Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Tuesday, June 8, 2010

Siapa itu Ashwad?

SELAMAT pulang kepada 12 sukarelawan kita yang tiba di tanah air jam 5.40 pagi semalam. Mereka adalah sukarelawan daripada Misi Lifeline 4 Gaza (LLAG) diketuai Noorazman Mohamad Samsudin bersama wartawan dan jurugambar Astro Awani, Ashwad Ismail dan Samsul Kamal Abdul Latip.

Ashwad misalnya, menjadi kebanggaan ibu bapanya, Ismail Yacob, 55 dan Wan Mahfuzah Jami, 53, apabila anak tunggal mereka itu menjadi tatapan umum Khamis lalu menceritakan detik berhadapan peristiwa ngeri sepanjang tempoh 28 jam diserang dan ditawan.


Cerita Ashwad terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan untuk mengelakkan tembakan tentera Israel tetapi langkahnya terhenti apabila diacu raifal dengan laser senjata disasarkan ke dahi dipaparkan pada muka depan bukan saja melalui akhbar nombor satu negara, Harian Metro malah Berita Harian dan Utusan Malaysia. Apabila tiga akhbar utama di Malaysia paparkan cerita Ashwad, sudah tentu satu Malaysia bercakap mengenai anak muda ini hingga menjadikan pemuda berusia 26 tahun ini selebriti popular sepanjang minggu lalu. Memanglah sebelum ini wajahnya dikenali kerana sering muncul membaca berita di televisyen Astro Awani, tetapi tidaklah sepopular sekarang apabila dikenali orang tua, dewasa hinggalah kanak-kanak.


Apa yang pasti, saham Ashwad di tempat kerja juga makin tinggi dan mungkin menjadi anak emas Awani selepas ini. Bak kata pepatah, situasi menang menang kerana dalam musibah ini, turut memberi keuntungan kepada Awani. Rating stesen berita 24 jam itu mencanak-canak sejak itu. Dalam persaingan stesen dunia penyiaran, masyarakat mula memberi perhatian kepada stesen ini. Rahmat juga buat Ketua Pengarangnya, Azizi Othman yang menjadi keluarga stesen itu, Februari lalu Segala perhatian diberikan pada Ashwad juga dibantu nilai komersial dirinya bukan masih muda ditambah pula perwatakan menarik. Tidak menghairankan kalau selepas ini Ashwad turut mendapat perhatian produser atau pengarah drama dan filem. Nilai komersial sebagai hero ada pada Ashwad. Mungkin ramai ingin tahu siapa gadis berjaya tambat hati anak muda ini dan bila dia nak akhiri zaman bujang.


Petikan dari HarianMetro kemarin..

Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...