Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Thursday, March 4, 2010

Peria masak taucu



Lama tak letak resipi dlm blog ni. Sebenarnya saya ni malas sikit nak snap foto kalau dah masak. Tapi hari ni rajin sikit sbb rasa tak de apa nak update blog ni..Ini adalah Peria masak taucu.

Bhn2 :
1. Peria kecil (atau orang sini panggil peria katak). -dihiris dan direndam air garam.
2. Bwg merah, bwg putih, sikit belacan - ditumbuk.
3. Sedikit ikan bilis- ditumbuk.
4. Taucu.
5. Cili merah atau hijau - dihiris
6. Cili kering yg dah dimesin atau cili boh

Cara2:
1. Tumiskan item 6 dan 2.
2. Masukkan item 3 ,4 dan 5.
3.Bila dah naik bau, masukkan peria yg dah diramas2(supaya kurang pahit).
4. Masukkan secukup rasa gula dan garam.

Siap untuk dimakan. Sedap dimakan dgn kari ikan..

Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

2 comments:

  1. salam...kat umah ni jarang masuk peria..sebab tukang masak tak makan..

    ReplyDelete
  2. menyelerakan.. sluuurrpp.. nok cuba arrrghh

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...