Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Thursday, December 31, 2009

Selamat tahum baru 2010 - tips azam baru

Kepada2 pengikut blog ini, saya mengucapkan selamat tahun baru 2010.
Adakah azam anda tahun 2009 sudah tercapai?? Ada yang berazam nak bukak bisness kek ke, bisness kedai makan ke dll.

Bila anda berazam, anda at least kena buat sedikit tindakan kearah untuk mencapai azam itu. Kalau berangan je..he..he..sendiri mau ingatlah..

Dan jika takut dan tak yakin dengan konsep azam tu, saya berikan tips jika anda ada masalah kurang keyakinan diri..(dari sumber pakar motivasi)


Tips jika anda ada masalah kurang keyakinan diri ini:

1) Senaraikan kejayaan anda dan bersyukur mengenainya. (orang putih kata Gratitude List, jika perlu bantuan software sila ke GratitudeLog.com)

Ramai orang apabila diminta menyenaraikan kejayaan mereka, mereka akan listkan “Graduasi, Kahwin,blablabla…)

Itu bukan apa yang saya maksudkan! Itu bukan kejayaan, melainkan anda betul2 rasa itu kejayaan bagi anda.

Kejayaan ini tidak semestinya apa yang orang lain rasa kejayaan. Kejayaan boleh jadi berjaya tunggang basikal (saya belajar 4 tahun baru boleh), berjaya belajar berenang (saya tanam azam berbelas-belas tahun baru boleh berenang).

Bersyukur dan appreciate walaupun kejayaan yang kecil.

Ingatlah kejayaan yang kita anggap kecil itu sebenarnya pada orang lain adalah kejayaan yang besar, bahkan bagi kita sendiri beberapa tahun yang lepas pun adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Jadi bila kita sudah mencapainya, bersyukurlah dan raikanlah.

2) Bila anda dah ada list kejayaan anda, barulah anda akan terasa “sedikit” hebat, positif dan sedikit termotivasi. Nah, reframekan diri anda ketika dalam situasi ini dan barulah cuba untuk capai azam anda yang anda rasakan mustahil itu.

Wednesday, December 30, 2009

Tahukah anda bahan2 haram @syubhah dalam makanan

Saya terbaca info ni dari blog The Journey..
Seperti semua sedia maklum pada zaman mutakhir ini dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kebanyakan industri makanan hari ini gemar menggunakan bahan buangan dalam makanan. Oleh itu, darah daripada rumah sembelihan turut dikitar semula ke dalam makanan.

Darah dari rumah sembelihan akan diempar (centrifuged) untuk menyingkirkan platelet darah (yang memberikan warna merah kepada darah.

Apa yang tinggal hanya plasma darah, iaitu cecair berwarna kuning air. Ia kemudian dikeringkan secara semburan dan digunakan sebagai sumber protein.

Antara produk makanan yang boleh mengandungi plasma darah adalah seperti:

a) Bebola dan kek ikan
b) Kaki ketam dan udang tiruan
c) Daging segera (burger ayam dan daging)

Selain daripada penggunaan plasma darah dalam pemakanan juga, bahan yang sering digunakan juga adalah L-Cysteine.

Sebenarnya, L-cysteine ini adalah sejenis asid amino yang lazimnya digunakan di dalam makanan, ubatan dan kosmetik.

Sekarang ni hampir 80% daripada L-cysteine yang digunakan di seluruh dunia diperolehi dari China yang bersumberkan daripada RAMBUT MANUSIA dan BULU AYAM.

Menurut hukum syarak, setiap bahagian manusia adalah haram dimakan.

Oleh itu, kehadiran L-cysteine dalam makanan adalah meragukan kerana besar kemungkinan ia diperolehi daripada RAMBUT MANUSIA..!!

Produk yang mungkin mengandungi L-cysteine adalah

a) Roti
b) Piza
c) Perisa makanan yang tidak manis.

Allahuwaklam..

Sunday, December 27, 2009

Bubur Asyura (Kedah style)

0Hari Jumaat hari tu, kitaorang ada buat sedikit bubus asyura, saja nak bagi2 kat jiran2. Sebelum saya bagi resipinya, sila lihat sejarah dan maksud disebalik bubus asyura ni.

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.


Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura.

Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.

Jenis bubur Asyura

  1. Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
  2. Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
  3. Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura

Bahan2:

1. Segala jenis kacang : kacang hijau, putih, kuda dll. Beli RM1 setiap satu jenis.

2. Jagung-10 batang atau jagung tin ~ 3 tin.

3. Ubi keledek, pisang awak-sedikit je.

4. Santan ~ 1 kg .

5. Gula melaka/kasar

6. Tepung gandum + tepung beras ~ 1 kg


Cara2:

1. Rebuskan kacan2 itu secara berasingan sbb ianya lambat embuk.

2. Rebuskan air bersama santan. Tunggu sampai mendidih.

3. Masukkan air kedalam tepung gandum & beras. Jangan sampai berketul.

4. Masukkan tepung diatas dan kacang2, ubi dan jagung.

5. Masukkan gula Melaka/gula kasar secukup rasa.

6. kacau sehingga likat..




Amalan sunat bulan Muharam

Sempena bulan Muharam ni, dibawah ini saya sertakan amalan sunat sebagai memperingati kawan2 semua.

10 Muharam (hari Ahad ini 27 Dec 2009)


Pengenalan Muharam:

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka

Friday, December 25, 2009

Majlis Ihtifal dan Khatam Al-Quran


Hari ini, sempena cuti Krismas, KAFA Bayan Baru, tempat Along dan Abang mengaji mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pelajar2 cemerlang. Juga diadakan majlis khatam Al-Quran bagi pelajar2 yang tamat Al-Quran.

Kali ni, Along berjaya lagi mendapat tempat pertama dlm kelasnya.

Tahniah untuk Along, dari Ummi dan Abah.

Monday, December 21, 2009

Ayam Golek Istimewa


Ni bukan nak bagi resipi ayam golek. Cuma nak citer sikit, kemarin, kitaorang busy dengan kenduri PakLong di kampung. Istimewanya kenduri anak tunggalnya adalah ada ayam golek istimewa(macam gambar diatas). Ayam golek ni diorder dari kawan yang berniaga kat tepi jalan..

Menu kenduri hari tu:
1. Gulai daging kerbau.
2. Daging goreng kunyit.
3. Ayam golek (kat atas tu).
4. Acar buah.
5. Laksa Kedah
6. ABC..yg ni pun istimewa sbb kat kenduri lain tak jumpa lagi..
7. Bubur kacang..

Selamat Pengantin Baru untuk Ad dan Ju

Wednesday, December 16, 2009

Minyak masak 'terpakai` punca darah tinggi?

Saya ada terbaca petikan suratkhabar lama pasal minyak masak terpakai(guna berulang kali). Apa yang baik, boleh lah kita kongsi bersama-sama...

Kadang-kadang saya tengok, makanan yg digoreng kat pasar malam menggunakan minyak masak yg dah hampir hitam warnanya....

Tuesday, December 15, 2009

Kotak kunci



Ni just nak tayang kotak letak kunci. Saya dah beli lebih kurang 2 bulan dari KK Home Deco.
So far, oklah tapi kat dalam tu tak leh letak kunci yg besar...


Sunday, December 13, 2009

Kegunaan Cuka Makan

Hari ni sempena hari cuti, nak share khasiat cuka selain kita guna untuk masakan, cuka juga punya manfaat lain. Cuka atau asam asetat ini dapat mengatasi berbagai masalah kebersihan rumah. Mulai dari shower mampet, lantai kusam, hingga membersihkan kerak botol. Cara menggunakannya pun sangat mudah.

1. Shower Mampet
Air yang mengandung besi, tanah, atau pasir halus bisa menjadi biang keladinya. Untuk mengatasinya, siapkan 1 liter air panas, kemudian tuangkan satu cawan cuka makan dan aduk. Rendam kepala shower dalam larutan tadi selama 10 minit. Angkat, lalu bersihkan. Teratasi sudah masalah shower mampet.

2. Blender
Kotor
Penggunaan blender biasanya meninggalkan noda. Terkadang noda tersebut sulit dihilangkan. Jika itu terjadi, gunakan campuran air, sabun cuci piring, dan cuka. Tuang campuran itu ke dalam blender dan nyalakan blender selama 30 saat. Buang campuran air tadi dan bilas dengan air hangat.

3. Lantai Kusam
Lantai seramik yang berusia lebih dari lima tahun biasanya berubah menjadi kotor dan kusam. Untuk membersihkannya, tuangkan cuka ke permukaan lantai. Diamkan selama lima menit. Kemudian bersihkan dengan mop hingga bersih. Mop sekali lagi dengan air untuk menghilangkan bau cuka.

4. Karat pada Logam
Untuk menghilangkan karat, siapkan satu sendok makan cuka dicampur satu sendok teh garam. Gosokkan campuran tersebut ke bagian perkakas logam yang berkarat. Setelah karat hilang, bersihkan dengan air dan keringkan.

5. Pasu Pecah
Pasu pecah pun bukan lagi masalah. Buat campuran dari satu bungkus agar-agar, satu sendok cuka, aduk hingga mengental. Gunakan campuran adunan tadi sebagai pelekat. Lekatkan setiap bagian pecahan pasu. Setelah itu jemur hingga adonan pelekat kering. Pasu pun kembali elok.

6. Sisa Minyak
Agar kesan minyak di periuk dibersihkan, tuangkan cuka ke dalam 2 liter air. Celupkan periuk berminyak ke dalamnya. Kesan minyak akan luntur dan setelah itu bilas periuk dengan air bersih.

7. Kerak Botol
Kerak pada botol bisa dibereskan dengan cuka. Masukkan air sabun ke dalam botol. Tambahkan satu sendok makan abu gosok dan satu sendok makan cuka. Biarkan selama 10 menit. Kemudian kocok-kocok dan gosok bagian dalam botol. Kerak dalam botol pun hilang.

Saturday, December 12, 2009

Khasiat Bawang putih

Ni kat bawah ada info pasal bawang putih dan penawarnya/khasiatnya untuk informasi kawan-kawan.

dipetik dari http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/nor_az.htm

PENGENALAN


Bawang putih ataupun dalam nama sainsnya iaitu Allium sativum adalah merupakan salah satu herba yang amat dikenali kerana keberkesanannya dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Bawang putih adalah termasuk dalam family Liliaceae dan ia juga adalah dalam kumpulan yang sama dengan bawang merah. Oleh kerana ia merupakan tumbuhan yang wujud agak lama, maka adalah sukar untuk menentukan negara asal tumbuhan ini sendiri. Mengikut Mrs. M. Grieve dalam bukunya yang bertajuk " A Modern Herbal " bawang putih boleh didapati di utara dan selatan Siberia dan kemudiannya berkembang ke selatan Eropah dan ia juga dikatakan tumbuh secara liar di Sicily. Menurut Mrs. M. Grieve, bawang putih juga ditanam secara meluas di negara-negara Latin yang bersempadan dengan negara Mediteranean.

Dalam membicarakan tentang bawang putih ini, terdapat banyak kepercayaan mengenai bawang putih ini sendiri. Dalam zaman Shakespeare, terdapat bukti yang mengatakan bahawa bawang putih dikaitkan dengan perkara-perkara yang tidak baik. Dalam masyarakat Greek Purba pula, dipercayai mereka yang memakan bawang putih tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah suci. Ada juga kepercayaan yang mengatakan bawang putih telah menyelamatkan Odysseus/Ulyses daripada ditukar kepada babi.

Bawang putih juga telah disebut dalam buku-buku China terdahulu sebelum tahun 2000 S.M lagi. Selain itu ia juga disebut dalam kebanyakan dalam karya-karya sastera seperti Shakespeare, Chancer dan Danten.

Dalam zaman ini pula, masyarakat tidak lagi menghiraukan kepercayaan-kepercayaan karut mengenai bawang putih itu sendiri. Namun suatu keajaiban kini kerana bawang putih muncul sebagai suatu tumbuhan yang boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit yang kronik. Antara penyakit-penyakit itu termasuklah tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai bawang putih dan penawarnya untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Bawang putih dan tekanan darah tinggi
Bawang putih berupaya untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah sangat merbahaya kerana penyakit ini tidak selalunya timbul dan pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Selain itu masalah tekanan darah tinggi akan membawa pula kepada masalah jantung, strok, pembekuan darah, kegagalan buah pinggang untuk berfungsi, jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba dan yang paling ditakuti berlaku kematian secara mendadak sekiranya penyakit tekanan darah tinggi tidak dikawal.

Ada laporan yang mengatakan, beratus-ratus ahli perubatan mendapati bahawa bawang putih adalah salah satu tumbuhan yang paling selamat dan boleh diharapkan untuk melegakan masalah tekanan darah tinggi. Ini kerana bawang putih memenuhi semua keperluan agen terapeutik yang baik untuk mengurangkan tekanan darah.

Satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang doktor dan pengamal naturopath iaitu Kristine Nolfi, seorang warganegara Denmark dan pengarang buku yang bertajuk " My Experience with Living Food " menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan darah tinggi dan menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang rendah. Ahli sains Perancis juga telah mendapati bahawa kenyataan ini benar dan mendakwa tekanan darah turun dalam masa sejam setelah diberikan dengan bawang putih. Beliau juga mendakwa bawang putih juga boleh menyebabkan tekanan darah yang rendah naik.


Bawang putih dan masalah-masalah pernafasan
Bawang putih dilaporkan sebagai ramuan yang lama, selamat dan pasti dalam merawat lelah, bronkitis dan penyakit pernafasan yang lain. Berabad-abad lamanya orang-orang China, Greek dan Mesir telah mendakwa bahawa bawang putih boleh menyembuhkan masalah pernafasan.

Dioscorides, seorang ahli perubatan Greek yang menjadi doktor rasmi tentera-tentera pada abad ke 2, menyatakan bawang putih sebagai rawatan kepada masalah yang berkaitan dengan paru-paru. Seorang naturalis abad pertama Rom mengatakan bahawa bawang putih dapat menyembuhkan masalah batuk kering.

Ke semua kenyataan ini adalah disebabkan kuasa bawang putih sebagai antiseptik dan pembunuh kuman. Bawang putih yang telah dikupas dan apabila diletakkan berhampiran dengan kuman, ia dikatakan dapat membunuh kuman tersebut dalam masa 5 minit sahaja. Tambahan pula eter bawang putih begitu kuat dan daya penembusannya adalah sangat tinggi. Ia boleh melarutkan mukus dalam sinus, salur bronkial dan paru-paru.

Messegue, seorang pakar herba terkenal Perancis menyatakan, pesakit-pesakit bagi kes-kes seperti lelah, bronkitis dan penyakit pernafasan yang lain sembuh. Salah seorang rakannya telah menjadualkan hasil rawatan Messegue. Bagi penyakit-penyakit pernafasan, rekodnya adalah seperti di bawah.


Bawang putih dan kencing manis
Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana penyakit kencing manis. Terdapat beberapa jenis penyakit kencing manis ini dan yang paling biasa ialah diabetes melitus. Ia adalah sejenis penyakit yang telah dikenalpasti sejak dahulu lagi.

Dalam kes penyakit kencing manis ini, pankreas tidak boleh menghasilkan pankreatin yang mencukupi. Apabila pankreas tidak berfungsi, gula tidak boleh menghasilkan sel dan tidak boleh disimpan sebagai lemak badan. Gula yang datang dari makanan yang dihadamkan akan berkumpul dan bertambah dalam darah sehingga ia masuk ke dalam air kancing.

Untuk kes penyakit kencing manis, bawang putih mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit.

Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini beruapaya dalam merawat penyakit kencing manis.


Bawang putih dan sakit perut
Bawang putih juga berupaya memberi rawatan kepada individu yang mempunyai masalah sakit perut dan usus sekiranya ia diambil secara berterusan. Menurut seorang saintis yang terkemuka dan pakar dalam terapi bawang putih, bawang putih mengandungi allicin yang merangsang dinding perut dan usus untuk merembeskan enzim pencernaan. Namun perlu diingatkan, bawang putih yang ingin diamalkan hendaklah dicampurkan dengan makanan-makanan yang lain.

Selain itu, bawang putih juga boleh digunakan di bahagian luaran. Contohnya dalam balutan atau mandian tangan dan kaki untuk melegakan perut dan cara ini dilaporkan 95 % telah menunjukkan keberkesanannya.


Bawang putih dan anemia

Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana anemia. Anemia bermakna keadaan badan yang tidak boleh mengahasilkan hemoglobin yang secukupnya. Anemia boleh terhasil daripada ketidakcukupan protein, iodin, kobalt, kuprum vitamin C atau sebahagian vitamin B.

Namun ke semua nutrien ini boleh didapati daripada bawang putih. Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadikan bawang putih sebagai makanan yang baik untuk pesakit-pesakit anemia dan antaranya ialah:

~Bawang putih meningkatkan penyerapan vitamin B, terutamanya vitamin B-1

~Bawang putih mengandugi kuprum yang diperlukan untuk asimilasi zat besi. Selain itu ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan vitamin C daripada makanan lain. Vitamin C meningkatkan asimilasi zat besi daripada makanan.

Oleh itu, dengan mengamalkan bawang putih dalam makanan seharian, secara tidak langsung akan menghindarkan seseorang itu daripada mendapat penyakit anemia. Pesakit-pesakit yang sudah lama menderita pula secara tidak langsung akan mendapat rawatan dan mempunyai harapan untuk sembuh.


Bawang putih dan artritis
Artritis atau rheumatisme ialah sejenis penyakit yang berkaitan dengan degenarasi tisu sendi akibat kekurangan kalium, vitamin D, iodin dan kekurangan vitamin B.

Bawang putih yang mengandungi bahan kuat yang mungkin memberikan kesan terhadap setiap jenis artritis. Sebatian sulfur yang memberikan bau kepada bawang putih adalah aktif terhadap bakteria dan dengan itu ia akan melawan setiap jangkitan.

Bawang putih juga sangat kaya dengan natrium iaitu galian yang sangat diperlukan untuk pengecutan setiap otot di dalam badan dan apabila badan kekurangan natrium akan menyebabkan kelumpuhan dan sembelit. Natrium jika digabungkan dengan zink, mangan dan vitamin B-1 adalah penting untuk saraf, kesihatan otot dan metabolisme karbohidrat dalam badan. Kekejangan otot dan kesakitan adalah simpton artritis rheumatoid, fibrositis dan gout (penyakit metabolik).

Oleh itu, untuk tujuan merawat artritis, memakan bawang putih adalah salah satu cara. Ia penting kerana artritis adalah salah satu penyakit yang sangat merbahaya.


Bawang putih dan permasalahan wanita
Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih, kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang pengeluaran haid.

Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi, sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi.


Bawang putih juga memberikan penawar untuk metritis (inflamasi untuk uterus). Inflamasi terjadi akibat kekejangan yang dirasai oleh wanita yang pada kebiasaannya adalah ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Uterus boleh menjadi seperti terbakar . Bawang yang mengandungi faktor penggalak (thiamin) didapati telah mengatasi permasalahan muntah dan loya yang dialami oleh bakal-bakal ibu.

Kesimpulannya, bawang putih adalah makanan semulajadi yang baik untuk diamalkan oleh wanita-wanita hamil.

Bawang putih dan ulser
Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.

Bawang putih dan cirit birit
Bawang putih juga menjadi penawar yang berkesan untuk cirit birit. Hippocretes, iaitu seorang doktor Greek Purba telah mengesyorkan bawang putih sebagai bahan pelawas yang berkesan. Menurut seorang saintis terkemuka dan pakar terapi bawang putih menyatakan bahawa orang yang menderita kerana sembelit boleh mencari penawarnya dengan memakan campuran bawang putih bersama dengan susu atau dadih.

Dr. E. Roes yang menulis dalam " Munchener Medizinische Wochenschiff" , sebuah majalah perubatan Jerman bertarikh 25 September 1925, memberitahu tentang kejayaannya dalam merawat pelbagai penyakit usus yang kebanyakannya melibatkan cirit birit. Menurutnya, bawang putih bertindak dalam tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi.

Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus hilang dalam masa yang singkat tanpa menyebabkan sembelit. Salah satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang profesor yang telah menderita angin, dispepsia dan kolits selama 17 tahun. Beliau seringkali cirit birit diselang-selikan dengan sembelit. Beliau telah diberikan 2 gm penyedian bawang putih, 2

atau 3 kali sehari dan dalam masa 2 setengah bulan, beliau mendapati dirinya telah sembuh.


Bawang putih dan kolesterol
Bawang putih juga baik untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian fitokimia yang boleh mengurangkan kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan kemanglian. Kolesterol yang banyak berkumpul dalam badan adalah tidak baik kerana ia akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit jantung dan sebagainya.

Oleh itu dengan mengambil bawang putih sebagai salah satu dalam menu makanan harian, akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat masalah jantung dan sebagainya. Dengan penerangan ini, ternyata bawang putih merupakan salah satu herba atau tumbuhan yang sangat penting. Ia bukan sahaja menjadi bahan dalam masakan, tetapi juga menjadi bahan dalam sesuatu ramuan untuk merawat seseorang pesakit.

PENUTUP

Namun dalam masyarakat hari ini, amnya dalam masyarakat Malaysia, bawang putih hanya terkenal dalam masyarakat melayu sahaja dan tidak kepada masyarakat-masyarakat yang lain. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dan antaranya ialah kemungkinan mereka tidak mengetahui akan kebaikan bawang putih itu sendiri.

Selain itu, setiap masyarakat sudah semestinya mempunyai kepercayaan masing-masing dalam merawat penyakit-penyakit. Kemungkinan mereka mempercayai tumbuhan unik yang lain dalam merawat penyakit-penyakit. Sesiapapun tidak boleh menafikan hal ini.

Walaubagaimanapun, terbukti bawang putih merupakan salah satu tumbuhan atau herba yang amat dikenali dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Oleh itu peranan bawang putih dalam masyarakat hari ini adalah sangat penting dan tidak boleh dinafikan keberkesannanya.

Friday, December 11, 2009

Hotel Eastin,Penang


Ha..hari ni kami kawan2 kat kerja p buffet lunch kat Hotel Eastin kat Quensbay. Hotel ni baru bukak mid Nov, wow..ramai betul orang.. Ni nak tayang makanan kat sana.
Bawah ni, ambik semua lauk pauk yg ada, rasa serba sedikit.Yang paling sedap lamb dia..



Yg ni pulak dessert- semua ada, puding roti n cheese cake sedap gak..








Wednesday, December 9, 2009

Upin dan Ipin

Kalau kawan-kawan tengok identiti saya adalah Upin dan Ipin. Sebenarnya , anak2 saya espeacially Aisyah adalah peminat setia Upin dan Ipin. Hari ni dalam Kosmo ada pasal Upin dan Ipin akan ke Timur Tengah. Maid saya juga kata Upin dan Ipin di Indonesia antara kartun yg diminati disana. Syabas untuk Upin dan Ipin .

Gamabr kat bawah ni copy dari Kosmo....



Resipi Urap-urap (indon)

Ops..resend balik sbb silap label...

Resipi ni saya sangat suka. Maid saya yang ajar. Kat sini macam kerabulah kot tapi sedap lagi. Kawan2 boleh try

Bahan2:
1. Ubi kencur - 7 biji
2. Bwg putih - 2 ulas
3. Bwg merah - 1 ulas besar
4. lengkuas and halia- sikit je
5. Cili padi - 3 biji
6. Cili kering yg dah kisar- 1 sudu
7. Sikit belacan
8. Sikit gula melaka
9 Asam jawa- isi (bukan air)
10. Kelapa mesin (putih) dlm RM1.00
11. Sikit minyak untuk menumis.
12. Daun limau purut- dihiris

Sayur2:
1. Kacang panjang
2. Taugeh
3. Pucuk ubi kayu.

Cara2:
1. Tumbuk bhn2 1-9 sampai lumat. Campur sedikit gula dan garam.
2. Tumis sehingga berbau/pecah minyak.
3. Masukkan kelapa dan daun limau purut.
4. Gaul sehingga rata.
5. Celurkan sayur2 diatas.
6. Sayur2 yg dah dicelur, boleh digaul dgn bahan yg digoreng tadi.



Tuesday, December 8, 2009

Mini cup cakes



Kemarin, birthday anak kedua sy, Adham. Kesian dia, baru masuk 6 tahun tapi next month dah nak masuk Darjah 1. Buat mini cupcakes ni dan beli je kek kat kedai.

Ni resipi saya ambik dari kawan, Kak Midah.

Bahan2:
1. 250g tepung superfine (atau 125 g tepung jagung + 125g tepung gandum)
2. 250 g gula kasar.
3. 200 ml santan.
4. 4 biji telur.
5. 2 sudu kecil overlate
6. 2 sudu kecil baking powder.
7. Inti dan warna- terpulang masing2. Kemarin, inti jem sekaya, kacang dan strawberry.

Cara-cara:
1. Gula+telur+overlate+baking powder masuk dlm mixer . Mix sampai tak menitis.
2. Masukkan tepung dan santan bergilir-gilir sehingga rata.
3. Bahagikan adunan mengikut warna.
4. Masukkan dlm acuan. Letak inti kat dalam.
5. Kukus 5 minit ..






Monday, December 7, 2009

Cendawan goreng





Mungkin ramai tak pernah makan lagi cendawan goreng. Cendawan goreng celup tepung sekarang dah ada kat mana2 pasar malam atau karnival.
Ni bukan nak bagi resipi . Cuma nak tunjuk camne cendawan goreng ni dan original cendawan ni.

Gambar atas tu , cendawan goreng ready made yg hubby bawak balik dari kursus cendawan. Saya cuma goreng je. Dia minat sikit bab-bab pertanian ni. Dulu, saya pernah goreng, taruk tepung tempura aje, sedap jugak. Rangup...





Tahukah anda Kod Lemak Babi??

Salam,
Dalam keghairahan kita menyediakan juadah untuk family, kita perlu pastikan bahan2 yg kita gunakan adalah halal. Di sini saya nak share info pasal Kod Lemak Babi.

Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam pembungkus produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.


Ini ada contoh, macam mana nak tengok:

Sunday, December 6, 2009

Hukum Bersunat Anak Perempuan

Ramai kawan-kawan tanya bersunat untuk baby girl wajib ke dak. Ada kata wajib, ada kata sunat je, ada kata ikut tradisi. Kat sini saya paste dari beberapa artikel. Sila baca kalau berminat nak tau..

Bersunat disebut sebagai khitan dalam bahasa Arab bererti potong. Khitan juga 
bererti memotong qulfah iaitu kulit yang menutupi kepala zakar (Abdullah Nasih 
‘Ulwan; Tarbiyatu al-Aulad 1/109). Kamus Dewan menyebut khatan, sunat, ertinya 
memotong kulub dan berkhatan, bersunat, bersuci, maknanya potong kulub orang 
Islam (Kamus Dewan 549). Khitan bagi wanita dinamakan khafd iaitu merendahkan 
(Ibnu al-Qayyim: Tuhfatu al-Maudud 106)kerana bahagian yang dipotong itu 
merendahkan hujung clitoris.
 
Menurut al-Mawardi, khitan bagi perempuan adalah memotong kulit pada atas faraj 
yang berbentuk seperti balung ayam (tiga segi) yakni clitoris. Bahagian yang 
wajib dipotong adalah kulit yang berlebihan di sebelah atas clitoris, tidak 
sampai ke pangkalnya (Ibnu al-Qayyim; op.cit 106)
 
Daripada pengertian syarak itu, dapat disimpulkan bahawa khitan bagi perempuan 
adalah dengan memotong sedikit saja daripada bahagian atas clitoris. Bahagian 
yang wajib dipotong adalah hujungnya yang menonjol tinggi daripada faraj, bukan 
memotong semua sekali.
 
Seperti amalan khitan di kalangan lelaki yang bermula pada zaman Nabi Ibrahim, 
amalan berkhatan bagi wanita juga berlaku pada zamannya. Isterinya, Sarah 
dikhatankan. Peristiwanya bermula apabila Hajar (salah seorang isteri Nabi 
Ibrahim) mengandung, Sarah berasa cemburu, lalu bersumpah untuk memotong tiga 
bahagian anggotanya sendiri. Nabi Ibrahim bimbang kalau-kalau Sarah akan 
memotong hidung dan telinganya.
 
Lalu Baginda menyuruhnya melubangkan kedua-dua telinganya dan berkhatan (Ibnu 
al-Qayyim; ibid 131). Setelah itu amalan khitan menjadi sunnah bagi wanita 
Islam.
 
Khitan diamalkan juga pada zaman Firaun yang mana didapati mumi perempuan Mesir 
purba mengamalkannya. Begitu juga di negara lain di Afrika seperti di Ethopia 
dan Sudan. Khitan seterusnya diamalkan di merata dunia termasuk Malaysia. 
Sesetengah mereka menganggap amalan ini sebagai adat. Sesetengah yang lain pula 
menganggapnya sebagai tuntutan agama.
 
Ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan bagi wanita. Ada yang 
berpendapat hukumnya wajib, ada yang mengatakan sunat. Ada pula yang 
berpendapat khitan adalah satu kemuliaan saja kepada kaum wanita.
 
# Imam al-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad mewajibkan wanita 
berkhatan sama seperti lelaki (Ibnu Taimiyah; al-Fatawa al-Kubra 51-52). Pada 
mereka dirujukkan kepada hadis yang dijadikan hujjah bagi mewajibkan khitan ke 
atas lelaki.
 
Antara hadis itu adalah sabda Rasulullah SAW kepada seorang yang baru menganut 
Islam: “Cukurlah rambut ketika kafirmu dan berkhatanlah.”
 
Dalam riwayat lain yang disebut terdulu, Rasulullah bersabda: “Sesiapa (yang 
baru) memeluk Islam hendaklah dia dikhatankan meskipun sudah tua.” 
(Al-Syaukani;op.cit 1/136).
 
Kedua-dua hadis ini menunjukkan amalan khitan adalah wajib. Perintah wajib ini 
meliputi lelaki dan wanita. Ini didasarkan kepada keumuman daripada lafaz hadis 
berkenaan (al-Syaukani; ibid 1/134).
 
# Riwayat lain daripada Imam Ahmad pula menyatakan berkhatan wajib ke atas 
lelaki saja. Tidak diwajibkan ke atas perempuan. Ia adalah sunnah yang sangat 
dimuliakan. Pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama. Ia dirujukkan kepada 
hadis Rasulullah yang menyatakan khitan tidak wajib ke atas perempuan.
 
Antara lain Syadad bin Aus menyebutkan bahawa Rasulullah bersabda: “Khitan 
adalah sunnah untuk lelaki dan suatu penghormatan untuk wanita.” (Ahmad bin 
Hanbal; al-Musnad 6/433).
 
Ummu ‘Attiyah r.a. pula meriwayatkan bahawa Rasulullah memberitahu tukang 
khatan perempuan supaya jangan memotong terlalu dalam. Hal ini kerana yang 
demikian itu (memotong tidak terlalu dalam) adalah mahkota wanita dan sangat 
disukai oleh suami. (Abu Daud; al-Musnad 167).
 
Hadis di atas menunjukkan khitan bagi anak perempuan adalah sunat, bukan wajib. 
Khitan disyariatkan kepada lelaki dan perempuan sebagai satu perbezaan antara 
orang Islam dan kafir. Oleh kerana itulah orang yang baru memeluk Islam 
dikehendaki berkhatan, lelaki atau perempuan.
 
# Dr Yusuf Al Qaradhawi berpendapat persoalan khitan anak perempuan terserah 
kepada ibu bapa sama ada mahu melakukannya atau tidak. Bagi mereka yang 
beranggapan khitan anak perempuan ada kebaikannya, eloklah mengkhatankannya. 
Bagi mereka yang tidak mengkhatankannya pula, tidak berdosa kerana ada ulama 
yang berpendapat khitan bagi wanita hanya satu kemuliaan. Begitu pun, Dr Yusuf 
berpendapat mengkhatankan anak perempuan adalah lebih baik (Dr Yusuf Qaradhawi: 
al-Fatawa al-Mu’asirah 384).
 
# Imam al-Akbar Mahmud Syaltut berpendapat: Hukum khitan bagi lelaki dan 
perempuan bukan didasarkan kepada nas naqli, tetapi disandarkan kepada kaedah 
umum syariah iaitu ‘tidak harus menyeksa sesuatu yang hidup kecuali ada 
kemaslahatan’.
 
Khitan bagi lelaki ada maslahah yang perlu dijaga iaitu menghindarkan jangkitan 
kuman yang menyebabkan kanser zakar atau penyakit lain yang berbahaya. Tetapi, 
dalam persoalan khitan bagi kaum perempuan, tiada maslahah yang perlu dijaga.
 
Menurut beliau lemah atau kuat nafsu seseorang perempuan bergantung kepada 
pembinaan hormon dalam diri seseorang. Begitu juga berakhlak atau tidak 
seseorang bergantung kepada pendidikan agamanya, suasana masyarakat dan 
keprihatinan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.
 
Lemah atau kuat nafsu seseorang perempuan tiada hubung kait dengan khitan.
 
Oleh itu khitan bagi perempuan bukan kerana tuntutan syarak, akhlak dan 
kesihatan. Ia didasarkan kepada persoalan fitrah manusia semata-mata (Muhammad 
Syaltut; al-Fatawa 333-334).
 
Penulis berpendapat walaupun ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan 
wanita, eloklah kita mengamalkan khitan walaupun ia bukan wajib atau sunat. 
Paling kurang ia adalah fitrah insaniah yang seiring dengan tabiat dan fitrah 
Islam.
 
Selain itu, ia masih sunnah yang diamalkan pada zaman Rasulullah. Baginda 
pernah mengajarkannya kepada wanita pada zamannya. Kalau kita tidak 
mengamalkannya bererti kita mengetepikan salah satu daripada amalan wanita 
zaman Rasulullah. Di samping itu, masih ada hadis yang menjelaskan bahawa 
khitan itu satu kemuliaan kepada wanita. Mungkin setakat ini kita belum pasti 
apa maslahatnya. Banyak ibadat lain yang dilakukan tanpa kita ketahui maslahat 
dan hikmatnya.
 
DIJAWAB oleh Prof Madya Dr Anisah Abd Ghani, Ketua Jabatan di Akademi Islam 
Universiti Malaya. Jawapan dan persoalan boleh layari 
www.wanitajimceria.blogspot.com

Saturday, December 5, 2009

Bawang putih penawar penyakit darah tinggi

Kemarin, hubby saya check blood pressure dan dapat tahu ada darah tinggi. Kami baru tau Bawang putih boleh kurangkan darah tinggi. Petua ni diambil dari petua sejagat blog.

Tekanan darah tinggi menjadi masalah utama bagi golongan tertentu sejak bertahun-tahun lalu. Biasanya dikaitkan dengan orang veteran dan yang berharta. Namun, sekarang ni penyakit dah tak mengenal siapa mangsanya. Semua orang boleh menghidapinya kalau serba-serbi tak dijaga. Ada baiknya kita menjaga kesihatan sejak dari muda lagi.

Salah satu rawatan darah tinggi yang disyorkan oleh pengamal perubatan tradisional adalah meminum air bawang putih.


Cara menyediakannya adalah:-

1. Sediakan 2 atau 3 ulas bawang putih.

2. Tumbuk halus bawang putih tadi.

3. Ambil segelas air suam dan rendamkan bawang putih ke dalamnya.

4. Amalkan meminumnya 2 kali sehari sehinggalah darah tinggi anda menurun.
Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...