Park n Ride dilancarkan 1 Mac hari tu. Ia adalah program dimana pemandu dari pulau besar parking kereta di Sunway Carnival,Seberang Jaya, then naik Bas Rapid Penang untuk bekerja di sekitar kawasan kilang di Bayan Lepas. Parking hanya dikenakan RM1 dan tambang bas adalah FREE. Route perjalanan disediakan kepada 3, Best A , Best B dan Best C. Bas beroperasi dari pukul 5.30 am- 8.10am (pagi) dan 4.30pm-7.30pm(Petang). Setiap sessi, bass akan disediakan setiap 20min untuk setiap route.
Oleh kerana saya tinggal di pulau besar, saya berpeluang mengikuti program ni. Pada pendapat saya, ada pro and kontra apabila menaiki bas ini:
Pro:
1. Boleh menjimatkan kos petrol and tol Penang Bridge. Untuk perjalanan saya, boleh berjimat ~ RM12. Kalau seminggu dah RM60 dah..
2. Boleh rilex dalam bas, tak yah tension dgn traffic jam.
3. Perjalanan bas adalah convinient sbb setiap 20 min akan ada bas.
Kontra:
1. Kena spend masa untuk parking dan tunggu bas.
2. Route B, yg saya lalu, mengambil masa 1 jam atau lebih untuk sampai. Kalau drive sendiri, lebih kurang ~40 min je.
3. Kekadang kena bersedia mental kalau tertinggal bas..
Tapi walau macammana pun , saya tak boleh naik bas setiap hari sebab ada commitment ambik anak kat sekolah.
Secara keseluruhannya saya rasa program ni amat bagus dan patut diteruskan walaupun kerajaan Pakatan Rakyat atau BN yg memerintah P.Pinang.
Disini saya bagi link jadual perjalan bagi sesiapa yg rasa nak nak bas free..