Tuesday, March 30, 2010
Jam Antik dgn Bunga Ros
Saturday, March 27, 2010
Batuk berkahak vs sinus??
SAKIT kepala hingga kadang-kadang menjadi demam dengan hidung yang mengeluarkan cecair kekuningan ditambah pula dengan kurangnya deria bau adalah antara petanda yang anda menghidapi sejenis penyakit yang dinamakan sinusitis. |
Walaupun ramai yang menganggap ia seperti selesema biasa, hakikatnya ia boleh berubah menjadi satu penyakit yang kronik jika tidak dirawat. |
Untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang penyakit ini, wartawan Noor Fazrina Kamal dan jurugambar, Ida Dayana Karim telah menemu bual Pakar Telinga, Hidung dan Tekak dari Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Loganathan Athanari. |
DR. LOGANATHAN Athanari menunjukkan gambar rajah rongga sinus yang terdapat di bahagian tengkorak manusia. Gambar IDA DAYANA KARIM |
Menurut Dr. Loganathan, penyakit sinusitis sebenarnya melibatkan bahagian rongga angin dalam tengkorak. Ia terbahagi kepada empat kumpulan rongga sinus iaitu maxillary sinus, ethmoid sinus, frontal sinus dan sphenoid sinus. |
“Yang dikatakan sinusitis ialah apabila rongga sinus tersebut dijangkiti kuman (yang terdiri daripada virus atau bakteria). Perkataan ‘itis’ bermakna bengkak di bahagian dalam rongga sinus. Jadi kesimpulannya, sinusitis ialah jangkitan kuman dalam rongga sinus,” katanya. |
Dr. Loganathan menjelaskan tentang simptom dan bagaimana seorang pesakit itu dijangkiti jangkitan dalam rongga sinus. |
Antaranya hidung tersumbat, sakit kepala, banyak mukus dalam hidung berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk, pesakit-pesakit ini juga boleh memberi simptom bahawa deria bau mereka berkurangan. |
“Sinusitis terdiri daripada dua jenis, iaitu akut dan kronik. Yang dikatakan akut ialah apabila simptom-simptom itu baru berlaku. Selalunya pesakit akan datang dengan demam tinggi dan hidung tersumbat. Apabila dengan perubatan yang diberi doktor masih tiada nampak kesan lebih daripada empat minggu, doktor akan mengkategorikan pesakit tersebut mengalami sinusitis kronik. |
Salah satu sebabnya menjadi kronik, ialah pengaliran (pembukaan rongga sinus tersumbat), kadang-kadang pesakit menghadapi anatomi dalam hidung yang menghalang laluan mukus dan bahagian dalam hidung bengkak yang menghalang pengaliran mukus. Mukus akan bertakung dalam rongga sinus dan seterusnya mendatangkan jangkitan peringkat kedua, iaitu bakteria,” jelas beliau. |
Salah satu lagi sebab ialah apabila tulang dalam hidung (septum) bengkok dan turut menutup aliran dari dalam rongga sinus (aliran normal dari rongga sinus ke dalam ruang hidung). |
“Selalunya punca keadaan septum bengkak ini semula jadi, atau mungkin juga kerana trauma (kemalangan). |
Sesetengah pesakit yang mengalami masalah rhinitis (yang selalunya dipanggil resdung) yang disebabkan oleh alahan kepada habuk atau suasana sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat, berair dan salah satu struktur dalam hidung yang dipanggil ‘turbinate’ akan menjadi bengkak. Ini juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan sinusitis,” tutur beliau lagi. |
Dr. Loganathan berkata, adakalanya apabila seseorang pesakit melalui pembedahan hidung, bahagian rongga sinus boleh tertutup, justeru menyebabkan infeksi di rongga tersebut seterusnya menyebabkan sinusitis. |
Menurut Dr. Loganathan lagi, akut sinusitis disyaki apabila pesakit demam, sakit kepala selama dua atau tiga hari dan hidung tersumbat atau hingus kuning kehijauan. |
Apabila seseorang pesakit mempunyai simptom-simptom tersebut, pemeriksaan klinikal yang sepenuhnya harus dibuat. Bahagian sinus yang ditekan iaitu bahagian atas mata (frontal sinus), bahagian bawah (maxillary sinus), bahagian dalam mata (ethmoid sinus) akan merasa sakit, jika ada nanah atau mukus berkumpul di bahagian tersebut. Doktor juga akan membuat ‘nasal endoskopi’, menggunakan skop fiber optik melalui kamera untuk melihat pembukaan rongga sinus dalam hidung dan meneliti sama ada rongga sinus itu tertutup atau bernanah. Dari pemeriksaan ini, doktor boleh mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi akut sinusitis atau tidak. |
Sekiranya doktor telah diagnosis seseorang pesakit itu menghidapi akut sinusitis menerusi sejarah dan pemeriksaan klinikal, pesakit boleh terus dirawat dengan pengambilan ubat sahaja. |
“Dalam minggu pertama selalunya akut sinusitis berlaku disebabkan oleh virus, jadi tidak perlu mengambil antibiotik. Tetapi pesakit akan diberi ubat untuk membuka rongga-rongga sinus ini yang terdiri daripada ubatan antihistamin, ubat titis hidung dan decongestan. Pesakit harus minum banyak air agar badan mereka tidak terhidrasi,” tambah beliau. |
Tetapi, menurut Dr. Loganathan, kalau masalah ini tidak beransur pulih dalam masa seminggu, pemeriksaan darah harus dilakukan untuk menentukan sama ada infeksi itu disebabkan oleh virus ataupun bakteria dan tahap keseriusannya. |
Sinar-X pada nasal sinus akan dilakukan untuk memerhatikan betapa serius infeksi tersebut. Jika doktor dapati infeksi itu disebabkan bakteria dan nanah yang banyak terkumpul di bahagian rongga sinus, pesakit boleh dirawat dengan dua kaedah. |
Pertama dengan memberi antibiotik intra-vena kepada pesakit dan satu lagi ialah dengan mengeluarkan nanah tersebut dengan kaedah pembedahan,” ujar beliau. |
Dr. Loganathan menjelaskan, surgeri ini dibuat dengan bius penuh melalui endoskopi (ruang hidung) untuk membuka laluan rongga sinus dan membersihkan rongga yang terlibat. |
Komplikasi akut sinusitis, jika tidak dirawat dengan betul akan menjadi kronik, simptom itu akan berterusan ataupun boleh mendatangkan komplikasi ke bahagian lain. |
Kuman boleh merebak ke bahagian lain seperti mata (dipanggil obital cellulitis). Ini dikategorikan serius dan perlu ditangani dalam masa 24 jam, sama ada dengan perubatan antibiotik atau pembedahan endoskopi untuk mengalirkan nanah yang terkumpul di bahagian mata keluar. |
Komplikasi lain ialah kepada bahagian tengah telinga. Apabila nanah mengalir dari bahagian sinus ke belakang hidung atau tekak, ia akan menyebabkan infeksi di belakang hidung dan tekak. Kuman dari bahagian ini akan merebak ke telinga tengah pula. Apabila ini berlaku, telinga akan berdengung, kurang pendengaran dan sakit (otitis media). |
Jika tidak ditangani dengan segera, nanah yang terkumpul di telinga tengah akan memecahkan gegendang dan telinga boleh bernanah. Kadang-kadang ada di kalangan ibu bapa yang mengadu bahawa telinga anak mereka mengeluarkan nanah ketika selesema. |
Infeksi tonsilitis peringkat kedua yang disebabkan oleh akut sinusitis juga boleh terjadi. Sakit tekak dan suara pesakit akan menjadi serak jika infeksi merebak ke kawasan peti suara. Jika tidak dirawat ia boleh merebak ke paru-paru dan mendatangkan infeksi kepada paru-paru yang dipanggil pneumonia. |
“Ini adalah kesan yang akan berlaku sekiranya akut sinusitis tidak diberi rawatan secepat mungkin. |
Simptom sinusitis kronik adalah sama seperti akut tetapi pesakit tidak demam. Pesakit akan hanya sakit kepala, hidung tersumbat, hingus yang kekuningan, telinga berdengung dan sebagainya. Selalunya pesakit akan banyak berkahak apabila bangun pagi. |
Friday, March 26, 2010
10 tips dimurahkan rezeki
- Sentiasa bersyukur di atas apa yang diberikan Allah Ta’ala
- Belanjakan harta pada jalan yang diredhoi Allah Ta’ala
- Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal walaupun terpaksa bersusah payah
- Bersedekah kepada anak yatim/fakir miskin…kalau boleh, setiap hari. (Carilah anak-anak yatim untuk diberikan bantuan). InsyaAllah, jangan risau, akan digantikan oleh Allah Ta’ala tanpa kita sedari.
- Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah Ta’ala bukannya mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah hendaklah dimulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah kepada jiran tetangga dan orang2 yang lebih jauh). Jangan anggap pemberian itu hak kita, kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka
- Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terang-terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
- Konsep sedekah : Berikan sesuatu yang kita sayangi!! Ini jelas dalam Quran ayat al-Imran ayat 92
- Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
- Amalan yang diberkati ialah hasil titik peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan). Menurut Nabi Muhammad SAW 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 (10%) sahaja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul diakhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardhu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam itu sendiri. Kalau tidak ada yang menjalankan aktiviti ini, seluruh ummat Islam adalah berdosa.
- Hulurkan bantuan kepada janda-janda yang kehilangan suami.
Thursday, March 25, 2010
Puding Roti Caramel
- 800ml susu segar (sbb tak de kat rumah, saya letak je susu cair ideal + saya bancuh susu tepung supaya cukup ~ 800 ml)
- 3 biji telur
- 2 sdb gula
- 1 stk asen vanila
- 6 keping roti
- 1 cawan gula ( buat gula hangus nak kurang pun boleh)
- Panaskan pegukus telebih dahulu
- Panaskan kuali buat gula hangus
- Dalam mangkuk satukan susu sagar + gula + telur + asen vanila di bancuh sampai sebati
- Koyak roti masuk dlm bancuhan tadi dan pukul hinga hancur dan sekata
- Bila gula hangus dah cair tuang dlm loyang sehinga pemukaan loyang disaluti gula hangus
- Masukan adunan roti kedlm loyang
- Kukus selama 30 minit
- Bila masak sejukan telebih dahulu baru di tebalik ke dlm pingan
Wednesday, March 24, 2010
Kiriman Wang ke Indonesia yang cepat
Saturday, March 20, 2010
Sup Ikan Haruan
Tuesday, March 16, 2010
Risiko mengorek telinga
Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama.
Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.
Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.
Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini.
Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.
Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita.
Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.
Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss).
Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga.
Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya.
Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps.
Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga.
Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.
Sunday, March 14, 2010
Giveaway menarik.Jom join...
Saturday, March 13, 2010
Pengedar/pemborong telekung diperlukan?Harga serendah RM13...
Kami MRM Global syarikat dari Pulau Pinang ada membekalkan
Kain Telekung I-syah Secara pukal.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar/agen/stokis
amat sesuai kerana harganya yang begitu murah serendah RM13 sahaja.
untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari http://hafiz801.blogspot.com
Friday, March 12, 2010
Sindrom anak kedua
Tuesday, March 9, 2010
Apa yang perlu anda tahu mengenai Batuk berkahak
Batuk yang berkahak
Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.
Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.
Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.
Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.
Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut.
Untuk melegakan batuk berkahak, anda boleh mengambil ubat dari jenis expectorant (memecahkan kahak) seperti:
guaifenesin (Breacol)
carbocisteine (Rhinothiol)
ambroxol (Mucosolvan)
cyclidrol (Mucoflux)
herba seperti Ibu dan Anak, Cofcare, dsb.
Ubat yang lebih kuat boleh didapati dari farmasi atau klinik. Selalunya ubat ini mengandungi anti-histamine iaitu sejenis ubat allergik yang boleh membantu mengeringkan kahak. Bagaimanapun ubat dari jenis ini boleh menyebabkan anda mengantuk, oleh itu tidak sesuai untuk yang berkerja. Antara jenama yang selalu diberi ialah Benadryl (original) dan pelbagai jenama generik seperti Bena, Bencodyl dsb. Jenama lain yang juga popular ialah Actifed Expectorant dan Rhinathiol Promethazine.
Sekiranya ada jangkitan kuman bakteria, anda perlu mengambil antibiotik. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan doktor anda.
Perkara-perkara lain
Selain daripada pengambilan ubat, anda boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini:
minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.
pengambilan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih dsb hendaklah dikurangkan.
sekiranya anda merokok, mungkin inilah masa yang sesuai untuk terus berhenti merokok.
persekitaran yang berhabuk, berasap toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan ini.
sedut stim contohnya dari air yang mendidih. Ia membantu menghilangkan hidung yang tersumbat.
hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.
Sunday, March 7, 2010
Restoran Pen Mutiara
Friday, March 5, 2010
Kegunaan Mutiara
Kat bawah ni list of keyword untuk last week dari Nuffnang:
KEYWORDS | HITS |
---|---|
kegunaan mutiara | 6 |
prosedur mengambil pembantu rumah | 5 |
punca darah tinggi | 4 |
khasiat telur ayam | 3 |
kotak kunci | 3 |
kandungan telur | 3 |
mengambil pembantu rumah indonesia | 3 |
kegunaan cuka | 3 |
petua batuk | 3 |
pemenang idola kecil 2 | 2 |