Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Friday, March 12, 2010

Sindrom anak kedua


Pernahkah anda semua mendengar pasal sindrom anak kedua? Saya pernah baca pasal sindrom anak kedua ni dari majalah dan juga ceramah Dr Fazilah Kamsah.

Bila fikir2 balik, mungkin ada betulnya. Anak kedua saya, Adham boy dah 7 tahun sekarang, since dari kecik lagi selalu aje buat perangai. Tak boleh silap sikit, terus naik suaranya atau menangis meraung-raung.

Semalam, Adham buat perangai lagi, adiknya Aisyah main2 nak tolak dia, dia terus mengamuk dan nak pukul balik adiknya. Bila dilarang, dia tetap nak balas kat adiknya. Masa tu abah dia ada kat rumah, apalagi, terus dibawanya dia masuk bilik air, suruh mandi. Mungkin tetap rasa tak puas hati, terus dia buang barang2 dlm bilik air. Apabila abahnya suruh simpan balik, dia buat tak tahu aje... ..

Kesimpulannya, sindrom anak kedua ni, mungkin betul : degil, suka mengamuk, keras kepala..
Ya Allah, ya tuhanku semoga nanti besar nanti, perangainya akan berubah..amin..


Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

1 comment:

  1. insyallah berubah punya...sebab saya anak no2 ..dulu mmg jahat,nakal sume ada...tapi dah besar ni...asyik fikir pasal ibu bapa dan adik beradik je :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...