Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Friday, April 30, 2010

Kesian anak2 kita..beg sekolah berat..


Anak saya yg bersekolah rendah ada 2 orang..pada hari2 tertentu, kesian betul kat diorang sbb begnya terlalu berat..kita nak try kurangkan buku pun tak tahu yg mana satu..untuk satu matapelajaran kena bawak buku teks, buku aktiviti, buku tulis (kalau BM- 4-5 buah buku tulis)..tambah pulak kelasnya kat tingkat kedua.

Kat bawah ni adalah kajian pasal beban budak2 sekolah ni..

SEKALI lagi masalah beg sekolah berat timbul semula. Ia bukanlah masalah baru. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah hampir sedekad mengulangi gesaan supaya pihak berkuasa pendidikan menangani masalah beg sekolah berat tetapi ia seperti tidak diendahkan.

Pada Februari 2007, CAP menyerahkan satu penemuan daripada sebuah kajian tempatan bertajuk Berat beg sekolah dan kesannya kepada otot tulang belakang dan sakit bahagian bawah belakang di kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) Januari 2005 kepada Kementerian Pelajaran yang mengemukakan masalah itu dengan jelas dan untuk diambil tindakan segera.

Dalam kajian Universiti Putra Malaysia yang dijalankan oleh Tamrin SBM dan rakannya, mendapati sehingga 58.3 peratus daripada kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengalami sakit pada bahagian bawah belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.

Penyelidik itu merumuskan bahawa insiden sakit pada bahagian bawah belakang dikaitkan dengan beban berat yang boleh dikaitkan dengan fakta bahawa kebanyakan kanak-kanak sekolah yang dikaji membawa beg sekolah dengan berat 15 peratus daripada berat tubuh mereka sendiri. Ini merupakan had bahagian atas yang disarankan oleh kebanyakan pengamal kesihatan.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak perempuan tidak mampu menanggung dalam membawa beban pada bahagian belakang mereka. Kanak-kanak sekolah yang lebih muda juga didapati tidak mampu untuk membawa beban, dalam bentuk tenaga yang digunakan berbanding dengan kanak-kanak yang lebih tua yang cenderung untuk menggunakan otot-otot mereka lebih mampu untuk membawa beban pada bahagian belakang mereka. Penemuan ini selaras dengan hasil pengarang lain yang menyatakan kanak-kanak yang lebih muda mempunyai masalah untuk membawa beg sekolah yang berat.

Pada keseluruhannya, dirumuskan bahawa terdapat insiden sakit belakang yang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah dan perkara ini perlu dinilai semula sama ada mereka perlu membawa sebarang beban terutama beg sekolah yang berat memandangkan mereka terpaksa berdepan dengan risiko sakit belakang pada masa hadapan.

Beberapa tahun yang lalu, CAP menjalankan tinjauan secara rambang terhadap lebih 200 pelajar sekolah rendah. Kajian kami menunjukkan kira-kira 40 peratus daripada mereka membawa beg sekolah yang lebih daripada 20 peratus atau lebih satu perlima daripada berat tubuh mereka sendiri. Beberapa garis panduan menyarankan bahawa berat seperti itu tidak seharusnya melebihi 10 peratus daripada berat kanak-kanak.

Beban yang tidak sama dan berlebihan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah belakang dan kecacatan spina (tulang belakang). Tekanan daripada berat yang berlebihan ini mungkin menyebabkan bahaya dan mungkin kesan sampingan yang menjejaskan perkembangan sistem musculo-skeletal.

Pihak Kementerian Pelajaran tidak seharusnya memberikan sebarang alasan atau teragak-agak untuk bertindak terhadap masalah beban ke atas belakang kanak-kanak tetapi perlu dengan segera melihat masalah beg sekolah yang berat ini.

Potensi kesan sampingan terhadap kesihatan amat serius bukan hanya kesan segera terhadap kanak-kanak tetapi mungkin juga akan menjadikan berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik apabila dewasa nanti.

S. M. Mohamad Idris

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Thursday, April 29, 2010

Alahai PenangFon Broadband...


Ah, lega rasanya hari ni, dah boleh access internet. Untuk pengetahuan semua, dah 2-3 hari PenangFon Broadband ni down.

Mungkin ramai yg luar Penang, tak pernah dengar broadband penangFon ni. PenangFon ni adalah fiberoptic broadband. Ia boleh diakses untuk certain area kat Penang ni. Kalau cakap pasal laju, saya sangat berpuashati..tak leh lawan Streamix atau Maxis broadband kot..tapi kalau dia down macam 2-3 hari lepas..alamat tergendalalah segala urusan.. nasib baik income tax dah settle, bayar hutang2 dah settle..

PenangFon ni kena bayar RM60 sebulan..

Sunday, April 25, 2010

Anakku Myopia


Sebenarnya, perkataan Myopia, baru diketahui hari ini, dari suratkhabar Mingguan Malaysia. Petikan dibawah adalah dari Utusan Online.
Myopia dlm bahasa kita, rabun jauh kot..
Anak kedua saya, saya perhatikan suka baca buku dekat2, tengok tv dekat2.Pada minggu lepas, saya marah nya sbb dia tengok tv terlalu dekat, katanya tak nampak. Bila dibuat test untuk tengok jam dll, dia kata kurang nampak. So, saya bawak dia untuk pemeriksaan mata. Ternyata dia rabun jauh sikit (power 50/25). So, bermula last week, bermulalah episod dia memakai cermin mata pada usia 7 tahun. Tak ada lagi family kami yg pakai cermin mata pada usia semuda 7 tahun. Saya dulu pun, pakai cermin mata masa tingkatan 3.

Apakah myopia?

Ketika kecil, kita mungkin sering disuruh makan lobak merah untuk mendapatkan penglihatan yang baik.

Namun, tahukah anda seberapa banyak pun lobak merah yang anda makan tidak membantu menghalang daripada seseorang itu menghidap myopia.

"Myopia adalah keadaan yang berlaku pada mata, bukan penyakit," kata Prof. Holden.

Secara asasnya, ia berlaku apabila bebola mata terlalu panjang atau sistem lensa pada mata terlalu kuat. Dalam dua-dua keadaan, imej objek dipantul di depan retina, yang mana kawasan sensitif visual terletak di belakang mata menyebabkan imej kelihatan tidak jelas.

Individu dengan myopia boleh melihat objek dekat dengan jelas namun kabur pada pandangan jauh.

Terdapat pelbagai bentuk myopia bergantung pada peringkat umur mana ia berlaku.

l Peratusan kecil (satu hingga dua peratus) kanak-kanak dilahirkan dengan myopia, dikenali sebagai Myopia Kongenital.

l Youth Onset Myopia, paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur antara enam hingga 16 tahun. Ia berbeza di setiap negara antara 10 peratus hingga 80 peratus.

l Adult Onset Myopia, terbahagi kepada dua iaitu awal dan lewat. Berlaku pada jumlah yang kecil di dalam sesuatu negara, antara lima hingga lapan peratus.

Punca

Satu kajian yang dijalankan menunjukkan myopia berpunca daripada kombinasi semula jadi dan persekitaran.

"Faktor keturunan memainkan peranan utama. Jika ibu dan bapa penghidap myopia, maka kemungkinan anak mendapat myopia adalah tinggi iaitu sekitar 30 hingga 40 peratus," kata Prof. Holden.

Buktinya kata beliau, keadaan myopia di kalangan masyarakat Jepun, China dan Korea lebih tinggi berbanding di kalangan masyarakat Eropah, Amerika Syarikat atau Afrika.

Bagi seorang ibu atau bapa yang mengalami masalah ini pula, kemungkinan mendapat myopia sekitar 20 hingga 25 peratus.

Namun myopia juga berlaku bukan disebabkan keturunan iaitu kurang 10 peratus.

Keadaan persekitaran turut mempengaruhi keadaan ini. Kurang aktiviti luar paling mendedahkan individu kepada myopia.

"Menonton televisyen dengan kerap tidak semestinya menyebabkan myopia. Pastikan anda tahu jarak yang selamat, namun yang paling penting, aktiviti luar membantu anda mengelak daripada masalah kesihatan," katanya lagi.

Jelas beliau, peningkatan masalah myopia di kalangan penduduk Asia terutama di bandar banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada kerja visual dekat.

Sebagai contoh, kajian menunjukkan terdapat perangkaan yang tinggi masalah myopia di kalangan kanak-kanak di Shanghai, Seoul dan Osaka berbanding di kawasan pedalaman.

Antara faktor penyumbang myopia:

  • belajar
  • paras kerja visual dekat (membaca)
  • jarak kerja dekat (penggunaan komputer)
  • waktu menonton televisyen
  • tempoh penggunaan komputer
  • pencahayaan
  • persekitaran rumah dan tempat belajar/ berkerja
  • masa terlibat dengan aktiviti dalam dan luar rumah
  • Rawatan konvensional

    Kaedah yang banyak digunakan untuk memperbaiki myopia adalah penggunaan cermin mata kanta tradisional.

    Penggunaan kanta negatif memperbaiki pandangan dengan meletakkan imej tepat pada retina, membolehkan individu dengan masalah ini mampu melihat dengan jelas.

    Bagaimanapun, ia tidak melambatkan keadaan myopia di kalangan kanak-kanak.

    Kanta lekap turut digunakan oleh individu yang mengalami myopia, kebanyakannya dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.

    Perbaiki myopia

    "Anda tidak boleh merubah genetik mendapat myopia. Namun terdapat langkah yang mampu meminimumkan perkembangannya," kata beliau.

    Dengan kanta teknologi Vision CRC positif, imej akan dipantul tepat ( atau hampir tepat) pada bahagian retina.

    Berbanding kaedah lama penggunaan kanta negatif, imej akan dipantulkan pada bahagian belakang saraf periferal retina.

    Cara mengurangkan myopia di kalangan kanak-kanak:

  • Periksa mata seawal usia enam atau tujuh tahun. Penggunaan kanta yang betul mampu menghalang perkembangan keadaan ini daripada menjadi lebih teruk.
  • Galakkan kanak-kanak terlibat dengan aktiviti luar.
  • Seperti pemeriksaan gigi, bawa anak berjumpa pakar optometri setiap enam bulan sekali bagi memeriksa tahap kesihatan mata mereka (andai mempunyai masalah mata).
  • Jangan biarkan anak terlalu dekat ketika melakukan kerja penumpuan penglihatan. Mereka sepatutnya membaca tidak kurang daripada 30 sentimeter dan sekiranya menonton televisyen, jarak minimum adalah tiga meter. Andai melakukan aktiviti tumpuan penglihatan dekat, rehat selama dua minit setiap setengah jam. Ambil masa untuk lihat pandangan jauh (luar tingkap atau pemandangan hijau).

  • Pencahayaan baik perlu untuk semua aktiviti.
  • Lakukan aktiviti luar rumah sekurang-kurangnya satu jam setiap hari. Aktiviti yang baik antaranya bermain bola sepak, tenis, olahraga dan sebagainya.
  • Kaedah alternatif memperbaiki myopia:

  • Kanta progresif kanak-kanak
  • Boleh mengurangkan perkembangan myopia, namun kesannya kecil dan tidak konsisten.

  • Ortokeratologi
  • Penggunaan kanta lekap keras untuk meratakan bentuk kornea ketika tidur. Ia memerlukan penjagaan yang teliti dari segi kebersihan.

  • Ubat titis farmakeutikal
  • Beberapa kajian menunjukkan penggunaan ubat titis Atropine dan Perenzipine mampu membantu mengurangkan perkembangan myopia. Kesan jangka panjang penggunaan ubat ini belum dikenal pasti.

  • Pembedahan refraktif Lasik
  • Lasik adalah prosedur surgikal yang mengubah bentuk kornea bagi memperbaiki myopia. Ia hanya dilakukan kepada orang dewasa selepas keadaan myopia stabil.

    Panduan memilih dan menjaga cermin mata:

  • Boleh memilih bingkai mengikut fesyen semasa, tetapi harus bersandarkan keselesaan si pemakai.
  • Bingkai plastik sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tahan lasak.
  • Cuci kanta dengan pembersih khas atau sabun biasa dan lap sehingga kering.
  • Simpan di dalam bekas khas atau tempat selamat ketika tidak memakainya.
  • Saturday, April 24, 2010

    Hadiah dari Mekah


    Ini adalah sebuah Al Quran kecil, hadiah dari kawan suami, Kak Intan. Hadiah ini diterima kira2 2 tahun lepas selepas dia menunaikan ibadah Haji di Mekah. Kulitnya dibalut dgn kain baldu..

    Wednesday, April 21, 2010

    Kanser kolon

    Kemarin, saya dikejutkan satu berita yg kawan sekerja saya disahkan mengidap Kanser Kolon. Kat sini saya search info pasal kanser kolon untuk informasi pengunjung2 blog ini. Apa yg baik, boleh diambik iktibar untuk dielakkan


    Kes 1.

    Encik MS berumur 45 tahun dan bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat swasta. Beliau sebelum ini sihat tetapi semenjak enam bulan beliau menghidapi pendarahan semasa membuang air besar. Darah yang keluar bersama-sama dengan najis berwarna merah seperti darah yang keluar akibat luka. Dalam masa yang sama setiap kali selepas membuang air besar rasa tidak puas timbul. Encik MS telah beberapa kali berjumpa beberapa orang doktor di klinik swasta dan diberitahui bahawa penyakit yang dihadapinya adalah buasir. Disebabkan tidak puas hati dengan rawatan yang diberikan oleh doktor-doktor di klinik swasta, beliau telah mengambil keputusan untuk mendapat rawatan lanjut di hospital kerajaan.

    Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor di klinik surgeri, mendapati beliau menghidap penyakit kanser usus besar pada bahagian rektum. Hasil penyiasatan dan ujian yang dijalankan menunjukkan kanser tersebut masih belum merebak kebahagian-bahagian lain dalam tubuh badan. Seminggu selepas penyiasatan dilakukan pembedahan telah dilakukan untuk membuang kanser pada bahagian rektum.

    KANSER USUS BESAR (KOLON DAN REKTUM)

    Kanser usus besar adalah kanser yang ketiga dari segi kekerapan dan yang kempat dari segi kekerapan kematian disebabkan oleh kanser di seluruh dunia. Di Malaysia kanser usus besar merupakan kanser yang utama menyerang kaum lelaki dan yang ketiga menyerang kaum wanita. Dari segi perbezaan etnik, ianya tidak menggambarkan banyak perbezaan dari segi kekerapan di negara ini.

    Faktor-Faktor Penyebab Kanser Usus Besar

    Umur – mereka yang telah berumur melebihi 60 tahun di negara barat
    Pesakit “Inflammatory Bowel Disease” (Radang Usus) – Ulcerative Colitis dan Crohn’s Disease
    Keturunan – FAP dan HNPCC
    Mereka yang menghidap kanser usus besar di masa lalu.
    Alkohol
    Merokok
    Kurang mengambil fiber dari sayuran dan buah-buahan
    Banyak mengambil lemak dan daging
    Simptom Penyakit Kanser Usus Besar.

    Simptom-simptom yang ditunjukkan bergantung kepada di manakah terjadinya kanser usus tersebut. Biasanya dibahagikan kepada kanser usus pada bahagian kanan, bahagian kiri dan rektum.

    Simptom Kanser Usus Besar Bahagian Kanan.
    Pucat (Anemia)
    Bengkakkan usus pada bahagian kanan

    Simptom Kanser Usus Besar Bahagian Kiri
    Sembelit
    Sakit perut pada bahagian kiri
    Berak berdarah
    Kembung perut

    Simptom Kanser Rektum
    Sembelit
    Tidak puas berak
    Perubahan saiz pada najis
    Berak berdarah

    Simptom-simptom umum adalah seperti tidak selera makan, berat badan menurun dan kurus, jaundice dan susah bernafas. Ianya bergantung samada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain seperti hati dan paru ataupun tidak.

    Pemeriksaan dan Penyiasatan

    Mereka yang mempunyai symptom-simptom di atas mestilah berjumpa dengan doktor di hospital dengan segera. Banyak terjadi pesakit menerima rawatan daripada klinik-klinik swasta tidak dirujuk ke hospital dengan segera.

    Di klinik surgeri di hospital sejarah penyakit akan diambil oleh doktor dan diikuti dengan pemeriksaan fizikal. Bagi kanser yang terjadi berhampiran dengan dubur ianya dapat dikesan dengan pemeriksaan digital.

    Pemeriksaan selanjutnya melibatkan:
    Pemeriksaan darah
    X-ray dada
    ECG
    Kolonoskopi dan biopsi
    Computed-tomography scan (CT scan)
    Magnectic resonance imaging (MRI)

    Rawatan

    Rawatan kanser usus besar melibatkan kolon terdiri daripada:
    Pembedahan
    Kimoterapi

    Bagi kanser kolon, kimoterapi diberikan sebanyak enam kali dalam masa enam bulan apabila kanser telah merebak ke kelenjar kelenjar dalam perut.

    Manakala rawatan kanser rectum terdiri daripada:
    Pembedahan
    Kimoterapi
    Radioterapi

    Radioterapi dan kimoterapi diberikan apabila kanser rectum terlalu besar dan telah merebak kebahagian kelenjar.

    Prognosis.

    Pesakit akan pulih seperti biasa setelah menerima rawatan jika kanser usus besar belum merebak ke organ-organ lain seperti kelenjar, hati dan paru-paru.b

    Disediakan oleh:
    Prof Dr Azmi Md Nor
    Pakar Perunding Bedah Kolorektal
    Jabatan Surgeri
    Kulliyyah of Medicine
    International Islamic University Malaysia

    Monday, April 19, 2010

    Ole2 dari Jerman




    Ole2 ni husband bawak balik dari Jerman bila dia pergi bussiness trip kesana tahun lepas. Ini adalah Fridge Magnet dan stand up untuk perhiasan. Muchen adalah `Munich` dalam bahasa Jerman. Munich adalah ibu negara Jerman.


    Thursday, April 15, 2010

    Kisah pembantu rumah (1)

    Teringat pasal pembantu rumah pertama saya. Masa tu, kitaorang ambik melalui ejen. Kitaorang pilih ejen yang rasanya macam `warak` sikit.So, dgn harapan maid nanti pun adalah seorang yg baik.

    Maid pertama saya tu namanya Muriani. First time jumpa dia, dlm hati rasanya ok kot. Kita ni tak pernah ada maid. So, dah tertanam dlm hati, mahu treat dia macam family. Umur dia dlm ~38 tahun,masih ada suami dan anak2 dah besar. Minggu pertama , nampak macam ok. Lagipun sbb takut dia sunyi (masa tu baby dlm ~ 2 bulan), saya hantar dia kerumah babysitter lama(makcik) dgn harapan dia boleh belajar cara2 orang Malaysia dari makcik . Tapi hari2 dia nak saya hantar ke rumah makcik itu, katanya rumah saya terlalu sunyi, dia boleh jadi gila kalau duk sorang2 satu hari.

    Dalam minggu 3-4 , dia dah start buat hal, teringat kat kampung, kat anak2nya , kat husband nya. Dah start tak mahu makan. Mogok agaknya. Saya bagitau ejen, dan ejen kat sini marah2 kat dia. Pada minggu itu jugak , kami terima panggilan dari ejen Indon, katanya Muriani didera disini. Suaminya buat laporan polis. Kami suspek, ini sbb kes mahu balik tanpa bayar balik kat ejen. Tapi bila ejen Indon to sembang2 dgn Muriani, Muriani kata, dia ok kat sini tapi kalau boleh mahu balik kampung.

    So, kami paksa ejen supaya memberi ganti balik maid lain kepada kami sbb kami tak tahan tengok dia buat mogok lama sampai satu kali, mahu pengsan. Dipendekkan cerita, kami dapat Maid baru, namanya Som. So, Nuriani sempat `passdown` kat Som dlm masa 1 minggu.

    Selepas Muriani balik, barulah kami dapat tahu cerita yang sebenarnya dia nak balik sebab tak serasi duduk kat rumah kami. Diantaranya:
    1. Kami memang mahukan maid yg bertudung dan ejen Indon telah memaksa Muriani memakai tudung. Sebenarnya dia tak pernah bertudung.
    2. Kat rumah, kami nak dia pakai baju yg sopan. Kalau ikutkan , nak suruh dia bertudung gak kat rumah tapi tak pelah , kami tak paksa. Yang sebenarnya, kat kampungnya, dia suka pakai seluar pendek.
    3. Kat kampungnya, sebenarnya dia seorang perokok. Itu pengakuan nya kepada Som.

    Saya sangat bersyukur sbb dia yg mintak balik kampung. Tak tahulah apa jadi, kalau dia terus menetap kat rumah. Entah apa kelakuan buruknya diajar kat anak2 kami...

    Tuesday, April 13, 2010

    Tips RedMummy dapat RM10,000 sebulan dari hasil blogging??


    Balik keja tadi, saya ada baca Metro online..emm ada tips menarik dari RedMummy.com untuk menjana duit dari hasil blogging. Cayalah RedMummy, sorang berkerjaya, ibu dan isteri..

    Tips dari RedMummy (sumber Metro online).

    1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.

    2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.

    3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.

    4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.

    5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.

    6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.

    7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

    Anda boleh tengok link in jugak..



    Monday, April 12, 2010

    Ciri-ciri penyewa rumah yang baik



    Alhamdullilah, rumah yang saya iklankan last 2 weeks, akhirnya hari ini ada yang confirm nak sewa. Sebenarnya kali ni kami cuma letak iklan dlm mudah.com , facebook dan dlm blog ini. Sebenarnya ramai dikalangan student UITM yang mahu sewa tapi kami kena selektif sikit, kami target untuk family sahaja. Dari kalangan family pun, ramai jugak yang call tapi ramai mintak kurangkan harga.

    Di sini saya nak share ciri2 penyewa yang baik (dari pengalaman yg lepas).
    1. Penyewa mesti ada pekerjaan yang tetap.
    Kalau student, time cuti semester, bayaran selalu tak cukup. kadang2 diorang bagi alasan kawan cabut lagi, so tak cukup member- bayaran tak cukup lagi.

    2. Penyewa dapat bayar on time , ikut perjanjian. Selalunya saya buat perjanjian, penyewa mesti bayar sebelum 7 haribulan.

    3. Penyewa menjaga rumah kita macam rumahnya sendiri. Kalau ada sikit2 rosak, terus dia perbaiki tanpa pengadu kepada kita. Kita pun tak rasa pening kalau sikit2, penyewa memberitahu kat kita.

    4. Penyewa dapat hidup dalam suasana kejiranan. Jiran tak komplen pasal penyewa kat kita.



    Saturday, April 10, 2010

    Perlu ke memakai telekung solat...??

    Saya ada terbaca satu artikel yang menarik untuk dikongsikan bersama pengunjung blog ini..

    “Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”
    “Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”
    Skrip biasa, terutamanya di shopping complex.
    Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
    Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!
    Begitukah?


    Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:
    • Yakin telah masuk waktu
    • Menutup aurat
    • Mengadap kiblat
    • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
    • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
    Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.
    Jadi, wajibkah?
    Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.
    “Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”
    [ Al-Hajj : 7]
    Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.
    Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.
    Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.



    “Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..”
    Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?

    Sumber dari : link

    Anda mungking meminati ini

    Wednesday, April 7, 2010

    Maut ditangan ayah sendiri

    Hari ni dlm berita ada 2 kes anak maut ditangan ayah sendiri...ee..takut baca..


    BALING - "Badan saya lembik tidak bermaya apabila melihat anak sendiri parah di bawah lori yang dipandu oleh saya sendiri."
    Demikian cerita Fazil Osman, 41, yang masih belum dapat menerima hakikat anak lelakinya, Muhammad Wafie, 15, sudah tidak bernyawa di bawah roda kenderaan yang dipandunya.

    Kata Fazil, anaknya itu tercampak keluar daripada lori yang dipandu setelah terlanggar bahagian belakang sebuah treler lain di Jalan Baharu Kupang, Gerik dekat Kampung Kemangi Kupang awal pagi semalam.


    KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut digilis lori seberat empat tan yang dipandu bapanya di Jalan Kampung Melaka, Batu 10 di Tanjung Karang dekat Kuala Selangor malam tadi.

    Ketua Polis Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, Mohamad Khairul Nizam Sarmon, 5, maut akibat kecederaan parah di kepala selepas dilanggar di halaman rumahnya.

    Monday, April 5, 2010

    Beza Madu Asli dan Madu tiruan




    Kemarin, kami ada membeli 2 botol madu asli terus dari pemungut madu. Madu asli ini diambik sendiri dari kawasan hutan Kupang/Baling.

    Kami agak tertarik dgn pengalamannya mengambil madu. Ada diberikan petua cara dan bezakan madu asli dan madu campuran.
    1. Boleh letakkan sedikit madu asli ke atas kertas. Madu asli tak akan meresap ke bawah kertas.
    2. Madu asli bila diletak di tempat beku, ianya tak akan membeku.

    Kami membelinya sebab kami nak amalkan memakannya setiap hari. Biasanya kami beli madu asli dari HPA. Madu asli HPA tu dengar khabarnya madu dari Iran. So, sekarang kami mahu beralih ke madu tempatan.



    Thursday, April 1, 2010

    Rumah Teres 2 Tingkat di Taman Pauh Jaya,Penang untuk disewa


    Hari ni saya nak buat iklan sikit, khusus untuk pengunjung dari Penang. Kalau ada sesiapa kawan2, keluarga, sedara mara yg cari rumah teres kat kawasan Taman Pauh Jaya, Penang, bolehlah hubungi saya.

    Penyewa, yg juga kawan saya akan keluar rumah kerana berpindah ke rumah baru di Perda. Sedar tak sedar dia dah sewa 2 tahun setengah.

    10 Keistimewaan rumah ni:
    1. 4 bilik dan 3 bilik air.
    2. Keluasan ~ 1,400 sft
    3. Ada setor untuk menyimpan barang2.
    4. Hampir 90% jiran adalah Melayu.
    5. Dekat dgn UITM danPoliteknik.
    6. Hanya 20 min ke Penang Island.
    7. Dekat dgn taman permainan kanak2.
    8. Kadar sewa boleh dirundingkan tapi dijamin sewanya rendah dari pasaran.
    9. Ada pengawal keselamatan meronda 24 jam.
    10. Boleh mulai tinggal 1 June 2010.

    Untuk keterangan lanjut, boleh call Rohana 017-4395430

    Related Posts with Thumbnails

    Terimakasih. Sila kembali lagi...