Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Sunday, April 17, 2011

Lagu Warisan -Anak kecil main api

Teringat lagu Warisan ni. Dulu selalu menyanyi kat MRSM. Lagu ni pada asasnya untuk menaikkan semangat Melayu untuk bangkit berusaha..

Kat sini ada lirik nya:

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Related Posts by Categories



Widget by Scrapur

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...