Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Friday, July 30, 2010

Hukum melabur dalam ASB

Saya dulu, ada melabur dlm ASB tapi selepas saya was-was, saya keluarkan semua ASB. Baru2 ini, saya ada terbaca artikel dari Majlis Fatwa yg mengatakan harus melabur dalam ASB.

Kat sini, saya sertakan hujah dari seorang profesor pasal hal ini.

Hari ini saya terbaca catatan seorang rakan FB mengenai isu ini, lantas membawa saya kepada catatan di website Prof. Dr Mahmood Zuhdi yang merupakan seorang pensyarah di UIAM yang juga terlibat menjadi panel Shariah dan fatwa di beberapa institusi fatwa, instusi kewangan di dalam dan luar negara.

Tulisannya bertajuk Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Saya salin semula tulisan beliau dalam blog ini untuk bacaan kalian. Sekiranya ada permasalahan, komen dan sebagainya saya sarankan agar terus disalurkan kepada beliau sendiri melalui website beliau. Saya tidak menjawab bagi pihak beliau.

Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Pendahuluan:

Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah satu jenis saham amanah yang bertujuan untuk membantu kaum Bumiputra meningkatkan ekuiti mereka dalam kekayaan negara. Caranya ialah dengan mengumpulkan dana dari kaumbumiputra untuk dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan. Malah berbagai inisiatif telah dilakukan bagi menjadikan pelaburan berkenaan sangat menguntungkan, termasuk dengan menggunakan hak istemewa kaum bumiputra sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Sebagaimana maklum, pegangan kaum bumiputra dalam kekayaan negara berada pada paras yang sangat rendah berbanding dengan sesetengah kaum di negara ini. Antara sebabnya ialah kedudukan ekonomi kaum Bumiputra telah diabaikan begitu lama sekali oleh kaum penjajah, sementara beberapa pihak lain mendapat peluang yang jauh lebih baik berasaskan polisi penjajahan yang begitu lama sekali diamalkan dalam Negara ini.

Sehingga hari kemerdekaan,ekuiti kaum Bumiputra dalam kekayaan Negara boleh dikatakan sebagai kosong peratus. Bagi mengatasi keadaan yang sangat tidak adil ini kerajaan telah menetapkan pencapaian 30% bagi kaum bumiputra melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan di Negara ini. Salah satu daripada program yang dilaksanakan bagi memenuhi agenda Dasar Ekonomi Baru berkenaan ialah skim amanah untuk Bumiputra yang dinamakan ASB ini.

Sejak mula ia dilancarkan, skim amanah ini telah memainkan paranan yang berkesan, di samping berbagai skim lain lagi dalam mempertingkatkan pegangan ekuiti kaum Bumiputra di Negara ini. Walaupun matlamat 30% belum dicapai sehingga Daras Ekonomi Baru sudah tamat tempohnya namun kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan sudah mempunyai tapak untuk berpijak dalam ekonomi Negara. Sehingga pada suatu peringkat matlamat itu hampir dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Malangnya kekalutan ekonomi dunia pada akhir tahun sembilan-puluhan telah meninggalkan kesan buruk kepada pegangan ekuiti kaum bumiputra di Negara ini. Malaysia sendiri sebagai sebuah Negara mengalami kesan negatif yang parah daripada kemelut yang datang secara mendadak itu. Namun kesan buruk itu dapat diatasi dengan jayanya. Lain ceritanya tentang kaum Bumiputra. Sudahlah matlamat 30% belum tercapai, apa yang sudah dicapai pun tidak dapat dipertahankan. Sebelum ekonomi dunia merudum kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan telah mencapai lebih 20% dari keseluruhan kekayaan Negara. Malangnya angka tersebut telah menjadi kurang daripada 20% selepas krisis berkenaan. Sampai kehari ini ternampak sukar sekali angka tersebut untuk ditingkatkan. Salah satu daripada sebabnya ialah sikap negatif kaum Bumiputra sendiri dalam hal ekonomi dan kewangan.

Menyedari pentingnya pencapaian matlamat 30% ekuiti Negara oleh kaum Bumiputra ini, bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk kestabilan Negara, kerajaan telah menegaskan semula untuk mencapai angka tersebut melalui berbagai cara dalam tempoh pelaksanaan wawasan 2020. Antara acara tersebut ialah melanjutkan program-program amanah seperti ASB ini.

Permasalahan

Walau bagaimana pun, pelaksanaan skim amanah ASB ini dengan segala cara dan objektif yang ada menghadapi berbagai rintangantermasuk daripada kaum Bumiputra sendiri. Antara rintangan tersebut ialah persoalan tentang hukum menyertainya dalam Islam. Ada terdapat dikalangan umat Islam di Negara ini yang meragui kehalalannya dari segi Syarak memandangkan keterlibatan skim amanah tersebut dengan pelaburan di beberapa kaunter haram, misalnya yang melibatkan penjualan arak, perjudiaan, pengambilan riba dan sebagainya.

Sebagaimana maklum, skim ASB ini terbentuk berasaskan kepada dasar perkongsian keuntungan, iaitu suatu alternatif yangmemberi jaminan halal berbanding kaedah konvensional yang berasaskan kepada peratus tetap keuntungan. Mengikut hukum Syarak, kaedah peratus tetap boleh melibatkan riba yang diharamkan oleh Islam. Sedangkan kaedah perkongsian untung tidak melibatkan hal seperti itu. Oleh yang demikian status halal bagi skim ini, dari perspektif ini tidak berbangkit. Malah inilah kaedah yang sentiasa digunakan oleh skim-skim yang berlabelkan Islam dalam Negara ini, juga di Negara-negara Islam yang lain, seperti perbankan Islam dan sebagai nya.

Apa yang menjadi persoalan, sepertimana yang telah disebut di atas ialah penyertaan ASB dalam pelaburan di beberapa kaunter haram. Mengikut pendapat sesetengah umat Islam di Negara ini penyertaan yang tidak sepatutnya itu telah menjadikan skim yang berasaskan kepada kaedah halal berkenaan menjadi haram.

Antara alasan yang diberikan ialah adanya percampuran antara yang halal dan yang tidakhalal dalam skim itu. Kaedah yang digunakan ialah “ ??? ????? ??? ?????? ??????? ???? ??????“ yang bermaksud “apabila berlaku percampuran antara yang halal dan yang haram maka yang haram akan diutamakan (dalam menentukan hukum). Dengan kata lain, sesuatu yang halal itu akan dengan sendirinya menjadi haram apabila bercampur dengan sesuatu yang haram.

Antara contoh yang diberikan sebagai aplikasi kepada kaedah tersebut ialah apabila sekawah gulai dimasuki oleh sedikit tahi ayam maka gulai yang sekawah itu walaupun banyak akan menjadi najis kerana tahi ayam yang sedikit itu. Bandingannya samalah dengan pelaburan ASB di kaunter-kaunter haram. Walaupun nisbahnya sangat sedikit tetapi ia boleh menjadikan nisbah pelaburan di kaunter halal yang merupakan majoriti besar dalam skim berkenaan menjadi haram.

Kekeliruan

Walau bagaimana pun pandangan tersebut tidak berasaskan kepada metod penentuan hukum yang sebenar sepertimana yang terdapatdalam pengajian hukum Islam. Ia lebih berasaskan kepada sikap umum Syariat Islam yang sangat tidak suka kepada perkara haram. Sikap umum ini merupakansuatu prinsip yang sangat baik. Kerana ia menggambarkan idealisme Islam itu sendiri yang unggul. Bagaimanapun dalam merialisasikan idealisme ini dalam kehidupan sebenar, dalam Islam sendiri terdapat berbagai kaedah dan cara untuk menjadikan aplikasi tersebut benar-benar rasional dan praktikal. Dengan kata lain, pandangan di atas adalah benar sebagai suatu idealisme yang tinggi tetapi sebaliknya bila dilihat dari sudut praktikal yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Secara ringkasnya, hubungan anatara ASB sebagai satu skim amanah pelaburan dan para pelabur sebagai peserta dalam skim tersebut adalah bersifat hubungan antara dua pihak yang bermuamalah dalam suatu kontrak yang halal, iaitu pelaburan berasaskan perkongsian untung. Dalam hubungan ini ASB adalah satu badan halal yang berniaga berasaskan kaedah yang halal. Iabukan suatu badan tidak halal, seperti kilang arak atau kedai judi yang tabiat kerjanya sendiri haram.

Bandingannya samalah dengan penyertaan seseorang dalam skim perkhidmatan awam di Negara ini. Asasnya ialah memberi khidmat berasaskan upah, iaitu satu kontrak yang jelas halal. Dalam hubungan ini, kerajaan sebagai majikan merupakan badan halal. Kerana ia menawarkan khidmat kepadamasyarakat secara halal. Ia bukan badan tidak halal seperti gerakan bawah tanah yang menjalankan kerja-kerja yang haram.

Apabila ASB melabur dalam beberapa kaunter haram sifatnya sebagai badan halal tidak boleh bertukar dengan begitu sahaja. Seorang muslim yang menerima akidah dan kehidupan Islam secara umum tidak akan bertukarmenjadi kafir apabila melakukan sedikit sebanyak maksiat yang tidak menukarkan identitinya daripada seorang muslim kepada bukan muslim. Cuma orang itu berdosa dan perlu bartaubat. Urusan muslim lain dengannya tetap sah di sisi Syarak. Isteri atau suaminya tidak tertalak dengan kerana itu. Kalau bapanya mati dia masih tetap boleh menerima pusaka dan banyak lagi contoh yang boleh difahami secara mudah.

Samalah juga denga kerajaan yang mengambil cukai arak, cukai pelacuran dan sebagainya. Ia tetap kerajaan yang sah dan halal di sisi Islam. Perbuatannya itu adalah dosa untuknya sahaja dan tidak menjadikan kerajaan berkenaan sebagai badan tidak halal dari segi Syarak. Semua pegawai kerajaan tidak boleh bertukar menjadi orang yang makan harta haram kerana perbuatan kerajaan seperti itu, apalagi perlu meletakkan jawatan masing-masing.

Satu aplikasi mudah bagi prinsip percampuran antara yang halal dengan yang haram ini boleh dilihat kepada banyak contoh prinsip Istihalah dalam hukum Islam. Antaranya ialah air musta’mal menjadi mutlaq apabila bercampur dengan air mutlaq yang lebih dua Qullah. Ucap Salam assalamu alaikum kepada khalayak yang bercampur antara orang Islam dan bukan Islam dibolehkan, bangkai dalam air mutlaq yang banyak tidak boleh menjadikan air itu najis selagi ia tidak mengubah warna, rasa atau baunya, lalat mati dalam secawan teh tidak boleh menjadikan teh itu najis dan banyak lagi contoh- contoh yang sangat mudah difahami.

Malah kalau kita bijak menganalisis Maqasid al-Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB sebagai salah satu cara untuk menjamin survival umat Islam di Negara ini tentu sekali kita merasa tidak bijak untuk mengatakan ASB itu haram. Cuma ulasannya sangat panjang dan perlukan kepada kefahaman asas dalam teori hukum Islam untuk memahaminya.


Sunday, July 25, 2010

Puncak Mutiara Cafe




Salam semua..kemarin, kami kawan sekerja makan lunch kat Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelet, kat Bukit Mertajam. Big bos pun ada join, diorang yg belanja kami semua.. ni first time, kami sampai sini..

Hidangan ygng utama kat sini adalah Beriani Kambing. Selain Beriani kambing, macam2 briani ada di sini spt Beriani puyuh, Ayam kampung, Grill Rusa dll. Ada juga satay pelbagai jenis.
Macam2 hidangan boleh dipilih disini, western food pun ada..

Hidangan yg saya pilih adalah Beriani Paha Kambing + Air Honeydew Shakes. Best...

Sape2 berminat, boleh kunjungi website nya:
http://www.puncakmutiara.com

Tuesday, July 20, 2010

Silicon Wiper


Pernah dengar dak pasal Silikon Wiper kereta. Saya sebenarnya bab kereta ni, semua serah kat hubby , tahu bawak je..minyak pun hubby yg tolong isikan. Kat sini saja nak citer pasal Silikon Wiper. Kereta saya , hubby dah tukar wiper dari jenis biasa(rubber) ke jenis silicon. Apa yg saya perasan, kalau hujan lebat, cermin kat depan tak kabur sangat macam wiper biasa..

Ha..sape2 berminat dan nak tau details pasal silicon wiper ni, boleh tengok link ni..

Friday, July 16, 2010

Perpustakaan Awam (Siber Ilmu) Bayan Baru


Semenjak 2-3 tahun ni, saya dan anak2 adalah pengunjung tetap ke Perpustakaan Awam Bayan Baru. Kami pergi dalam 2 minggu sekali. Saya biasanya pinjam majalah2 spt Keluarga, Wanita,Saji ,Midi , Anjung Seri dll. Anak2 pulak biasanya pinjam buku2 cerita. Kadang2, diorang nak tengok CD ..

Dulu, saya tak pernah pun pergi library ni. Kalu dulu , setiap bulan, suka membeli majalah apa2 tapi bila dah lama2, banyak sangat majalah..tak tahu nak letak mana majalah2 ni.

So, bila bermulalah minat ini, Rasanya ada untungnya suka pergi library ni. Yang pasti boleh tuka2 majalah, dan yg penting boleh tanamkan budaya membaca untuk anak2.

Untuk yang berada disekitar Bayan Baru, boleh lah berkunjung ke library ini, dekat Pejabat Pos.

Tuesday, July 13, 2010

Fakta menakutkan pasal marjerin

Saya dapat info ini dari e-mail kawan:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhY_sHtqAR7uLo-bnUQFSDDIHx1BpzewYSw_fU0EN1IVOTEdTyjtrVLScEbosoO0bVmpQzLvpWbGnhSZirz92feOdG909ZFJF_7oNa27VAUHGvdJgVNxmZrOC8b6_rvYbyloL5VhCstuKM/s400/01052009566.jpg

TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik!

1. Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin.
2. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
3. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.
Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!
4. Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan
lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.
5. Marjerin sangat tinggi kandungan asid
lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). 6. Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Iamengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin
semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .
INI IALAH BAHAGIAN YANG

SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan
SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat

teduh.. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia

sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai

nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma

juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada

plastik.
Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti
anda?


Saya berharap agar kita memilih mentega untuk sapuan roti ataupun pelbagai hidangan untuk family kita..

Friday, July 9, 2010

Asma - alahan atau keturunan

Anak sulung saya disahkan pengidap asma sejak dia berumur 2 tahun lagi...Dr kata setengah2 orang adalah keturunan. Mak dan kakak saya pun ada asma. Kat sini ada info pasal Asma ..


Asma merupakan penyakit alahan yang mengganggu saluran udara (bronkus). Semasa berlaku tindak balas alahan, bronkus menjadi sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas.

Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak berasa panik dan ini membuat pernafasannya semakin sukar.



Punca awal yang menyebabkan alahan, iaitu alergen seperti debunga atau habuk rumah, yang biasanya dibawa oleh angin. Bagi anak yang menghidap asma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan.

Asma biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas. Keadaan ini biasanya masalah keturunan dan disusuli penyakit alahan lain seperti ekzema. Namun, kebanyakan kanak-kanak akan pulih semakin umur mereka meningkat.

Kebanyakan bayi yang berumur kurang 1 tahun mempunyai bunyi nafas yang berdehit jika mereka menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila saluran udaranya yang kecil menjadi radang. Bayi-bayi ini tidak semestinya menghidap asma. Apabila umur bayi meningkat dan saluran udara mereka semakin besar, bunyi ini akan berhenti. Keadaan ini biasanya disebabkan jangkitan dan bukan alahan.

Adakah Keadaan Ini Serius?

Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat doktor diikuti, anak anda tidak akan menghadapi sebarang kerumitan.

Tanda-tanda

* Sesak nafas. Menghembus nafas menjadi semakin sukar dan abdomen mungkin dikempiskan semasa anak bernafas.

* Rasa lemas.

* Bunyi nafas yang berdehit.

* Batuk yang berterusan.

* Bibir kelihatan biru (sianosis) disebabkan kekurangan oksigen.

Apakah Tindakan Pertama?

1. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami serangan asma.

2. Jika serangan ini berlaku semasa anak tidur, dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh mendudukkan anak anda di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap.

3. Bertenang. Keresahan hanya akan membuat anak anda lebih takut.

4. Semasa menunggu doktor, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain. Misalnya, menyanyikan lagu untuk membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.

Perlukah Saya Berjumpa Doktor?

Bawa anak berjumpa doktor sebaik sahaja anak mengalami serangan asma.

Apakah Tindakan Doktor?

Doktor mungkin mengesyorkan penggunaan bronkodilator untuk membuka bronkus dengan mengendurkan otot. Dadah ini disedut terus ke dalam bronkus. Serangan yang teruk mungkin akan memerlukan rawatan hospital dan dos yang lebih tinggi diberikan secara sedutan atau titisan intravena.

Jika terdapat tanda-tanda jangkitan dada, antibiotik mungkin disyorkan.

Doktor akan menerangkan cara menghalang serangan akan datang. Doktor mungkin menentukan alergennya, sama ada melalui ujian bagi alergen tertentu seperti debunga dan habuk rumah.

Doktor akan memberi bekalan kecil dadah bronkodilator, sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul untuk dimasukkan ke dalam penyedut. Ini harus diambil sebaik sahaja serangan bermula. Doktor akan menasihatkan anda supaya memberitahunya jika anak anda mengalami serangan yang teruk atau sekiranya serangan tidak reda walaupun anak anda diberi dua dos bronkodilator.

Doktor mungkin akan mengesyorkan dadah steroid jika langkah lain tidak dapat menghalang serangan berikutnya. Dos steroid yang rendah mungkin perlu disedut 3 atau 4 kali sehari atau jika tindakan ini tidak berkesan, dos yang lebih tinggi diberi dalam bentuk pil.

Bagaimanakah Saya Boleh Membantu?

* Jika doktor gagal menentukan alergen, cuba tentukannya sendiri. Catatkan bila serangan ini berlaku dan waktunya. Pastikan rumah anda bebas dari alergen yang biasa seperti kekabu. Gunakan pembersih vakum untuk memvakum habuk di rumah.

* Kebanyakan pesakit asma alah terhadap haiwan. Jika anda membela haiwan kesayangan, minta bantuan rakan untuk menjaganya selama beberapa minggu untuk menentukan sama ada kekerapan serangan asma anak anda berkurangan. Pastikan anak membawa ubat pada setiap masa. Maklumkan kepada pihak berkuasa sekolah tentang kemungkinan serangan ini akan berlaku.

* Rujuk kepada pakar fisioterapi supaya anak anda boleh mempelajari cara bernafas untuk membantunya menenangkan diri semasa berlaku serangan.

* Galakkan anak duduk atau berdiri tegak supaya paru-parunya mempunyai lebih ruang. Jangan biarkan anak menjadi terlalu gemuk kerana ini akan membebankan paru-parunya.

* Senaman ringan dapat membantu pernafasan anak tetapi latihan yang berat boleh membawa kepada serangan asma. Berenang merupakan latihan jasmani yang sangat baik.

* Anak disyorkan memakai lencana 'Medic Alert'.

Info dari :
http://www.sihatselalu.com.my/2009/05/asma-penyakit-alahan.html


Sunday, July 4, 2010

Hotel Sunway, Georgetown


Hari ini, kami p buffet hi-tea kat Hotel Sunway di Georgetown. Harganya murah n berbaloi, promosi sampai 31 July. RM25 buy 1, free 1.

Secara keseluruhannya, ok, makan macam buffet lunch gak, perut dah tak larat nak makan...



Thursday, July 1, 2010

Nasi Sila??


Ahad malam hari tu, kami pergi rumah ex babysitter budak2 ni di Bertam. Dia dah dekat 6 bulan berpindah dari Kg Jawa ke Bertam. Kami dah anggap dia macam family kami.

Kami ajak diaorang makan kat Nasi Sila di Lahar kepar, kepala Batas. Restoran ni dibukak malam aje..dari kul 8 -12 mlm. Dengar kata dulu, restoran ni dibuat dalam rumah dan pengunjung boleh makan sambil bersila.
Restoran ni simple aje..yg famousnya kat sini adalah nasi campur dgn kari ikan nya. Ada juga ayam goreng dan bawal goreng panas2.

Bila sampai, terkejut jugak sbb kat sini kena beratur agak panjang dan pengunjungnya ramai Chinese.

So, sesiapa teringin nak p sini..boleh tengok blognya..http://nasisila.blogspot.com/ (siap ada gambar Ust Siti NorBahyah lagi)

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...