Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Wednesday, May 25, 2011

Penjelasan dari Secret Recipe

Kepda peminat Secret Recipe, di sini saya tampilkan penjelasan dari Secret Recipe pasal status halalnya..


Sumber: facebook

Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :

Sunday, May 22, 2011

Cara Wardina mendidik anak2 solat 5 waktu


Walaupun setiap hari anak2 saya boleh solat berjemaah di Transit nursery tapi bila balik rumah , kadang agak susah jugak nak berdisiplinkan diaorang sembahyang 5 waktu. Hampir setiap waktu, kita kena ingatkan diorang.

Disini saya nak share cara Wardina mendidik anak2nya solat 5 waktu.


Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?


Friday, May 20, 2011

Demam campak, Chicken pox , Jentungan, Bertih


Nama title di atas tu sebenarnya sama saja, tapi ikut bahasa daerah masing2.
Rupanya macam dalam foto diatas (belakang badan anak saya. Ini adalah hari ketiga chicken pox)

Anak saya, Abang n Aisyah baru je sembuh dari Chickenpox. Diorang kena jangkitan dari sekolah tadika/transit. Mula2 bila tahu kena chickenpox ni, geram jugak kat parents yg still hantar anak yg masih dijangkiti chickenpox menyebabkan ramai kawan2 anak2 sy dijangkiti. Tapi ini semua diluar kawalan kita.

Mujurlah Chicken pox kat badan Abang n Aisyah dah kering dalam masa seminggu. Diorang agak kuat jugak sebab demam hanya hari pertama aje. Lepas tu boleh main macam biasa cuma pengadu gatal2 n pedih2 je. Setiap hari, saya bagi diorang minum air kelapa.


Kat sini saya ada search sikit pasal Chicken Pox ni.

  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi

Antara cara merawat demam campak pula ialah :

  1. Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.
  2. Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem
  3. Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu.
  4. Orang-orang tua berpesan, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

Tuesday, May 17, 2011

Sambal Petai Istimewa


Kemarin, hubby ada beli 4 papan petai. Plan asalnya, nak rebus aje, then makan buat ulam. Lepas tu teringin nak makan sambal petai pulak. Oleh kerana udang tak de dalam peti, so buat sambal petai aje.

Bahan2 + cara2

1. Tumbuk or blend Bwg putih 2 ulas, 1 ulas Bwg Besar, 1 biji Tomato dan sedikit lengkuas.
2. Tumis bhn2 diatas bersama 2-3 sudu cili yg dah diblend.
3. Bila dah naik bau, masukkan petai.
4. Masukkan garam, apa2 perasa (sy guna Cukup Rasa).
5. Bila dah cukup rasa semua, boleh diangkat dan dihidang.

Selamat mencuba...

Saturday, May 14, 2011

Dapur ku: Wet Kichen




Sebenarnya dapur ni dah siap 2-3 bulan tapi rasa malas nak snap foto. Hari ni baru rasa rajin sikit nak share foto dgn kawan2.

Dapur ni di buat oleh Syarikat dari Bertam, dah lupa dah nama apa. So far, saya sangat berpuashati dgn dapur baru ni. Luas dan senang nak buat kerja memasak.
Plan asalnya, nak letak microwave kat ruang kosong atas (sebelah fridge) tu tapi rasanya tak praktikal pulak microwave kat atas. Nak buat kerja susah sikit.




Wednesday, May 11, 2011

Sup Cendawan Simple


Minggu ni saya bercuti seminggu sbb 2 anak2 saya kena chickenpox (bahasa Terengganu Jentungan), so ada lah masa nak buat N3 dlm blog yg dah lama menye[i.

Kemarin, saya ada buat Sup Cendawan/ Mushroom soup untuk depa yg sakit ni. Walaupun sakit, tapi selera depa tetap ada. Diorang kata macam Sup kat Pizza. So, diorang boleh makan sepuas-puasnya.

Resipinya saya ambik dari blog Kak Rosaliza

MUSHROOM SOUP
resepi asal : minami133 @ myresipi

Bahan-bahan ( 6 org )

1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
1 cawan tepung gandum

Cara-cara
potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.

masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.

masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.
Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...