Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Sunday, December 6, 2009

Hukum Bersunat Anak Perempuan

Ramai kawan-kawan tanya bersunat untuk baby girl wajib ke dak. Ada kata wajib, ada kata sunat je, ada kata ikut tradisi. Kat sini saya paste dari beberapa artikel. Sila baca kalau berminat nak tau..

Bersunat disebut sebagai khitan dalam bahasa Arab bererti potong. Khitan juga 
bererti memotong qulfah iaitu kulit yang menutupi kepala zakar (Abdullah Nasih 
‘Ulwan; Tarbiyatu al-Aulad 1/109). Kamus Dewan menyebut khatan, sunat, ertinya 
memotong kulub dan berkhatan, bersunat, bersuci, maknanya potong kulub orang 
Islam (Kamus Dewan 549). Khitan bagi wanita dinamakan khafd iaitu merendahkan 
(Ibnu al-Qayyim: Tuhfatu al-Maudud 106)kerana bahagian yang dipotong itu 
merendahkan hujung clitoris.
 
Menurut al-Mawardi, khitan bagi perempuan adalah memotong kulit pada atas faraj 
yang berbentuk seperti balung ayam (tiga segi) yakni clitoris. Bahagian yang 
wajib dipotong adalah kulit yang berlebihan di sebelah atas clitoris, tidak 
sampai ke pangkalnya (Ibnu al-Qayyim; op.cit 106)
 
Daripada pengertian syarak itu, dapat disimpulkan bahawa khitan bagi perempuan 
adalah dengan memotong sedikit saja daripada bahagian atas clitoris. Bahagian 
yang wajib dipotong adalah hujungnya yang menonjol tinggi daripada faraj, bukan 
memotong semua sekali.
 
Seperti amalan khitan di kalangan lelaki yang bermula pada zaman Nabi Ibrahim, 
amalan berkhatan bagi wanita juga berlaku pada zamannya. Isterinya, Sarah 
dikhatankan. Peristiwanya bermula apabila Hajar (salah seorang isteri Nabi 
Ibrahim) mengandung, Sarah berasa cemburu, lalu bersumpah untuk memotong tiga 
bahagian anggotanya sendiri. Nabi Ibrahim bimbang kalau-kalau Sarah akan 
memotong hidung dan telinganya.
 
Lalu Baginda menyuruhnya melubangkan kedua-dua telinganya dan berkhatan (Ibnu 
al-Qayyim; ibid 131). Setelah itu amalan khitan menjadi sunnah bagi wanita 
Islam.
 
Khitan diamalkan juga pada zaman Firaun yang mana didapati mumi perempuan Mesir 
purba mengamalkannya. Begitu juga di negara lain di Afrika seperti di Ethopia 
dan Sudan. Khitan seterusnya diamalkan di merata dunia termasuk Malaysia. 
Sesetengah mereka menganggap amalan ini sebagai adat. Sesetengah yang lain pula 
menganggapnya sebagai tuntutan agama.
 
Ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan bagi wanita. Ada yang 
berpendapat hukumnya wajib, ada yang mengatakan sunat. Ada pula yang 
berpendapat khitan adalah satu kemuliaan saja kepada kaum wanita.
 
# Imam al-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad mewajibkan wanita 
berkhatan sama seperti lelaki (Ibnu Taimiyah; al-Fatawa al-Kubra 51-52). Pada 
mereka dirujukkan kepada hadis yang dijadikan hujjah bagi mewajibkan khitan ke 
atas lelaki.
 
Antara hadis itu adalah sabda Rasulullah SAW kepada seorang yang baru menganut 
Islam: “Cukurlah rambut ketika kafirmu dan berkhatanlah.”
 
Dalam riwayat lain yang disebut terdulu, Rasulullah bersabda: “Sesiapa (yang 
baru) memeluk Islam hendaklah dia dikhatankan meskipun sudah tua.” 
(Al-Syaukani;op.cit 1/136).
 
Kedua-dua hadis ini menunjukkan amalan khitan adalah wajib. Perintah wajib ini 
meliputi lelaki dan wanita. Ini didasarkan kepada keumuman daripada lafaz hadis 
berkenaan (al-Syaukani; ibid 1/134).
 
# Riwayat lain daripada Imam Ahmad pula menyatakan berkhatan wajib ke atas 
lelaki saja. Tidak diwajibkan ke atas perempuan. Ia adalah sunnah yang sangat 
dimuliakan. Pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama. Ia dirujukkan kepada 
hadis Rasulullah yang menyatakan khitan tidak wajib ke atas perempuan.
 
Antara lain Syadad bin Aus menyebutkan bahawa Rasulullah bersabda: “Khitan 
adalah sunnah untuk lelaki dan suatu penghormatan untuk wanita.” (Ahmad bin 
Hanbal; al-Musnad 6/433).
 
Ummu ‘Attiyah r.a. pula meriwayatkan bahawa Rasulullah memberitahu tukang 
khatan perempuan supaya jangan memotong terlalu dalam. Hal ini kerana yang 
demikian itu (memotong tidak terlalu dalam) adalah mahkota wanita dan sangat 
disukai oleh suami. (Abu Daud; al-Musnad 167).
 
Hadis di atas menunjukkan khitan bagi anak perempuan adalah sunat, bukan wajib. 
Khitan disyariatkan kepada lelaki dan perempuan sebagai satu perbezaan antara 
orang Islam dan kafir. Oleh kerana itulah orang yang baru memeluk Islam 
dikehendaki berkhatan, lelaki atau perempuan.
 
# Dr Yusuf Al Qaradhawi berpendapat persoalan khitan anak perempuan terserah 
kepada ibu bapa sama ada mahu melakukannya atau tidak. Bagi mereka yang 
beranggapan khitan anak perempuan ada kebaikannya, eloklah mengkhatankannya. 
Bagi mereka yang tidak mengkhatankannya pula, tidak berdosa kerana ada ulama 
yang berpendapat khitan bagi wanita hanya satu kemuliaan. Begitu pun, Dr Yusuf 
berpendapat mengkhatankan anak perempuan adalah lebih baik (Dr Yusuf Qaradhawi: 
al-Fatawa al-Mu’asirah 384).
 
# Imam al-Akbar Mahmud Syaltut berpendapat: Hukum khitan bagi lelaki dan 
perempuan bukan didasarkan kepada nas naqli, tetapi disandarkan kepada kaedah 
umum syariah iaitu ‘tidak harus menyeksa sesuatu yang hidup kecuali ada 
kemaslahatan’.
 
Khitan bagi lelaki ada maslahah yang perlu dijaga iaitu menghindarkan jangkitan 
kuman yang menyebabkan kanser zakar atau penyakit lain yang berbahaya. Tetapi, 
dalam persoalan khitan bagi kaum perempuan, tiada maslahah yang perlu dijaga.
 
Menurut beliau lemah atau kuat nafsu seseorang perempuan bergantung kepada 
pembinaan hormon dalam diri seseorang. Begitu juga berakhlak atau tidak 
seseorang bergantung kepada pendidikan agamanya, suasana masyarakat dan 
keprihatinan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.
 
Lemah atau kuat nafsu seseorang perempuan tiada hubung kait dengan khitan.
 
Oleh itu khitan bagi perempuan bukan kerana tuntutan syarak, akhlak dan 
kesihatan. Ia didasarkan kepada persoalan fitrah manusia semata-mata (Muhammad 
Syaltut; al-Fatawa 333-334).
 
Penulis berpendapat walaupun ulama berselisih pendapat mengenai hukum khitan 
wanita, eloklah kita mengamalkan khitan walaupun ia bukan wajib atau sunat. 
Paling kurang ia adalah fitrah insaniah yang seiring dengan tabiat dan fitrah 
Islam.
 
Selain itu, ia masih sunnah yang diamalkan pada zaman Rasulullah. Baginda 
pernah mengajarkannya kepada wanita pada zamannya. Kalau kita tidak 
mengamalkannya bererti kita mengetepikan salah satu daripada amalan wanita 
zaman Rasulullah. Di samping itu, masih ada hadis yang menjelaskan bahawa 
khitan itu satu kemuliaan kepada wanita. Mungkin setakat ini kita belum pasti 
apa maslahatnya. Banyak ibadat lain yang dilakukan tanpa kita ketahui maslahat 
dan hikmatnya.
 
DIJAWAB oleh Prof Madya Dr Anisah Abd Ghani, Ketua Jabatan di Akademi Islam 
Universiti Malaya. Jawapan dan persoalan boleh layari 
www.wanitajimceria.blogspot.com

Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

1 comment:

  1. Ulamak Majlis Fatwa Malaysia dah menetapkan WAJIB bagi pompuan bersunat.

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemotongan-genitalia-wanita-female-genital-mutilation

    Ramai ibu2 yg tak tau pasal sunat budak pompuan ni, sebab tu cara dokter sunatkan budak bukan nak mengawal nafsu tapi nak lebihkan rangsangan nafsu dgn sunat membuang kulop kelentit, bertambah kuat la nafsu budak2 pompuan skrg.

    Khitan bagi wanita dinamakan khafd iaitu merendahkan (Ibnu al-Qayyim: Tuhfatu al-Maudud 106) kerana bahagian yang dipotong itu merendahkan hujung kelentit.Daripada pengertian syarak itu, dapat disimpulkan bahawa khitan bagi perempuan adalah dengan “Memotong Sedikit Hujung Kelentit”. Bahagian yang wajib dipotong adalah hujungnya yang menonjol tinggi daripada faraj, bukan memotong semua sekali.

    http://gadisdanwanita.com/2011/02/perempuan-berkhatan-kurangkan-ransangan-seks/

    http://myibrah.com/hukum-khatan-wanita-bagaimana-rasulullah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...