Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Sunday, May 27, 2012

Pengalaman a mengurangkan kolestrol



Salam semua,

Dah lama dah tulis entri..bukan sibuk apa pun, rasa malas tu lebih skit.

Kali ni saya nak share pengalaman kawan pasal kolestrol. Baru2 ni kat tempat kerja saya ada dibuat Blood test..bila tanya kawan2, rata ramai yg kolestrol tinggi. Saya pun tergolong dlm kategor kolestrol tinggi.

Ok lah, cerita pengalaman kawan sy ni. Last year kolestrol dia ~ 6.5 dan dia ada darah tinggi. Dlm 6 bulan lepas, apa yg dia practice, bila makan, dia hanya ambik nasi separuh dari biasa. Ambik lauk dan sayur spt biasa, tapi yg lainnya, dia sudah tak ambik kuah. Apa2 lauk pun, dia hanya ambik ikan atau ayam saja, tak ambik kuahnya. Breakfast pulak, dia amalkan bila makan capati ke, tosai ke, dia pun tak ambik kuah. Dia kurangkan makan nasi lemak atau roti canai yg terkenal tinggi kandungan lemaknya.
Bila ditanya adakah dia buat senaman, katanya dia hanya amalkan kalau pergi mana2 tempat yg dekat spt kedai, dia akan cuba berjalan kaki. Kalu dulu sikit2, naik kereta.

So, kali ni bila dia buat blood test, dia pun terkejut, dia dah berjaya mengurangkan kolestrol dari 6.5 kepada 4.5..

So, saya rasa kita pun boleh amalkan cara pemakanan dia. Sama2lah kita mencuba mengurangkan kolestrol

Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

1 comment:

  1. artikel yg baik.semoga ini menjadi ilmu yg boleh dimanfaatkan dan memberikan pahala kepada tuan punya web.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...