Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Tuesday, March 9, 2010

Apa yang perlu anda tahu mengenai Batuk berkahak


Batuk yang berkahak

Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.

  • Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.

  • Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.

  • Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.

  • Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut.

Untuk melegakan batuk berkahak, anda boleh mengambil ubat dari jenis expectorant (memecahkan kahak) seperti:

  • guaifenesin (Breacol)

  • carbocisteine (Rhinothiol)

  • ambroxol (Mucosolvan)

  • cyclidrol (Mucoflux)

  • herba seperti Ibu dan Anak, Cofcare, dsb.


Ubat yang lebih kuat boleh didapati dari farmasi atau klinik. Selalunya ubat ini mengandungi anti-histamine iaitu sejenis ubat allergik yang boleh membantu mengeringkan kahak. Bagaimanapun ubat dari jenis ini boleh menyebabkan anda mengantuk, oleh itu tidak sesuai untuk yang berkerja. Antara jenama yang selalu diberi ialah Benadryl (original) dan pelbagai jenama generik seperti Bena, Bencodyl dsb. Jenama lain yang juga popular ialah Actifed Expectorant dan Rhinathiol Promethazine.

Sekiranya ada jangkitan kuman bakteria, anda perlu mengambil antibiotik. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan doktor anda.

Perkara-perkara lain

Selain daripada pengambilan ubat, anda boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini:

  • minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.

  • pengambilan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih dsb hendaklah dikurangkan.

  • sekiranya anda merokok, mungkin inilah masa yang sesuai untuk terus berhenti merokok.

  • persekitaran yang berhabuk, berasap toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan ini.

  • sedut stim contohnya dari air yang mendidih. Ia membantu menghilangkan hidung yang tersumbat.

  • hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.

Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

1 comment:

  1. Salam...
    Batuk jenis ni ada kaitan dgn pengumpulan lendir dan kotoran yg tersekat di sistem saliran dalaman badan (tekak terutamanya). Cara efektif mencuci terdapat di:

    Ubat batuk berkahak dan tersekat

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...