Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Sunday, October 24, 2010

Panduan memasuki rumah baru


Salam semua, dah lama rasanya tak update blog ni..kami sebenarnya dalam proses pindah ke rumah baru. Plannya hujung tahun ni..

Kat sini, saya ada terjumpa panduan2 memasuki rumah baru..harap2 jadi panduan kepada kami dan rakan sekalian, dipetik dari blog Ust Hishamudin

Beri salam
Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT,

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” [Al-Nur :61]

Lafaz salamnya ialah :

ألسلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Maksudnya : “Salam sejahter ke atas kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang soleh”.

As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram serta terhindar daripada gangguan syaitan.

Dalam sepotong hadis, yang bermaksud : “Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah, sesiapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Rumah baru atau rumah kosong kadang-kadang dihuni oleh makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dengan ucapan salam kadang-kadang terbukti makhluk yang memusuhi kita boleh menjadi baik dan tidak mengganggu kita.

Baca ayat-ayat al-Quran...

Selepas memberi salam hendaklah membaca ayat Qursi, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Sabda Rasulullah saw,

أن البيت الذى تقرأ فيه سورة البقرة لا يقربه شيطان ثلاثا

Maksudnya : “ Rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah tidak akan diduduki syaitan sampai tiga hari”.

Baca doa ...

Hendaklah berdoa dengan bacaan seperti berikut,

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

Maksudnya : “Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Buat kenduri doa selamat ...

Elok juga diadakan doa selamat menjemput dan menjamu orang-orang soleh.

Solat berjemaah bersama keluarga ....

Solat berjemaah bersama keluarga, bertadarus dan berwirid yang mana kesemua amalan ini akan menolak kejahatan dan gangguan syaitan, jin dan lebih-lebih lagi perbuatan sihir.

Laungkan azan..

Selain itu adalah baik melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru atau rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

Dalam hadis yang lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri......"

Haram menggantung tangkal jika ....

Menggantung sesuatu di rumah selain ayat-ayat Al-Quran sebagai tangkal seperti daun-daun berduri, belangkas atau kuda laut dengan niat untuk menjauhkan seisi rumah dari gangguan syaitan, perbuatan sihir dan sebagainya adalah haram.

Haram bela ikan puyu jika ....

Begitu juga haram membela ikan puyu jika beriktikad ikan itu boleh mengelakkan tuan rumah dari di kena pukau hukumnya adalah haram.

Gantung ayat Al-Quran ... ?

Manakala menggantung ayat-ayat Al-Quran tulisan khat hukumnya harus sekiranya ayat-ayat itu tidak dilukis gambar manusia atau binatang.

Apa hukum menyemah rumah ..?

Haram hukumnya menyemah rumah baru yang diduduki dengan jampi mentera dan menabur sesuatu sama ada di dalam atau di luarnya. Kalau diiktikadkan dengan perbuatan itu satu penyeruan kepada makhluk selain Allah adalah syirik.

Wallaahualam.

Saturday, October 16, 2010

Vemma product begitu hangat sekarang

Saya ada terbaca hari tu dlm majalah Jutawan pasal sorang tu boleh jadi jutawan apabila join Vemma Builder. Kalau sape2 nak tau details pasal product ni, boleh klik sini.

Apa yang saya faham Vemma adalah sejenis manggis yg banyak khasiat.

Mangosteen

Wednesday, October 6, 2010

Apa benda paling kotor dari mangkuk tandas??


Tadi dlm kereta, on the way pi kerja, saya ada dengar DJ Kedah.FM betanya kepada pendengar2 pasal Apakah benda yg paling kotor daripada mangkuk tandas???

Jawapannya..mengikut satu kajian (lupa dah dari mana), troli pasaraya adalah antara benda yg lebih kotor daripada manguk tandas. Ianya disebabkan troli ni tak pernah dibasuh, troli ni biasanya semua benda kita letak seperti daging , ikan, ayam dll. Kadang2 ada juga di kalangan kita letak babynya dlm troli,mungkin babynya terkencing ke dll..

So, moralnya, selepas kita memegang troli, kita hendaklah membasuh tangan kita ....

Friday, October 1, 2010

Lagi kisah kumpulan Bendera, Indonesia

Petikan dari Kosmo hari ni.
Bila Bibik sy telefon familynya disana, diorang takut Malysi-Indon berperang, gara2 kumpulan Bendera ni...


“KAMI mohon maaf dan tidak akan mengulangi hal yang tercela ini. Apabila hal ini terulang kembali kami daripada kelompok Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) bersedia bertanggungjawab dan dihukum berdasarkan undang-undang yang diputuskan di Indonesia.”

Demikian luahan bertulis Adrian Napitupulu dari Jakarta, Indonesia menerusi laman web www.topix.com September lalu. Pemuda Indonesia itu melahirkan kekesalan gara-gara tindakan agresif Bendera menggugat hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.

Ketidakpuasan hati rakyat Indonesia terhadap Malaysia dikatakan berpunca daripada isu lagu Terang Bulan dan tarian Pendet.

Api kemarahan rakyat di Tanah Seberang itu dilihat semakin menjadi-jadi selepas beberapa akhbar nasional Indonesia menyiarkan berita dengan melemparkan tuduhan bahawa Malaysia mendakwa tarian Pendet milik negara ini. Sedangkan, isu berkenaan langsung tiada kena-mengena dengan kerajaan Malaysia.

Hari demi hari, provokasi daripada pihak tertentu dan percaturan kotor pihak media di Indonesia membangkitkan rasa marah dan tidak puas hati di kalangan rakyat Indonesia. Hingga ke satu tahap, mereka berani mengusir orang Malaysia dengan menggunakan buluh-buluh runcing.

Bagaimanapun, laman web detik.com pernah melaporkan operasi ancaman buluh runcing di jalanan itu bertahan selama setengah jam saja, memandangkan tiada seorang pun rakyat Malaysia berada di jalan itu.

Namun kekesalan kumpulan Bendera hanya bersifat sementara. Kini mereka mengulangi perkara yang sama. Demonstrasi dalam keadaan tegang berlangsung tanpa henti di persekitaran Tugu Monas dan Lapangan Monas di Jakarta Pusat.

Bendera merupakan kumpulan yang lantang bersuara dan berada di barisan hadapan tatkala memperjuangkan hak rakyat dan negara mereka, Indonesia terutamanya yang mempunyai hubung kait dengan Malaysia.

Terbaru, mereka meradang kerana membantah penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada pertengahan Ogos lalu.

Propaganda media Indonesia mengenai seorang pembantu rumah yang mendakwa dirogol dan diseksa dengan seterika panas oleh majikannya di Pulau Pinang turut membakar dendam Bendera.

Melontar najis

Ekoran insiden itu, kumpulan Bendera bertindak melontar najis ke Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.

Segelintir ahli Bendera pula mengugut melancarkan Sweeping Malaysian iaitu protes mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabat Bendera di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.

Kumpulan itu semakin hilang pertimbangan apabila membakar dan memijak-mijak bendera Malaysia. Ketika Malaysia meraikan sambutan Kemerdekaan yang ke-53, sekumpulan penunjuk perasaan Bendera mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T sebagai hadiah kemerdekaan Malaysia.


KEMARAHAN kumpulan Bendera terhadap Malaysia tercetus gara-gara beberapa isu yang melibatkan kebajikan rakyat Indonesia.


Menurut Koordinator Bendera Mustar Bona Ventura Manurung, 35, mereka mencadangkan agar kerajaan Indonesia memikirkan kaedah untuk membawa pulang hampir dua juta rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia. Ia bertujuan mempertahankan kehormatan dan kedaulatan Indonesia.

“Sebaik sahaja semua Tenaga Kerja Indonesia (TKI) pulang, maka hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia harus segera diputuskan. Lagipun kerajaan Malaysia enggan memohon maaf kepada rakyat Indonesia berhubung beberapa insiden yang berlaku.

“Kemarahan kami sukar dibendung lagi. Bendera akan bertindak lebih agresif,” ujar Mustar, bekas penuntut di Sekolah Menengah Pertama Kristen (SMPK), Bogor, Indonesia.

Sementara itu, Pensyarah Sosiologi, Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Fatimah Daud mencabar pemerintah Indonesia membawa pulang semua rakyatnya di negara ini.

Hidup miskin

Pemerintah Indonesia diminta membuka peluang pekerjaan di sana dan tawarkan bayaran sama seperti yang majikan Malaysia berikan. Persoalannya adakah mereka mampu melaksanakannya?

Fatimah yang menjalankan kajian tentang pembantu rumah enam tahun lalu mendapati hampir 90 peratus responden Indonesia mencari rezeki di Malaysia kerana tidak tahan hidup dalam kemiskinan di negara sendiri.

“Demonstrasi kumpulan Bendera tidak relevan dan ia mengugat periuk nasi rakyat Indonesia yang mencari makan di Malaysia bagi menampung kehidupan keluarga di negara mereka,” keluh Fatimah.

Tambah Fatimah, ketika Bendera sibuk memperjuangkan nasib TKI, sedangkan tanpa mereka sedari hampir 1.9 juta rakyatnya di negara ini lebih banyak mendatangkan kesan buruk.

Sejak TKI membanjiri Malaysia, warga tempatan tidak tenang menjalani kehidupan harian. Setiap hari ada saja paparan negatif seperti merompak, membunuh dan merogol yang melibatkan rakyat Indonesia.

“Kita sudah jelak dengan kerenah rakyat Indonesia yang buat perangai di sini. Isu pembantu rumah membuat onar sentiasa berlaku. Saya sendiri mengalami masalah kerenah pembantu rumah.

“Selama tiga tahun berkhidmat, pembantu rumah saya kerap mencuri barang kemas, pakaian, kosmetik, produk mandian dan perkakasan dapur. Segala-galanya terbongkar apabila saya menggeledah biliknya. Selain itu, dia juga menyorok barang yang curi di dalam tong sampah dan seluar dalam yang berzip,” tegas Fatimah.

Kerenah pembantu rumah

Sementara itu, Tengku Nor Fawizah Tengku Nujumuddin, 60, yang pernah menggunakan khidmat enam orang pembantu rumah sebelum ini telah mengalami kerugian melebihi RM40,000.

Kos pengurusan dan gaji yang dibayar tidak setimpal. Rata-rata bekas pembantu rumahnya tidak mendengar kata, malas dan bekerja sambil lewa.

“Sebagai pembantu rumah mereka seharusnya melakukan tugasan rumah, bukanya bersantai dan tidur saja. Ada juga yang memberontak dengan berguling-guling di lantai apabila ditegur,” terang Tengku Nor Fawizah ketika dihubungi Kosmo!

Bagi pembantu rumah, Dahlia Mahmud, 22, dia enggan pulang dan bekerja di Indonesia. Kata anak keempat daripada lima orang adik-beradik itu, dia cukup selesa dan seronok bekerja di Malaysia dan mempunyai majikan yang baik.


KUMPULAN bendera seharusnya memikirkan cara untuk memberi kehidupan baik kepada rakyat Indonesia bukan sekadar mencetuskan provokasi yang menggugat hubungan
dengan negara lain.


Sepanjang empat tahun di Malaysia, Dahlia bersyukur kerana dapat mengubah taraf hidup keluarganya di Medan, Indonesia.

“Dulu rumah saya hanya berdindingkan papan dan mempunyai sebuah bilik saja. Saya bersyukur kerana dapat membantu keluarga membina rumah batu yang mempunyai tiga bilik.

“Setiap bulan saya kirim RM400 kepada keluarga untuk belanja harian,” tutur Dahlia yang meringankan beban bapanya sebagai pengayuh beca.

Selain dilema pembantu rumah, masyarakat tempatan juga gusar dengan romeo Lombok yang membawa lari anak-anak gadis ke sana.

Lelaki-lelaki Indonesia dari wilayah Lombok di Mataram itu langsung tidak memikirkan kebimbangan keluarga gadis-gadis berkenaan. Itu tidak termasuk kos yang terpaksa dikeluarkan badan bukan kerajaan (NGO) atau kerajaan untuk membawa pulang wanita Malaysia yang menderita di Lombok.

Misalnya, kes yang berlaku terhadap Noor Fadilah Ahmad, 18. Dia melahirkan kekesalan kerana lari ke Lombok tanpa restu ibu bapa semata-mata terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki, Nasrudin Dahrom, 24.

“Kehidupan di Lombok jauh berbeza dengan di Malaysia termasuk terpaksa memasak menggunakan kayu api, apa pun itu semua menjadi pengajaran dan memberi pengalaman baru kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas pulang ke Malaysia dua tahun lalu.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Unit Kecemerlangan Warisan, Bahagian Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra malaysia (UPM), Dr. Mohd. Sharifudin Yusop, menyifatkan tindakan Bendera sebagai melampaui batas.

Pengikut adalah penganggur

Mereka hanya melihat kekejaman majikan Malaysia, sedangkan ramai rakyat Indonesia yang mencetuskan pelbagai masalah di negara ini.

Sebagai salah seorang konsultan dari Malaysia yang turut serta mengendalikan portal Melayu di Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu (BKPBM), Yogyakarta, Sharifudin kerap berulang-alik dari Malaysia ke Yogyakarta serta singgah di Jakarta.

“Kumpulan Bendera tidaklah segah yang dipaparkan media. Sebenarnya, segelintir ahli saja yang lantang bersuara. Sebaliknya, ratusan yang lain hanya pengikut yang terdiri daripada penganggur dan orang gelandangan.

“Barangkali kata-kata saya agak sinis tetapi hakikatnya kumpulan Bendera berdemonstrasi kerana terdesak dan kesempitan hidup,” ujar Sharifudin mengenai rakyat Indonesia yang menyertai Bendera semata-mata untuk mendapatkan makanan.

Sebelum ini koordinator Bendera, Mustar menafikan dakwaan bahawa ahli kumpulan Bendera mengikuti demonstrasi kerana dibekalkan sebungkus nasi campur dan dibayar upah 30,000 rupiah (RM10.45) hingga 40,000 rupiah (RM13.90).

Tambah Sharifudin: “Perkara tersebut sememangnya berlaku. Saya melihat sendiri penganjur memberi sepuntung rokok, air kotak dan nasi bungkus sebagai upah kepada mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.”


Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...