Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Monday, January 18, 2010

Prosedur mengambil pembantu rumah tanpa ejen

Maid saya sekarang ni adalah adik ipar kepada maid yang dulu. Kat sini saya list cara2 saya urus maid sendiri. Boleh jimat banyak gak. Semua urusan kat Indon ,saya mintak tolong sedara dia tolong uruskan tapi saya bayar semua kosnya. Kos urusan + upah kat sedara dia tu, habislah dlm RM2,500 (lupa dah exactly kos).

1. Kenalpasti maid baru itu.
2. Saya mengupah sedara maid lama saya untuk uruskan buat passport dan medical check-up kat sana. Medical check up tu kena buat kat kedutaan Malaysia.
3. Diorang kena poskan salinan passport + satu salinan medical check-up untuk urusan Calling Visa kat Imigresen disini.
4. Untuk dapatkan Calling Visa ni, kena buat bayaran levi sebanyak RM430 (tahun lepas).
5. Bila dah dah dapat Calling Visa, kita kena poskan surat asal kelulusan beserta salinan resit bayaran levi kat Indon.
6. Diorang kena submitkan borang diatas (5) kat Kedutaan malaysia untuk dapatkan Visa Maid tu.
7.Lepas dapat Visa tu, baru boleh datang ke Malaysia.
8. Kita(majikan) kena jemput maid kat airport/pelabuhan (kena bawak surat kelulusan, salinan pasport, surat medical, resit bayaran levi utk ditunjukkan kepada pihak immegresen utk clearkan kemasukan maid.
9. Selepas maid datang, dalam masa sebulan, kita kena buat FOMEMA (medical check up kat sini). Bayarannya RM190. Bila FOMEMA lulus, kena pergi lagi kat Imigresen untuk dapat permit kerja. Kalau tak lulus disebabkan maid berpenyakit, maka kena hantar maid tu balik. Pada tahap ni barulah selesai proses pengambilan pembantu rumah.

Pada pendapat saya, urus sendiri maid ni ok jugak sbb maid lama saya dah cerita sikit pasal personaliti maid baru ni. Lagipun, maid baru ni datang sbb nak bayar yuran anaknya ke Universiti.


Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

25 comments:

  1. adik sy mmg ssh mk cari maid.. takut bik dr agen.. mahal tu satu.. nnti dia lari haru jadinya

    ReplyDelete
  2. salam kenal..
    saya pun urus jamin pasport main sendiri, tapi semua buat kat malaysia je...
    agaknya belanja saya tak kurang rm1800...
    tapi kerja x smpai setahun, lari.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..boleh bg details x mcm mna nak urus? ni nombor saya 0198124653..

      Delete
  3. maid lari tu sbb maid tu ada problem kot

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing.. teringin gak nak amik maid tapi x mampu nak bayar mahal sgt pada agent... mungkin buleh guna cara ni.. :D

    ReplyDelete
  5. jo kita exchange blog bole? saya dah add rohana nyer blog dlm list... ;)

    ReplyDelete
  6. Boleh tolong rekomen maid yg nak keje ker...

    ReplyDelete
  7. Norin,saya bukan ejen maid. Saya dapat maid dari rekemen maid lama. Boleh cari ejen maid ye..

    ReplyDelete
  8. salam rohana, need ur advise bleh?sy juga berhasrat nak ambil maid sendiri tanpa ejen.maid dh jumpa dia adalah cleaner di ofis sy. dia tak terikat dgn mane2 ejen dan 2bulan lagi kontrak keje dgn company (cleaning service) tu tamat dan sy igt nak ambil dia sebagai maid sy.sy nk tny kalau dia mmg dah bekerja disini, ape lg prosedur yg sy perlu buat ye...

    ReplyDelete
  9. Shila, pendapat saya, kita kena ambik permit kerja untuk maid tu sbb permit kerja untuk maid dan kerja lain adalah berbeza. So, dia kena tukar majikan. Boleh mintak advise dari Imigresen. Saya rasa since dia dah ada visa, dia boleh terus kerja dgn Sila..

    ReplyDelete
  10. owh...kena tukar permit kerja kpd pembantu rumah pny la...ok,thanx rohana

    ReplyDelete
  11. salam rohana.
    saya pun tgh dalam progress dptkan maid indon.tanpa agent yg sah. just org tengah ni willing nak tolong. cost all in dalam 5k. gurantee mmg takde, tp thru best friend sedara, mmg kita percaya la kut.tp masalh nya bayaran 5k tu bila perlu saya bayar? masa maid tu dah sampai kat airport ke? coz die mintak bank in dulu. lepas 3 minggu gitu die kata maid akan sampai...need advice.since ni atas rekemen sedara, mcm kena jaga hati juga le.tp at the same time, nak precautious juga.5k tu...bnayak...huhuuu

    ReplyDelete
  12. 5k tu banyak..macam thru agent je. Maid tu dari mana? Dari pengalaman saya, kalau ambik sendiri, mesti < RM3k. Itu pun saya bagi upah kat sedara maid saya. Advice saya, puan perlu cakap sendiri dgn maid yg nak datang tu..so, possible kena tipu tu tak de. Then, kena tanya dia tujuan datang kerja kat sini.Sbb dari pengalaman saya, kalau datang tanpa tujuan, sekejap dia boleh buat helah nak balik..

    ReplyDelete
  13. Thanks sis coz kongsi info ini. saya pon baru je cadang nak ambil maid dan nak uruskan sendiri, terjumpa blog ni dan sangat berterima kasih. saya masih mengkaji, mungkin akan ambil untuk tahun hadapan, utk jaga baby new born. syarat ambil pembantu rumah pon dah 30. fuh!

    ReplyDelete
  14. salam perkenalan,
    saya sedang dalam proses mengambil maid. nak mintak pendapat awak antara maid dari sumatera dan maid dari jawa mana yang ok. saya tengah study culture dua kepulauan ni.

    ReplyDelete
  15. kalu saya amik maid yg mmg dah ada kat malaysia tapi still pki pas pelancong mcm nk dptkan permit yer?saya perlu berurusan di malaysia atau perlu dari indonesia jugak??

    ReplyDelete
  16. salam perkenalan
    saya pun dlm proses nak mengambil maid sendiri..cuma nak tahu proses pengambilan dari negara jiran.boleh ke pakai passport pelancong dari sana dan dari segi medical check up mereka di sana macamana..ade sesiapa boleh membantu..
    terima kasih

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum... saya pun ambil sendiri. Kos keseluruhan termasuk permit dia kat sini, ada la dalam RM3,500. RM2,500 bayar kat org sana yg tolong urus. Dalam hal nie, kena cari orang yg betul2 boleh di percayai lah.

    ReplyDelete
  18. Kak Rohana, Selamat Hari Raya. tma kasih sharing informasi yg sgt berguna. Saya bercadang nak ambik maid jugak. Tapi perlu recommendation. boleh mintak Maid kak tu perkenalkan? Keluarga kami vegetarian dan agama buddhist. tak makan apa2 makanan yg bernyawa. ader tak kenalan yg bukan Islam? terima kasih byk2 :)

    ReplyDelete
  19. saya juga ada maid indon ambil guna ejen kena 7500 lepas tu ejen melesapkan diri tak buat permit kerja shukorlah ada program 6p kalau tak pengsan juga. for everybodys information ejen terdiri dari 3 orang leleki bernama roni ,nasaruddin dan malek. non of them could be contacted sedih kan my story.

    ReplyDelete
  20. Salam kak rohana...

    Saya nak tnya ni... Ada sorg pekerja asing, perempuan, Muslim, umur 22 tahun, dari lombok. Dia bekerja sbg cleaner di sbuah hotel murah dgn majiknnya yg berbangsa cina. dah hampir 3 bulan dia kerja.

    Dari segi kerja... tiada masalah... semua di boleh buat.
    Yang jadi masalah bagi dia... kebajikannya tak terjaga.
    Dia tak dibenarkan solat.... Dia curi2 solat tanpa pengetahuan majikannya.
    Anjing peliharan majikan sentiasa berkeliaran di sekitar penginapannya.
    Yang lebih dashsyat... hampir setiap hari dia terpaksa makan makanan yg bercampur daging babi kerana dia tidak dibenarkn jeluar utk membeli makanan.

    Dia telah mengadu pada agen tapi agen marah dia balik.

    Baru2 ni agen telah serahkan passport ke tangan dia sendiri.... kalu dia nekad melarikan diri.
    Skrg.... dia sedang mencari pekerjaan baru.....

    Bagaikah caranya untuk membantu dia supaya dia dapat bekerja semula dengan cara yang sah mengikut undang2?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila hubungi sy En Joo.Saya tengah nak cr maid nie.email sy easacatc@gmail.com

      Delete
    2. salam joo. boleh contact sy tak.. kebetulan sy mmg nak pakai maid muslim dan solat.. email sy di balqisnordin84@gmail.com

      Delete
  21. Salam Puan Rohana.
    Saya ada lagi tak contact person orang yang nak keja maid. Sebab maid saya baru balik indon nk kawin. so nk kna cari maid ganti. Sebab nak Cari through ejen mahal sangat.

    ReplyDelete
  22. boleh bg tau kalau ada maid ready nak kerja terus di melaka..syed 016-6691380

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...