Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Sunday, August 7, 2011

Kek Cheese Kukus



Rasanya belum terlambat mengucapkan Selamat Berpuasa untuk pengunjung 2 blog yg tak seberapa ni.
Puasa tahun ni agak mencabar sikit bagi saya sbb maid dah tak ada dan baru berpindah ke tempat yg agak jauh dari tempat kerja. Hari2 kelam kabut sikit , nak pick up anak2 kat sekolah,dan prepare juadah berbukak puasa untuk kami sekeluarga. Hari kerja, saya beli je kuih2 dan sedikit lauk kat Kantin.

Hari ni agak rajin sikit buat Cheese Cake , atas permintaan Along. Dah lama beli Cheese Cream n Whipping Cream. Hari ni baru terasa nak buat.
Bila dah siap, kesian kat budak2 ni tak boleh rasa sbb puasa.. sabar ye...

Resipi :
Sumber: Dah lupa ambik source mana, kalau tak silap dari Resipi.com
Ni second time buat. Bahan2 nya simple aje.

Bahan2:
1. 3 biji telur.
2. 100g gula
3. 50g tepung
4. 250g Cheese cake
5. 125ml whipping cream
6. Essence vanilla

Cara2:
1. Pukul putih telur dan 1/2 gula sehingga setengah kental.
2. Putar Cheese cream dan 1/2 gula sehingga hancur.
3.masukkan telur kuning, whipping cream, tepung n essence vanilla.
4. Tuang adunan putih telur.
5. Sapu acuan dgn mentega.
6. Kukus selama ~ 45 min.


Brand Cheese Cream dan Whipping Cream yg saya guna..

Selamat mencuba..

Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...