Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Sunday, July 17, 2011

Luminarc Casserole 1.0 dan 1.5 L




Weekend yg lepas, saya baru je tukarkan 10 stamp Parkson shopping voucher (1 stamp = belian RM30) kepada casserole 1.0 dan 1.5L. Harga promosi Luminarc Casserole ni untuk 1.0L ialah RM39 (harga asal RM149) dan 1.5L ialah RM69 (haraga asal RM169). Memang berbaloi dgn harga promotion ni. Saya memang peminat Casserole ni. Kat rumah dah ada Corning Ware dan Vision, tapi saja tambahkan koleksi..


Monday, July 11, 2011

Mee mamak simple


Mee mamak terkenal di Penang especially di restoran nasi kandar. Tapi resipi ni, saya ambik dari adik saya, entah dia ambik dari mamak mana???

Resipi ni sama je macam goreng mee biasa (semua dah tahu kan) tapi cuma di tambah dgn ubi kentang (di potong dadu) dan tauhu (di potong kecil n panjang). Sayur nya biasa diletak taugeh dan sawi tapi saya tak letak sbb anak2 tak suka. Mee mamak diatas saya cuma masukkan ayam n udang. Saya masukkan juga 2 biji telur. Mee mamak ni kena goreng sampai kering sedikit.
Sedap dimakan dgn diperah sedkit asam limau nipis.



Sunday, July 3, 2011

Khasiat Pisang

Salam semua,

Dah lama tak update blog ni. Hari ni sy nak share info Khasiat Pisang.


Khasiat pisang


Pisang bantu elak morning sickness


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pokok pisang yang tergolong dalam keluarga Musaceae ini sememangnya ditanam untuk buahnya yang dijadikan makanan. Selain itu, pokok pisang juga ditanam untuk penghasilan serat untuk digunakan dalam industri tekstil dan juga tujuan hiasan.

Pada mulanya, pokok pisang merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara. Kini ia telah dikomersialkan kerana ia mudah untuk ditanam. Ði Malaysia, kultivar seperti pisang emas, berangan, Cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Manakala kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.

pokok pisang hijau


pokok pisang merah


Terdapat beberapa jenis pisang yang terdapat di pasaran di seluruh dunia. Jenis yang biasa ditemui adalah pisang berwarna kuning. Jenis yang lain pula adalah seperti pisang merah iaitu pisang yang mempunyai kulit berwarna hijau merah dan buah berwarna merah jambu. Rasanya amat manis seperti pisang kuning. Semakin merah buahnya, semakin banyak kandungan karotenanya. Malah ada yang berpendapat pisang merah ini lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan pisang kuning.

Pisang daripada jenis ‘apple’ adalah lebih kecil dan berukuran kira-kira 8 hingga 10 sentimeter. Buah jenis inilebih cepat matang dan ia berwarna kuning. Pisang daripada jenis ‘baby’ pula adalah jenis yang kecil dan berukuran kira-kira 6 hingga 8 sentimeter. Isinya berwarna kuning dan dikatakan jenis yang paling manis dalam keluarga pisang.

pisang hijau / kuning



pisang merah dari sumber irl-lis


pisang merah


Buah pisang yang berwarna kuning banyak dimakan oleh penggemar pisang. Ia adalah cantuman antara pokok pisang hijau dan merah daripada spesies Musa acuminate atau hibrid Musa x paradisiacal.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa pisang mempunyai khasiat dan kebaikan kepada kesihatan manusia. Pisang mengandungi gula sperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandunga serat yang terdapat di dalamnya juga telah menjadikan pisangn amat ideal sebagai sumber tenaga segera. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.

Pisang mampu buat anda gembira

Buah pisang mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Ðengan memakan pisang dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.

Buah pisang juga amat tinggi kandungan unsur besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah unsur besi dalam tubuh.

Melegakan sembelit

Berikutan dengan kandungan serat yang terdapat di dalam buah pisang , ia dikatakan mampu membantu mengembalikan semula fungsi usus kepada keadaan normal. Pisang juga turut mengandungi kalium (potassium) yang tinggi serta pektin (serat mudah larut) yang dikatakan mampu membantu menormalkan pergerakan melalui saluran pencernaan. Mereka yang sering mengalami masalah sembelit boleh memakan pisang untuk memudahkan proses pencernaan.

Kajian yang telah diterbitkan dalam Arkib Ophthalmology telah membuktikan bahawa orang dewasa yang mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan buah sehari mampu mengurangkan risiko (kira-kira 36%) pembentukan kemerosotan makular berkaitan dengan usia (ARMÐ) yang juga merupakan penyebab kehilangan penglihatan pada orang dewasa.

Menguatkan tulang


Buah pisang juga kaya dengan sumber fruktooligosakarid, iaitu sejenis sebatian yang memberi khasiat bakteria probiotik dalam usus besar. Bakteria baik ini menghasilkan enzim yang meningkatkan kebolehan pencernaan dan melindungi diri daripada jangkitan bakteria tidak sihat. Bakteria probiotik ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap kalsium. Ini juga bermakna pisang berguna untuk menguatkan tulang manusia.

Mengurangkan risiko pembentukan penyakit

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam International Journal of Cancer, telah menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya pisang, setiap hari mampu melindungi kesihatan buah pinggang.

Wanita yang memakan buah pisang sebanyak empat hingga enam kali seminggu dikatakan mengurangkan risiko pembentukan penyakit jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memakan buah ini. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya pisang, kubis dan sayuran berubi mampu mengurangkan risiko kanser buah pinggang. Ini adalah disebabkan pisang dan kebanyakan sayuran berubi mengandungi sejumlah tinggi sebatian fenolik antioksidan.

Melegakan pedih ulu hati dan ‘morning sickness’


Pisang juga mempunyai kesan antiasid semulajadi kepada tubuh. Oleh itu, jika anda menderita masalah pedih ulu hati, cubalah memakan pisang untuk melegakannya. Bagi ibu hamil pula, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah ‘morning sickness’.

Buah pisang juga mampu membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ini adalah kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B12, kalium dan magnesium yang mampu membantu tubuh sembuh daripada kesan penarikan nikotin.

Merangsang otak

Pisang membantu merangsang fungsi otak yang disebabkan oleh potassium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potassium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.

Penampilan menawan

Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah pisang, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...