Cuti panjang CNY ini, kami sefamily pulang ke kampung di KualaTerengganu.
Untuk yang tak pernah pergi ke Kuala Terengganu(KT), saya kongsikan perjalanan dari Penang-KT.
Perjalanan Penang-KT mengambil masa ~ 7 jam (~450km). Dari Penang , kita pi Kulim, Baling,Gerik Highway,Jeli,Jertih dan KT. SEpanjang perjalan tu, ada signboard. Biasanya kami bertolak awal pagi untuk mengelak traffic jam dan panas terik. Juga diawal pagi, anak2 semua sedang tidur lena.
Dlm perjalanan tu, biasanya kami singgah makan kat Batu Melintang di Jeli. Di situ, lengkap dgn tandas,bilik air, surau dan kedai makan. Yang penting kat situ sentiasa bersih.
Kalau anda mahu pergi dgn bas, boleh menaiki bas dari Stesen Bas Sg Nibung atau Butterworth ke K.Terengganu. Setahu saya, basnya adalah SP Bumi danCekap Express. Bas ni akan sampai ke Perhentian Stesen Bas K.Terengganu di pusat bandar.
Di Kuala Terengganu, anda boleh membeli belah di Pasar Payang Kuala Terengganu, terkenal dgn kain batik/sutera dan pelbagai cenderahati. Boleh jugak melawat di Taman tamadun islam (ada Masjid Kristal dan monomen masjid2 di dunia).Anda boleh membeli kerepok lekor di Losong.
Kalau mau tahu lebih lanjut lagi pasal kuala Terengganu, boleh hantarlah aju pertanyaan didlm komen entri ini. Ni macam promosi Kuala Terengganu je..
oo.. owang ganu gok rupenyer... banyok beli kepok lekor dok? singgah kepok lekor tok beng?
ReplyDeleteSaya suka beli kepok lekor kat Losong. Kalau kepok kering, beli kat Pengkalan ..lupa doh pengkalan mende tapi kat Gelugor kedai
ReplyDeletesaya pernah sekali sampai ker ganu ni. tu pun dari cherating baru kesana. memang seronok sempat lagi bawak balik kopok lekor dan kopok kering. lain kali akan kesana lagi :)
ReplyDeletePlan nak ker penang juga masa CNY tapi x menjadi coz banyak kedai2 yang tutup waktu tu. kawan yang bagitau, tapi harap satu hari nanti akan sampai juga kesana.