak share info pasal Kod Lemak Babi.
Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam pembungkus produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandung lemak babi.
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,
E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
Ini ada contoh, macam mana nak tengok:
Sunday, December 6, 2009
Hukum Bersunat Anak Perempuan
Ramai kawan-kawan tanya bersunat untuk baby girl wajib ke dak. Ada kata wajib, ada kata sunat je, ada kata ikut tradisi. Kat sini saya paste dari beberapa artikel. Sila baca kalau berminat nak tau..
Bersunat disebut sebagai khitan dalam bahasa Arab bererti potong. Khitan juga bererti memotong qulfah iaitu kulit yang menutupi kepala zakar (Abdullah Nasih ‘Ulwan; Tarbiyatu al-Aulad 1/109). Kamus Dewan menyebut khatan, sunat, ertinya memotong kulub dan berkhatan, bersunat, bersuci, maknanya potong kulub orang Islam (Kamus Dewan 549). Khitan bagi wanita dinamakan khafd iaitu merendahkan (Ibnu al-Qayyim: Tuhfatu al-Maudud 106)kerana bahagian yang dipotong itu merendahkan hujung clitoris. Menurut al-Mawardi, khitan bagi perempuan adalah memotong kulit pada atas faraj yang berbentuk seperti balung ayam (tiga segi) yakni clitoris. Bahagian yang wajib dipotong adalah kulit yang berlebihan di sebelah atas clitoris, tidak sampai ke pangkalnya (Ibnu al-Qayyim; op.cit 106) Daripada pengertian syarak itu, dapat disimpulkan bahawa khitan bagi perempuan adalah dengan memotong sedikit saja daripada bahagian atas clitoris. Bahagian yang wajib dipotong adalah hujungnya yang menonjol tinggi daripada faraj, bukan memotong semua sekali. Seperti amalan khitan di kalangan lelaki yang bermula pada zaman Nabi Ibrahim, amalan berkhatan bagi wanita juga berlaku pada zamannya. Isterinya, Sarah dikhatankan. Peristiwanya bermula apabila Hajar (salah seorang isteri Nabi Ibrahim) mengandung, Sarah berasa cemburu, lalu bersumpah untuk memotong tiga bahagian anggotanya sendiri. Nabi Ibrahim bimbang kalau-kalau Sarah akan memotong hidung dan telinganya. Lalu Baginda menyuruhnya melubangkan kedua-dua telinganya dan berkhatan (Ibnu al-Qayyim; ibid 131). Setelah itu amalan khitan menjadi sunnah bagi wanita Islam. Khitan diamalkan juga pada zaman Firaun yang mana didapati mumi perempuan Mesir purba mengamalkannya. Begitu juga di negara lain di Afrika seperti di Ethopia dan Sudan . Khitan seterusnya diamalkan di merata dunia termasuk Malaysia . Sesetengah mereka menganggap amalan ini sebagai adat. Sesetengah yang lain pula menganggapnya sebagai tuntutan agama. Ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan bagi wanita. Ada yang berpendapat hukumnya wajib, ada yang mengatakan sunat. Ada pula yang berpendapat khitan adalah satu kemuliaan saja kepada kaum wanita. # Imam al-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad mewajibkan wanita berkhatan sama seperti lelaki (Ibnu Taimiyah; al-Fatawa al-Kubra 51-52). Pada mereka dirujukkan kepada hadis yang dijadikan hujjah bagi mewajibkan khitan ke atas lelaki. Antara hadis itu adalah sabda Rasulullah SAW kepada seorang yang baru menganut Islam: “Cukurlah rambut ketika kafirmu dan berkhatanlah.” Dalam riwayat lain yang disebut terdulu, Rasulullah bersabda: “Sesiapa (yang baru) memeluk Islam hendaklah dia dikhatankan meskipun sudah tua.” (Al-Syaukani;op.cit 1/136). Kedua-dua hadis ini menunjukkan amalan khitan adalah wajib. Perintah wajib ini meliputi lelaki dan wanita. Ini didasarkan kepada keumuman daripada lafaz hadis berkenaan (al-Syaukani; ibid 1/134). # Riwayat lain daripada Imam Ahmad pula menyatakan berkhatan wajib ke atas lelaki saja. Tidak diwajibkan ke atas perempuan. Ia adalah sunnah yang sangat dimuliakan. Pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama. Ia dirujukkan kepada hadis Rasulullah yang menyatakan khitan tidak wajib ke atas perempuan. Antara lain Syadad bin Aus menyebutkan bahawa Rasulullah bersabda: “Khitan adalah sunnah untuk lelaki dan suatu penghormatan untuk wanita.” (Ahmad bin
Hanbal; al-Musnad 6/433). Ummu ‘Attiyah r.a. pula meriwayatkan bahawa Rasulullah memberitahu tukang khatan perempuan supaya jangan memotong terlalu dalam. Hal ini kerana yang demikian itu (memotong tidak terlalu dalam) adalah mahkota wanita dan sangat disukai oleh suami. (Abu Daud; al-Musnad 167). Hadis di atas menunjukkan khitan bagi anak perempuan adalah sunat, bukan wajib. Khitan disyariatkan kepada lelaki dan perempuan sebagai satu perbezaan antara orang Islam dan kafir. Oleh kerana itulah orang yang baru memeluk Islam dikehendaki berkhatan, lelaki atau perempuan. # Dr Yusuf Al Qaradhawi berpendapat persoalan khitan anak perempuan terserah kepada ibu bapa sama ada mahu melakukannya atau tidak. Bagi mereka yang beranggapan khitan anak perempuan ada kebaikannya, eloklah mengkhatankannya. Bagi mereka yang tidak mengkhatankannya pula, tidak berdosa kerana ada ulama yang berpendapat khitan bagi wanita hanya satu kemuliaan. Begitu pun, Dr Yusuf berpendapat mengkhatankan anak perempuan adalah lebih baik (Dr Yusuf Qaradhawi: al-Fatawa al-Mu’asirah 384). # Imam al-Akbar Mahmud Syaltut berpendapat: Hukum khitan bagi lelaki dan perempuan bukan didasarkan kepada nas naqli, tetapi disandarkan kepada kaedah umum syariah iaitu ‘tidak harus menyeksa sesuatu yang hidup kecuali ada kemaslahatan’. Khitan bagi lelaki ada maslahah yang perlu dijaga iaitu menghindarkan jangkitan kuman yang menyebabkan kanser zakar atau penyakit lain yang berbahaya. Tetapi, dalam persoalan khitan bagi kaum perempuan, tiada maslahah yang perlu dijaga. Menurut beliau lemah atau kuat nafsu seseorang perempuan bergantung kepada pembinaan hormon dalam diri seseorang. Begitu juga berakhlak atau tidak seseorang bergantung kepada pendidikan agamanya, suasana masyarakat dan keprihatinan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Lemah atau kuat nafsu seseorang perempuan tiada hubung kait dengan khitan. Oleh itu khitan bagi perempuan bukan kerana tuntutan syarak, akhlak dan kesihatan. Ia didasarkan kepada persoalan fitrah manusia semata-mata (Muhammad Syaltut; al-Fatawa 333-334). Penulis berpendapat walaupun ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan wanita, eloklah kita mengamalkan khitan walaupun ia bukan wajib atau sunat. Paling kurang ia adalah fitrah insaniah yang seiring dengan tabiat dan fitrah Islam. Selain itu, ia masih sunnah yang diamalkan pada zaman Rasulullah. Baginda pernah mengajarkannya kepada wanita pada zamannya. Kalau kita tidak mengamalkannya bererti kita mengetepikan salah satu daripada amalan wanita zaman Rasulullah. Di samping itu, masih ada hadis yang menjelaskan bahawa khitan itu satu kemuliaan kepada wanita. Mungkin setakat ini kita belum pasti apa maslahatnya. Banyak ibadat lain yang dilakukan tanpa kita ketahui maslahat dan hikmatnya. DIJAWAB oleh Prof Madya Dr Anisah Abd Ghani, Ketua Jabatan di Akademi Islam Universiti Malaya. Jawapan dan persoalan boleh layari www.wanitajimceria.blogspot.comSaturday, December 5, 2009
Bawang putih penawar penyakit darah tinggi
Kemarin, hubby saya check blood pressure dan dapat tahu ada darah tinggi. Kami baru tau Bawang putih boleh kurangkan darah tinggi. Petua ni diambil dari petua sejagat blog.
Tekanan darah tinggi menjadi masalah utama bagi golongan tertentu sejak bertahun-tahun lalu. Biasanya dikaitkan dengan orang veteran dan yang berharta. Namun, sekarang ni penyakit dah tak mengenal siapa mangsanya. Semua orang boleh menghidapinya kalau serba-serbi tak dijaga. Ada baiknya kita menjaga kesihatan sejak dari muda lagi.
Salah satu rawatan darah tinggi yang disyorkan oleh pengamal perubatan tradisional adalah meminum air bawang putih.
Cara menyediakannya adalah:-
1. Sediakan 2 atau 3 ulas bawang putih.
2. Tumbuk halus bawang putih tadi.
3. Ambil segelas air suam dan rendamkan bawang putih ke dalamnya.
4. Amalkan meminumnya 2 kali sehari sehinggalah darah tinggi anda menurun.
Tekanan darah tinggi menjadi masalah utama bagi golongan tertentu sejak bertahun-tahun lalu. Biasanya dikaitkan dengan orang veteran dan yang berharta. Namun, sekarang ni penyakit dah tak mengenal siapa mangsanya. Semua orang boleh menghidapinya kalau serba-serbi tak dijaga. Ada baiknya kita menjaga kesihatan sejak dari muda lagi.
Salah satu rawatan darah tinggi yang disyorkan oleh pengamal perubatan tradisional adalah meminum air bawang putih.
Cara menyediakannya adalah:-
1. Sediakan 2 atau 3 ulas bawang putih.
2. Tumbuk halus bawang putih tadi.
3. Ambil segelas air suam dan rendamkan bawang putih ke dalamnya.
4. Amalkan meminumnya 2 kali sehari sehinggalah darah tinggi anda menurun.
Subscribe to:
Posts (Atom)
