Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Saturday, April 7, 2012

Bahaya pinggan MELAMINE

Salam semua,
Saya dulu salah sorang peminat pinggan melamine. Tap sekarang dah tak lagi. Bukan apa, sbb senang nak bagi budak2 makan sbb anya ringan dan tak mudah pecah. Pinggan melamine kalau dah lama pakai, kat belakang nya akan nampak sisa2 warna hitam. 2 set melamine saya tu, saya dah bagi kat orang.Sekarang saya tukar pakai semua jenis Corelle dan jenis kaca (mak kat kampung bagi)

Kat sini, saya nak share info pasal bahaya guna pinggan melamine ni. Info ni dari berta harian on-line


Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat
daripada MELAMINE yang mengandungi “urea
formaldehyde” dan sangat berbahaya kepada kesihatan.
Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya
digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan
‘insulation’ wayar electrik. Bahan ini amat
berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan
masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang,
kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencingdankerosakan
sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan
pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan
cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali
pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada
kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi
pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China
selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut.
Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling
berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan
mangkuk tersebut sangat mudah ‘leech out’ ke dalam
makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu
elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat
seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah
melamine.

Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas
dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih
berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan
membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur
darah dan buah pinggang.

Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di
dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan
beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh
bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika
Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan
haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang
peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam
pembuatan pinggan melamine.

Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di
Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk
lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca
atau seramik kerana bahan ini adalah sangat ‘stable’
dan tidak beracun.

Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika
Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua
mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.

Baca lagi tentang melamine di sini:
Melamine-tainted milk seized from China factory:
http://www.nst. com.my/Current_ News/NST/Monday/ NewsBreak/
20080915125202/ Article/index_ html

Melamine plates a health hazard
http://archive. gulfnews. com/ articles/07/ 05/14/10125274.
html

FDA: Melamine found in baby formula made in China
http://www.usatoday .com/money/ industries/food/
2008-09-11- tainted-formula_ N.htm

Pet Food Recall (Melamine)/Tainted Animal Feed
http://www.fda. gov/oc/opacom/ hottopics/petfood. html

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...