Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Sunday, April 17, 2011

Lagu Warisan -Anak kecil main api

Teringat lagu Warisan ni. Dulu selalu menyanyi kat MRSM. Lagu ni pada asasnya untuk menaikkan semangat Melayu untuk bangkit berusaha..

Kat sini ada lirik nya:

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Saturday, April 9, 2011

Bila Bibik dah balik..


Bibik saya dah balik Sabtu lepas..

Sekarang barulah rasa penatnya keluar bekerja, then urus rumah, urus anak2 ke sekolah etc semua kena buat sendiri.

Plan awalnya, Aisyah pagi pi sekolah, then balik rumah pengasuh. Lepas tu, Along and Abang pun balik rumah pengasuh. So, senang ambik depa satu tempat je bila balik kerja. Juga plannya, depa semua makan kenyang2 dulu sebelum balik rumah. Tapi semuanya tinggal plan saja.

1st day Aisyah p sekolah ok, tapi bila balik rumah pengasuh, dia buat hal pulak, mengamuk & menangis je, kata pengasuh duk panggil umi..umi..
2nd and 3 rd day pun sama, ok sat, then menangis. So, pengasuh kata dia tak mau jaga dah si Aisyah ni. Rasa terkilan jugak dgn pengasuh ni, sbb terus tak mau jaga Aisyah , walhal baru 3 hari duk rumah dia. Sebenarnya Aisyah senang rapat dgn orang, cuma dia tak pernah ditinggalkan sorang2. Biasanya kalau tinggal dia kat rumah sedara pun, masih ada Bibik lagi..mungkin itu sebabnya dia menangis duk rumah pengasuh.

Sekarang ni, saya letakkan Aisyah kat Transit Along n Abangnya. Nampaknya ok sbb pagi ada Abangnya, petang ada Alongnya.

Sekarang ni, bila Bibik dah tak de, kena train Along tolong jemur n angkat kain. Along tolong siram pokok. Lipat kain pun kena gotong royong jugak. Malam2 agak penat jugak, husband pulak balik kerja lewat.

Pagi2 agak kelam kabut sikit sbb, nak prepare breakfast lagi,nak siapkan Aisyah lagi.

Harap2 1-2 minggu lagi, boleh adapt kena buat kerja rumah sendiri..

Sekarang ni, baru terasa Bibik banyak membantu selama ini..semoga Bibik Atik berbahagia dgn familynya di Medan.
Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...