Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Tuesday, January 12, 2010

Pokok Celaka ??

Namanya agak pelik, tetapi ramai yang tidak tahu ia ialah sejenis tumbuhan liar yang dipercayai boleh dijadikan ubat untuk wanita menjarakkan kehamilan.
Rahsia mengenai pokok yang banyak tumbuh di hutan Terengganu terutama di daerah Kemaman itu didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said semalam.
Menurutnya, walaupun nama pokok itu 'celaka' namun menurut orang tua ia amat mujarab dan diakui oleh ramai wanita mampu menjarakkan kelahiran anak.
"Oleh itu, para penyelidik dan saintis dari institusi pengajian tinggi awam di negeri ini diminta menjalankan penyelidikan bagi memastikan khasiat sebenarnya.
"Kerajaan negeri sedia membiayai kos penyelidikan kerana pokok ini jika terbukti mujarab bakal mengubah wajah negeri Terengganu sebagai sebuah pusat pengeluar ubatan tradisional utama," katanya di sini semalam.

Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

1 comment:

  1. Saya sendiri pun belum mengenalinya tetapi pernah mendengar nama pokok ini. Sekadar untuk berkongsi ilmu dan panduan dalam kehidupan. Kakak saya telah diberi air rebusan daun pokok celaka ini selepas melahirkan anak yang pertamanya oleh nenek saya dengan tujuan menjarangkan kelahiran (minum masa itu sahaja). Mungkin kerana daun dalam rebusannya terlampau banyak sehingga kini kakak saya hanya mempunyai seorang anak sahaja. Walau beberapa kali mengandung tapi keguguran. Nasihat saya kalau ingin menggunakan kaedah ini jangan di ambil dalam kuantiti yg banyak sebab dengar cerita sehelai daunnya mampu menghalang kelahiran untuk beberapa tahun. Allahhuallam.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...