Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Friday, February 5, 2010

Syarat-syarat Ambil Pembantu Rumah Indonesia/Thailand

Untuk ibu2 yg berhajat mengambil pembantu rumah Indonesia/Thailand. Ini diolah dari syarat2 Imigresen.


Garis panduan mengambil pembantu rumah:

1.
Permohonan pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) boleh dibuat oleh majikan sendiri atau melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia di pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.
2.
Majikan mesti terdiri daripada suami atau isteri yang mempunyai anak berumur bawah 15 tahun yang perlu perhatian dan jagaan atau ibu bapa yang sakit/uzur.
3.
Suami dan isteri majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) pembantu rumah asing yang layak dipohon untuk satu keluarga.
4.
Jumlah pendapatan bulanan majikan tidak kurang dari RM3,000.00.
5.
Majikan tidak muflis.
6.
Majikan yang mempunyai alasan yang kukuh dan pendapatan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dibenarkan memohon pembantu rumah asing kedua.
7.
Bakal PRA mestilah perempuan,serta berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun dan disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang dilantik.
8.
Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja.
9.
Bakal PRA mestilah berada di negara asal dan masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang diambil di pejabat perwakilan Malaysia di negara berkenaan.
10.
Majikan dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan bagi PRA di klinik panel yang dilantik oleh Fomema Sdn. Bhd. sebaik tiba di negara ini dan mendapatkan endosmen PL(KS) di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri yang meluluskannya dalam masa 1 satu bulan dari tarikh tiba.
11.
Pembantu rumah asing yang gagal pemeriksaan kesihatan tidak dibenarkan bekerja dan majikan perlu mengurus penghantaran pulang segera dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia.
12.
Majikan hendaklah memastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja (tidak termasuk cuci kereta).
13.
Majikan dimestikan menyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal yang sesuai kepada PRA lengkap dengan kemudahan asas dan makanan yang berkhasiat. PRA juga hendaklah diberi rehat secukupnya termasuk waktu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
14.
Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan PRA melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan dan tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam.
16.
Majikan hendaklah maklum bahawa PRA tidak dibenarkan membuat Permohonan Permit Masuk semasa memegang PL(KS).
17.
Majikan hendaklah memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia.
18.
Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS) dan bagi lanjutan tahun kedua serta ketiga setelah mendapat kelulusan pemeriksaan kesihatan di klinik panel yang dilantik oleh Fomema Sdn. Bhd.
19.
Majikan bertanggungjawab menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukkan kepada pihak Jabatan apabila diminta untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar. Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan.
20.
Rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah tanggungjawab majikan.
21.
Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya PRA meninggal dunia, hilang atau melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.
22.
Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada PRA.
23.
Sekiranya majikan dan pasangannya bercerai, Jabatan Imigresen Malaysia berhak untuk memindahkan nama majikan PRA berkenaan kepada isteri atau majikan baru yang berkelayakan.
24.
Sekiranya majikan atau pasangannya meninggal dunia, maka majikan atau pasangan atau warisnya diminta melaporkan kepada Jabatan Imigrsen Malaysia penentuan majikan baru PRA berkenaan.
25.
Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Imigresen Malaysia bagi PRA yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan penghantaran pulang.
26.
Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan.
27.
Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan PRA yang dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal.
28.
Majikan yang ingin membawa pembantu rumah asing bekerja di luar negara dikehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan negara asal pembantu rumah asing berkenaan di Malaysia.
29.
Majikan yang telah diberi kelulusan PRA tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan disenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan pembantu rumah asing.
30.
Majikan dan PRA hendaklah sentiasa mematuhi perkara-perkara yang dipersetujui dalam perjanjian pekerjaan.

Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

3 comments:

  1. Banyak juga procedur nya... emmm

    ReplyDelete
  2. salam..
    thanks krn sggh blog sy..
    mcm2 prosedur nk amik bibik, dan bila dh amik bibik mcm2 kerenah plk..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...