Kolesterol
Kolesterol adalah sejenis bahan seperti minyak yang didapati di dalam darah dan setiap sel di dalam badan kita. Ia diperlukan untuk badan yang sihat kerana ia digunakan dalah pembentukan bebrapa tisu dan hormon.
Bagaimanapun, sekiranya kandungan kolesterol melebihi takat tertentu, anda berisiko untuk mendapat penyakit jantung.
Jenis-jenis kolesterol
Jenis-jenis kolesterol yang utama ialah :
· LDL (low-density lipoprotein). Ia juga dikenali sebagai kolesterol jahat. Sekiranya jumlahnya meningkat di dalam saluran arteri, kemungkinan untuk mendapat serangan sakit jantung akan meningkat.
· HDL (high-density lipoprotein). Ia juga dikenali sebagai kolesterol baik. Ia dipercayai membantu membuang kolesterol berlebihan dari dalam darah. Kandungan HDL yang tinggi akan melindung anda daripada serangan sakit jantung dan mengurangkan risikomendapat penyakit berkaitan dengan jantung.
· Triglycerides. Individu yang mempunyai triglycerides yang tinggi mungkin juga mempunyai LDL yang tinggi atau HDL yang rendah.
Kandungan kolesterol yang ideal
Carta di bawah menunjukkan kandungan kolesterol untuk individu yang sihat dan individu yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Carta di bawah adalah berdasarkan kepada jumlah keseluruhan kolesterol (iaitu LDL + HDL + Triglycerides).
Jenis bacaan | mmol/l | mg/dl |
Baik | <> | <> |
Sederhana | 5.2 – 6.5 | 200 – 250 |
Tidak baik | > 6.5 | > 250 |
Untuk individu yang sihat, kandungan LDL seharusnya tidak melebihi 3.3 mmol/l (130mg/dl). Kandungan HDL pula sepatutnya melebihi 0.9mmol/l (35mg/dl).
Untuk menukar mmol/l ke mg/dl gunakan formula ini :
38.6 x mmol/l = mg/dl
Apakah risiko-risiko sakit jantung
Antara risiko-risiko mendapat sakit jantung ialah :
- LDL tinggi
- HDL rendah
- Tekanan darah tinggi
- Merokok
- Kencing manis
- Berat badan berlebihan
- Usia yang meningkat
- Keturunan
- Wanita yang telah menopause
- Kandungan homocysteine yang tinggi (sila lihat rencana berkaitan)
Apakah langkah-langkah untuk mengurangkan kolesterol ?
Penukaran di dalam pemakanan dan cara hidup anda kadang-kala sudah cukup untuk mengurangkan kadar kolesterol ke tahap baik. Kadang-kala ia perlu disertakan dengan pengambilan ubat-ubatan.
Pemakanan :
- Pengambilan lemak tepu (daging, makanan berasaskan susu, minyak kelapa, santan, dsb) hendaklah dikurangkan.
- Ambil makanan yang tinggi dengan kandungan serat (fibre) seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dsb.
- Gantikan pengambilan susu biasa dengan susu rendah lemak atau tanpa lemak.
- Lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak asid tidak tepu (mono- dan poly-unsaturated fatty acids).
Cara hidup :
- Senaman yang mencukupi meningkatkan kandungan HDL
- Hentikan pengambilan alkohol
- Hentikan tabiat merokok
Lain-lain :
- Pengurangan berat badan anda membantu meningkatkan HDL. Sila lihat rencana berkaitan untuk mengurangkan berat badan anda.
Contoh-contoh kandungan kolesterol dalam makanan
Makanan (setiap 100 gram) | Kolesterol (mg) |
Daging lembu | 58 - 99 |
Daging ayam (tanpa kulit) | 27 - 73 |
Daging ayam (berkulit) | 64 - 105 |
Hati ayam | 256 |
Butter | 120 |
Cheese | 39 |
Susu tepung biasa | 61 |
Ais krim | 45 |
Coklat bar | 18 |
Ikan bilis | 308 - 325 |
Sardin dalam tin | 119 |
Udang (dengan kepala) | 74 - 160 |
Udang kering | 321 |
Gamat | 0 |
Lobster | 85 |
Margerine lemak haiwan | 50 |
Margerine lemak tumbuhan | 0 |
Minyak kacang / jagung | 0 |
Telur | 306 |
Telur kuning | 1076 |
Telur putih | 0 |
No comments:
Post a Comment