Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Friday, January 15, 2010

Tips Majikan dan Pembantu Rumah- Bhg 2

Sambung lagi tips majikan dan pembantu rumah

Pembantu adalah asset anda. Uruskan mereka dengan baik dan kita memperolehi pelbagai manafaat daripadanya. Sekiranya kita tidak menguruskan dengan baik tidak mustahil kita akan kehilangannya.

Beristikarahkah semasa membuat pilihan sepertimana maksud al-Hadith. ”….Sesungguhnya tidak akan menyesal orang yang beristikarah….”.

Tiada beza darjat pembantu dan majikan. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. Semua ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Ianya mungkin adalah berdasarkan pengalaman atau pengamatan semata-mata. Majikanlah orang yang paling sesuai menilai bagaimana cara terbaik menangani pembantu rumah masing-masing.Wallahua’lam.

1) Awasi pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya pekerja kontrak. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujukan lelaki. Jangan mudah percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat.

2) Awasi jika ada sindiket yang mendekati pembantu menawarkan pendapatan yang lumayan, memujuk pembantu melarikan diri.

3) Jangan terlalu percaya kepada pernyataan pembantu rumah. Pembantu mungkin tidak bercakap benar demi menyembunyikan kesilapan dan kelemahan kerana mungkin takut kepada majikan.

4) Jangan menimbulkan kesangsian yang sembarangan kepada pembantu kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan untuk pembantu bertugas seterusnya. Sediakan bukti yang kukuh jika terdapat kes-kes kehilangan barang atau kes-kes lain.

5) Simpan passport dan buku bank pembantu ditempat yang selamat jangan sampai diambil oleh mereka. Passport jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes lari.

6) Majikan perlu membuka akaun bank, disarankan nama bersama majikan dan salah satu untuk transaksi. Tunjukkan resit kemasukan duit pada setiap bulan.

7) Jika pembantu menyatakan keinginan untuk pulang ke Indonesia kerana sebab-sebab yang dinyatakan, awasi, mungkin dia mempunyai masalah lain dengan majikan dan tidak akan kembali lagi.

8) Jika perlu pegang gaji pembantu sekitar 3 bulan gaji untuk mengelakkan kes-kes lari. Kadang-kadang pembantu memerlukan pinjaman daripada majikan untuk dihantar ke Indonesia, bersederhanalah dalam menghulurkan pinjaman tersebut.

9) Kebanyakan pembantu adalah daripada golongan miskin dan perantau mencari rezeki yang halal. Berlebih kuranglah dalam urusan kewangan dengan mereka, jangan terlalu berkira, semoga kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Anggap yang kita terlebih beri sebagai sedekah atau sebahagian zakat.

10) Pembantu anda adalah manusia yang unik sifat-sifat dan kebolehan masing-masing. Elakkan membanding-bandingkankan dengan pembantu sebelumnya atau pembantu orang lain yang lebih baik. Jangan terlalu memikirkan sikap buruk pembantu sebaliknya hargai sikap baik mereka dan manafaat yang kita perolehi. Terlalu memikirkan dan memperhatikan kelemahan tanpa memperbetulkannya hanya akan menambahkan masalah rumahtangga.

11) Pembantu biasanya adalah golongan yang kurang berpendidikan dan taraf sosio ekonominya rendah. Majikan harus faham keupayaan pembantu dan janganlah mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan pembantu. Tatacara bekerja disetiap rumah juga adalah berbeza. Ajari pembantu dengan jelas dan sabar. Kadang-kadang pembantu perlu diajar berulang-ulang tentang sesuatu perkara.

12) Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal seperti keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau adakah pintu atau pagar telah dikunci sebelum pergi tidur, penjagaan barangan elektrik dan aspek-aspek keselamatan lain.

13) Setengah pembantu kurang memahami bahasa Melayu terutama daripada Jawa. Kadang-kadang mereka kurang memahami arahan majikan dan istilah bahasa Malaysia tetapi takut untuk bertanya. Perkataan tuala=anduk, sudu=cedok, tembikai=semangka, handphone=hape, perempuan=cewek, lelaki=cowok, teman=pacar, nakal=jahat, tak bertimbangrasa=jahat. Berhati-hati menggunakan istilah sedekah=mengemis. Teliti semasa komunikasi bagi mengelakkan salah faham.

14) Ajari pembantu tentang budaya kita Malaysia dan fahami perbezaan budaya mereka. Pegangan agama mereka kadang-kadang lebih longgar. Seperti bersalaman lelaki dan perempuan amalan biasa di Indon sebagai tanda hormat. Tunjukkan cara berpakaian yang sopan dan beli pakaian yang sesuai untuk mereka jika perlu. Awasi jika ada pengamalan tahyul dan syirik atau merokok.

15) Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan barangan elektrik jika perlu. Setengah rumah pembantu di Indonesia tidak berelektrik. Awasi pintu kereta yang selalunya tidak bertutup rapat.

16) Jangan mendera secara fizikal,emosi atau mencabul, ia boleh memudaratkan majikan sekiranya laporan dibuat kepada konsulat atau polis.Penggunaan bahasa kesat dan ugutan oleh majikan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku.

17) Jangan terlalu memandang rendah kepada mereka kerana kita memerlukan khidmat mereka. Anggap mereka sebagai pembantu dan bukan orang suruhan. Jangan menghina atau memperli bangsa mereka dihadapan mereka kerana ini akan menimbulkan kebencian mereka kepada kita.

18) Jangan meninggalkan kotoran peribadi seperti tuala wanita yang sudah dipakai untuk diuruskan pembantu. Pembantu mungkin merasakan kehinaan.

19) Jika boleh ajak pembantu makan bersama kita. Ini boleh mengeratkan perhubungan dan mempastikan beliau tidak memasukkan ramuan tambahan berupa ubat pengasih atau ubat penunduk dalam makanan. Kepercayaan tahyul amat berleluasa di setengah kawasan di Indonesia.

20) Layan pembantu dengan baik seperti mana kita mahu majikan kita berlaku baik kepada kita. Keseronakan mereka bekerja dan berkhidmat dengan kita harus dipupuk supaya majikan dan pembantu sentiasa mempunyai hubungan yang baik ,balasannya kita akan rasa anak-anak dan hartabenda kita sentiasa selamat .

21) Pembantu mungkin terasa tersinggung dengan kata-kata kesat anak-anak kita walaupun masih kecil. Pembantu mungkin tidak berani menegur anak-anak sebaliknya memendam rasa. Tegur anak-anak jika perlu. Pembantu juga mempunyai hak perlindungan daripada majikan sepertimana anak-anak berhak mendapat perlindungan.

22) Barang berharga seperti barang kemas harus disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes kecurian. Jika pembantu hendak pulang anda boleh memeriksa beg pembantu dan barang simpanan kita sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu. Jangan terlalu percaya walaupun pada zahirnya pembantu nampak baik dan alim. Jangan pula terlalu mencurigai sehingga menimbulkan rasa tidak selesa bagi pembantu.

23) Kita tidak perlu menguji kejujuran pembantu, kebanyakan mereka adalah tidak jujur. Bayangkan mereka adalah daripada golongan bawahan dan anda perlu mengakui banyak kelemahan mereka. Namun kita tidak perlu risau akan sifat panjang tangan mereka selagi mereka masih berada di rumah kita. Namun kita perlu sentiasa mempastikan barang-barang berharga tersimpan baik. Kalau boleh jangan sampai mereka mengetahui tentang adanya barang kemas di rumah kita.

24) Majikan tidak digalakkan memberi pelepasan cuti pembantu dan bermalam ditempat lain. Rancang cuti bersama pembantu atau tinggalkan pembantu dirumah saudara terdekat jika perlu. Pergaulan pembantu yang luas biasanya mengundang masalah.

25) Pemberian hadiah adalah kaedah terbaik dalam memupuk kemesraan dan kasih-sayang antara seorang majikan dan pembantu. Lakukan yang anda fikirkan terbaik kerana pembantu adalah asset anda. Pemurahlah dengan orang yang sebenarnya banyak membantu kehidupan kita kerana mereka penjaga pada anak kita masa kita bekerja. Layani mereka sebagai seorang yang banyak berjasa kepada kita sekeluarga.

26) Elakkan pergaduhan dan pertengkaran yang berlanjutan dengan pembantu kerana ianya mengaibkan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa tersisih/tidak dihargai oleh majikan. Sebagai majikan gunalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan sebarang masalah.

27) Majikan harus tegas dalam hal yang perlu tetapi mesti menjadi majikan yang penyayang dan berhati mulia bagi menimbulkan seseronakkan bagi pembantu bekerja dalam tempoh kontrak kerana ia suatu jangkamasa yang agak lama.

28) Bayaran perubatan di hospital kerajaan untuk pekerja asing adalah tinggi. Untuk kes kematian bayaran menghantar jenazah disekitar RM6000 atau lebih. Mengambil insurans akan mengurangkan beban majikan. Bayaran insurans Takaful Nasional adalah RM60 setahun.

29) Pembantu adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Amat sukar untuk mencari pembantu yang sempurna. Pembantu muda mungkin senang mengikut arahan tetapi mungkin cepat terpengaruh dengan lelaki. Pembantu tua mungkin kurang terpengaruh dengan lelaki tetapi kadang-kadang sukar untuk memahami arahan.

30) Tidak perlu memarahi pembantu dalam soal yang kecil atau remeh walaupun besar pada pandangan kita. Tegur dengan berhikmah contohnya jika pembantu menggunakan telefon atau barangan tanpa kebenaran kita. Ada kemungkinan pembantu melarikan diri kerana merasa bersalah atau kesalahannya akan diketahui.

31) Jangan memandang ringan soal hak pembantu kerana mungkin pada pandangan pembantu adalah suatu yang besar. Contohnya masalah gaji tidak dibayar dengan penuh atau dipotong tanpa hak, barangan dirampas dan sebagainya, kerana dikhuatiri pembantu akan berdendam dan mengambil tindakan yang diluar dugaan.

32) Dapatkan penilaian pembantu terhadap kita dengan mendapatkan maklumbalas orang yang dekat dengan beliau contohnya pembantu rumah saudara kita. Jika pembantu mengatakan majikan kejam, mungkin kerana beliau merasa tertekan kerana selalu dimarahi. Jika mengatakan majikan pelit (kedekut) mungkin majikan terlalu berkira dengan pembantu. Jika mengatakan majikan tidak bagi cukup makan bermakna majikan tidak pernah menjaga hal ehwal makan minum mereka atau mereka merasa sukar untuk mendapat masa yang sesuai untuk makan.

33) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Pembantu merantatu ke sini kerana kesempitan dan keperitan hidup yang memaksa. Fahami masalah mereka dan kasihani golongan yang lemah, nescaya kita dirahmati Allah.

34) Berusahalah mendidik pembantu terutama tentang solat dan membaca al-Quran..Kebanyakan pembantu agak daif dalam hal ini. Paling tidak bersama-samalah membaca Quran dengan ahli keluarga pada setiap malam jumaat.

35) Tunjukkan kasih saying dan perihatin anda kepada pembantu seperti mereka sebahagian daripada keluarga kita. Ambil berat tentang kesihatan dan kebajikan mereka.

Ingatlah segala pemberian,layanan,tuturkata dan perbuatan baik kita terhadap pembantu takkan sia-sia dan pastinya akan mendapat ganjaran yang sawajarnya di akhirat nanti. Sebaliknya juga.Wallahua’lam.

Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

6 comments:

  1. Saya baca artikel anda lebih menempatkan diri sebagai seorangmalon dan indo..padahal di mata Allah swt..manusia itu sama di mata Allah..tidak ada orang malay ot indo..kaya or miskin..educated or uneducated..
    Bagaimana pembantu tidak kecewa dg perlakuan majikan yang mmperlalkukan mereka sprti yang anda paparkan di atas..sbg contoh : hak mereka berupa gaji ditahan selama tiga bulan untuk jaga2 biar mereka gk kabur..ya jelas lah spa yang bakalan gak kabur..hasil jerih payah gak dihargai..
    Trus engajak mereka makan bersama..jaga2 klu2 mereka memasukkan racun k makanan..picik sekali pernyataan anda ini.hai orang malaysia..kalian merasa lebig baik dari orang indonesia..selalu menghina tki yg kalian jg butuh jasanya..
    Kalian berlagak negara islam..pakai mengajarkan pembanu shlat dan alquran segala..iman dan taqwa tuhan lah yang lebtahu..
    Saya liat komunikasi kalian perlu dibenerin ini..liat aja PM kalian yg bahas ttg mh370..gak konsisten sekali omongannya..

    ReplyDelete
  2. "Pembanu adalah aset anda"..kalau cara berpikir seperti ini..gimana pembantu betah...kaya perusahaan capitalust bgt menilai orang..anggap lah pembanru irtu manusia..kenali..pahami..konunikasi yang baik..

    ReplyDelete
  3. saya perhatikan ada inkonsistensi dalam tips yg antum kemukakan diatas, daripada antum mendiskriditkan suatu golongan tertentu (baca:masyarakat negara tertentu) padahla nyata2 mereka merupakan saudara yang satu iman dengan antum, lebih baik antum kembali kepada sunnah nabi besar kita Muhammad SAW, bagaimana agar kita sebagai majikan dapat memuliakan seorang yang menurut antum hanya seorang "pembantu" : “Pembantu kalian adalah saudara kalian. Allah menjadikan mereka di bawah tanggung jawab kalian. Siapa saja yang saudaranya menjadi tanggung jawabnya, maka hendaknya dia memberi makan kepadanya seperti yang dia makan; memakai pakaian seperti yang dia pakai, dan tidak membebani mereka dengan beban yang tidak bisa mereka pikul. Jika kalian membebani mereka dengan pekerjaan, maka bantulah mereka.” (Ibn al-Hajar, Fath al-Bari, I/115). Islam telah mengangkat martabat mereka pada level saudara, sesuatu yang belum pernah ada dalam sejarah. jadi sebagai manusia yang beriman kepada Allah dan rasulnya haruslah berpegang teguh pada Alquran dan Hadist, dinyatakan dalam sabda Baginda SAW yang lain, “Allah berfirman: Tiga golongan yang akan Aku tuntut pada Hari Kiamat.. orang yang mengontrak (jasa) buruh, dia minta dipenuhi haknya, tetapi tidak mau memberikan upahnya.” (HR Bukhari).
    Majikan juga tidak boleh memaksa pembantunya untuk memikul beban kerja yang bisa merusak kesehatannya sehingga dia tidak bisa menunaikan kewajibannya. Nabi SAW pun berpesan kepada para majikan, “Beban yang kamu ringankan dari pembantumu kelak akan menjadi pahala bagimu dalam timbangan amal kebaikanmu.” (HR Ibn Hibban). Bahkan, Islam pun mengajarkan agar kita tetap hormat kepada pembantu, “Tidak ada sikap takabur (pada diri seseorang) yang makan bersama pembantunya.” (HR Bukhari). Nabi pun memberikan teladan nyata dalam hidup Baginda, “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul dengan tangan Baginda apapun, baik istri maupun pembantu Baginda..” (HR Muslim), demikian penuturan Aisyah. Saat Baginda SAW melihat Abu Mas’ud al-Anshari memukul budaknya, Baginda SAW pun menegurnya. Budak itu pun dimerdekakan seketika. Nabi agung itu pun berkomentar, “Kalau seandainya kamu tidak melakukannya, pasti kamu akan dilahap neraka.” (HR Muslim)

    Anas bin Malik, pembantu Nabi SAW menjadi saksi kemuliaan akhlak Baginda SAW kepada pembantunya. “Rasulullah adalah orang yang akhlaknya paling mulia. Suatu ketika Baginda mengutusku untuk suatu keperluan. Aku berkata, ‘Demi Allah, saya tidak mau pergi – meski di dalam hatiku, saya akan berangkat memenuhi perintah Nabi kepadaku.’ Baginda bersabda, ‘Baik, kalau begitu saya akan keluar hingga saya melihat anak-anak yang bermain di pasar.’ Tiba-tiba, Rasulullah SAW memegang tengkukku dari belakang. Aku melihatnya, Baginda pun tertawa, dan bersabda, ‘Wahai Anas kecil, pergilah sebagaimana yang saya perintahkan kepadamu.’ Aku pun menjawab, ‘Baik. Saya akan berangkat ya Rasulullah.’ Anas pun berkata, ‘Demi Allah, aku telah membantu Baginda selama 7 atau 9 tahun. Aku tidak pernah tahu Baginda mengomentasi apapun yang aku lakukan, ‘Kenapa kamu melakukan ini, dan itu.’ Atau mengomentari apa yang aku tinggalkan, ‘Mengapa kamu tidak melakukan ini dan itu?’ (HR Muslim)

    ReplyDelete
  4. Bahkan, Nabi pun memperhatikan urusan pembantunya hingga urusan pribadinya. Dituturkan oleh Rabi’ah bin Ka’ab al-Aslami, “Aku pernah membantu Nabi SAW. Baginda bersabda kepadaku, ‘Wahai Rabi’ah, apakah kamu tidak ingin menikah?’ Aku menjawab, ‘Tidak, wahai Rasulullah. Saya tidak ingin menikah. Saya tidak mempunyai sesuatu untuk bisa menghidupi istri. Saya juga tidak ingin menyibukkan diri hingga melupakan Tuan.’ Baginda SAW bersabda, ‘Tinggalkanlah saya.’ Setelah itu, Baginda SAW pun mengulanginya lagi.’ Aku pun menjawabnya dengan jawaban yang sama. Hingga Baginda mananyakannya yang ketiga, aku pun menjawabnya, ‘Tentu, ya Rasulullah. Perintahkanlah apa yang Tuan kehendaki, atau Tuan inginkan.’ Baginda pun bersabda, ‘Berangkatlah ke keluarga si Fulan di sebuah perkampungan kaum Anshar.” (HR Ahmad dan al-Hakim)

    Bahkan, akhlak mulia ini tidak hanya ditujukan kepada pembantu Muslim, karena Baginda SAW pun memperlakukan pembantu non-Muslim juga sama-sama baiknya, sebagaimana yang Baginda SAW tunjukkan terhadap pembantu Baginda yang beragama Yahudi. Tatkala dia sakit, Baginda SAW pun menjenguknya. Saat menjelang ajalnya, Nabi pun menginginkannya mengucapkan dua kalimah syahadat, anak Yahudi itu pun melihat ayahnya. Ayahnya pun memerintahkannya, “Ikutilah perintah Abu Qasim (Nabi SAW).” Dia pun akhirnya masuk Islam, mengucapkan dua kalimah syahadat, dan akhirnya meninggal dengan khusnul khatimah. Nabi SAW pun terharu seraya bersabda, “Segala puji hanya milik Allah, Dzat yang telah menyelamatkannya dari neraka.” (HR al-Bukhari)

    Begitulah akhlak mulia yang diajarkan oleh Islam terhadap pembantu. Tidak hanya itu, Islam pun menetapkan sanksi yang tegas kepada para majikan yang bersikap kasar kepada pembantunya, yaitu seketika dilarang untuk darinya, dan kepadanya dikenakan sanksi yang tegas.

    Jika begini adanya perintah Allah dan Rasul,,haruskah kita menjadi makhluk yang ingkar tapi katanya beriman??

    ReplyDelete
  5. Saya setuju sepenuhnya dengan yang saudara binhuk rokum utarakan..memang sebaiknya manusia diperlakukan selayaknya manusia..apalagi sesama sauda muslim..

    Saya harap saudara rohana lebih menghargai pembantu nya..

    ReplyDelete
  6. Kalau dah 2 orang pembantu rumah lari, kita habis duit. Siapa nak ganti? Kita layan sebaiknya, langkah pencegahan awal2 tu kena la buat, kejadian lari ni dah biasa

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...