Klik DapatWang $ Nuffnang kat sini sebagai sokongan kepada saya.Terimakasih...

Friday, January 29, 2010

Tahukah anda khasiat telur ayam??

See full size image

Hari ni saya saya ingin kongsikan pasal telur. Telur dan bilis dah sinonim dgn nasi lemak. Ramai orang kata jangan makan telur sebab kolestrol yg tinggi. Betul ke?

Telur ayam adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet manusia di seluruh dunia. Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan dan ubat bagi berbilang bangsa di negara kita ini. Telur disediakan untuk hidangan dalam berbagai gaya – separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya. Semuanya sedap belaka. Di Malaysia, telur ayam merupakan 28.8% daripada jumlah sumbangan pengeluaran ternakan. Penggunaan (consumption) telur per kapita bagi tahun 1985 ialah 222 biji telur ayam dan 7.5 biji telur itik.

Banyak pula penawar atau ubat tradisional bagi berbagai penyakit yang menggunakan telur ayam. Telur ayam kampung amat tinggi permintaannya kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil dari pemakanan yang asli dan organik, iaitu bebas dari bahan kimia. Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10% cangkerang, 30% kuning telur dan 60% albumen (mengikut berat). Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza di antara satu dengan lain, kecuali kandungn kolestrol telur itik adalah tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 mg bagi setiap gram kuning telur. Kandungan telur kaya dengan protein, vitamin dan lemak yang mudah dihadam. Telur juga merupakan punca mineral perlu dan mengandungi kalori yang rendah. Nilai pemakanan telur tidak bergantung kepada warna cangkerangnya.

Pernahkah kita terfikir, bagaimana sebiji telur ayam yang kecil itu mampu menghasilkan seekor anak ayam yang sempurna? Anak ayam ini semasa di dalam kulit telurnya tidak mendapat makanan dari luar. Sebaliknya ia memperolehi bahan-bahan makanan yang seimbang dan mencukupi hanya dari dalamnya sahaja. Ini bermakna, bahan-bahan yang terkandung di dalam sebiji telur ayam itu sudah cukup lengkap untuk membentuk seekor anak ayam yang sihat.

Apakah yang terkandung di dalam sebiji telur ayam ini sehingga mampu membekalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk hidup di dalam kulitnya selama lebih kurang 21 hari? Secara zahirnya, telur terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian putih (albumin) dan kuning (egg yolk).

Bahagian putih ini mengandungi protein-albumin dan tidak mengandungi vitamin larut lemak. Apa yang agak unik ialah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil ‘avidin’, iaitu sejenis bahan antibiotic semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur itu. Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting. Di antaranya ialah 67 mg sulfur atau 8% daripada keperluan kita seharian. Jumlah ini bukan mudah untuk kita perolehi dalam lain-lain makanan.

Sebiji telur juga mengandungi :
  • 0.7 mg zink
  • 1.2 mg besi
  • 5.5 mg magnesium
  • 16 mg inositol
  • 27 mg kalsium
  • 76 mg potassium
  • 253 mg choline
  • 100 mg fosforus
  • 590 unit vitamin A
Selain daripada yang disebutkan di atas, telur juga mengandungi :
  • lecithin,
  • tryptophan,
  • pyridoxine (B6),
  • biotin,
  • asid folik,
  • riboflavin (B2),
  • thiamin (B1),
  • asid pantotenik (B5),
  • selenium,
  • asid amino,
  • methionin
  • cystin.

Khasiat mencukupi

Telur ayam adalah satu-satunya makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, whey dan soya.
Sebab inilah, telur boleh dianggap sebagai makanan yang ideal untuk setiap orang. Sumber-sumber proteinnya mencukupi dan nisbah sumber-sumber galiannya juga telah cukup sempurna untuk tumbesaran.

Kita sering mendengar tentang hubungan kolesterol jahat dengan telur. Adalah diakui bahawa kandungan kolesterol di dalam sebiji telur sangat tinggi, iaitu 275 mg. Tubuh badan kita memerlukan kira-kira 800 mg kolesterol sehari. Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolesetrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung.

Seseorang yang tidak memakan telur atau daging mungkin akan mengambil kira-kira 200 mg kolesterol sehari. Jika dia mengambil susu skim dan Margerin sayuran, jumlah pengambilan kolesterolnya rendah, iaitu antara 100-150 mg sehari. Jumlah kandungan kolesterol dalam telur belum dapat dibuktikan lagi mudaratnya. Tambahan pula, badan manusia akan membina kolesterol ini lebih kurang 1-2 mg sehari (kira-kira 4-8 biji telur). Semestinya, kolesterol (jika tidak diambil berlebihan) bukanlah bahan yang perlu ditakuti, tetapi sebagai sumber yang perlu untuk pertumbuhan badan dan membantu mengukuhkan lagi sistem ketahanan badan.

Makan telur semata-mata tidak akan menyebabkan kita sakit jantung tetapi kemungkinan besarnya adalah disebabkan oleh diet yang tidak seimbang atau tidak ketentuan kandungan dan masanya. Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur.

Zat-zat makanan seperti vitamin C, niasin, magnesium, zink, kromium, lecithin dan beberapa faktor lain seperti karbohidrat serta senaman yang kerap boleh mengekalkan tahap kolesterol pada kadar yang seimbang dengan menggunakan badan dan mengelakkan daripada penyakit atherosclerosis, di mana pembuluh darah tersumbat dan menimbulkan berbagai kesulitan.

Tahap kolesterol dalam darah menjadi tinggi mungkin disebabkan oleh diet yang kebanyakkannya terdiri dari makanan ringan yang telah diproses (refined junk food). Dari beberapa kes klinikal, didapati pesakit-pesakit ‘rheumatoid arthritis’ memerlukan dua biji telur sehari dan kebiasanya, pesakit-pesakit ini tidak suka makan telur. Mereka yang menghidap ‘hypoglecemia’ pula memerlukan lebih banyak telur sebagai pengalas perut.

Choline di dalam kuning telur juga diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak! Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.

Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah. Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur juga menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.

Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati :
  • Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini.
  • Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44%!

Tenaga tambahan

Bagi pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, terlebih dahulu harus diuji untuk mengetahui kandungan zink di dalam badan, lebihan kuprum dan spectrum lipid dalam darahnya. Pesakit ini adalah dinasihatkan supaya mengambil diet makanan yang bersesuaian. Orang yang tidak makan telur juga mungkin masih menghadapi masalah kolesterol kerana kolesterol masih boleh terbina dalam arterinya.

Oleh itu, makanlah sebiji atau dua biji telur sehari, sebagai sumber makanan yang seimbang dan murah, kecuali mereka yang menghadapi penyakit jantung yang berisiko tinggi. Selangkan 2-3 hari mengikut Menu Pusingan. Bagi mereka yang hanya makan sayur (vegetarian), telur merupakan sumber bagi vitamin B12 yang hanya boleh didapati daripada haiwan sahaja.

Bayi yang berumur 6 bulan juga boleh memperoleh dos zat besi dan sulfur daripada telur. Bayi memerlukan bahan-bahan ini kerana kandungan pada susu adalah sedikit. Walau bagaimanapun, terdapat bayi yang kurang 12 bulan mengalami alahan telur. Ibu-ibu boleh berikan sedikit telur sahaja kepada bayi untuk melihat sama ada bayi mempunyai alahan atau tidak. Sekiranya bayi/anak anda ada alahan telur:-
  • Elakkan memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (walaupun kandungan telur adalah sedikit tetapi boleh menyebabkan reaksi yang teruk)
  • Baca dengan teliti label makanan dan elakkan yang ada telur
  • Rancang langkah kecemasan sekiranya mengalami reaksi alahan
  • Bawa bersama ubat ‘EpiPen’ ke mana-mana, jika ada
  • Pakaikan gelang yang ada ‘medi alert’ di pergelangan tangan anak
  • Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak
  • Minta nasihat doctor mengenai reaksi alahan apabila menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella).

Telur tidak boleh disimpan lama atau disimpan di tempat yang panas kerana sulfur yang terkandung di dalamnya akan menjadi rosak dan akhirnya busuk. Kita memerlukan sulfur dan bahan-bahan lain seperti selenium untuk membina kulit, rambut, kuku dan juga membina asid-asid amino dalam sel-sel otak dan untuk membina unsur-unsur garam sulfuric dalam sendi-sendi tulang.

Telur boleh dimakan semasa sarapan pagi dalam bentuk separa masak. Jika direbus keras, lechitin akan rosak. Menggoreng telur pula akan meningkatkan kalorinya dan merosakkan lecithin. Walau bagaimanapun, memakan telur masih merupakan satu cara yang baik dan murah untuk kita mendapatkan tenaga tambahan dan keupayaan berfikir. Demikianlah dalil-dalil yang menunjukkan tentang kebaikan telur. Ia merupakan anugerah Allah yang istimewa kepada manusia.

Renung-renungkan.

Wednesday, January 27, 2010

Tupperware: Stor and Pour


Saya ni member Tupperware tapi sbb nak beli untuk diri sendiri. Dari dulu, saya memang suka kumpul apa2 container baru dari Tupperware. Yang gambar ni , kalau tak silap namanya Stor n Pour. saya guna untuk letak kicap, ribena(yg belum di bancuh) etc. Saya ada 2 warna, kuning (3 biji) dan merah (2 biji)..

Kalau sape2 nak order pun boleh, saya bagi dgn harga dealer..tapi kena caj kos pos ye...



Sunday, January 24, 2010

Pemenang Idola Kecil jatuh kepada...

video

Ini anak bongsu saya , Aisyah..kalau dia dengar lagu atau tengok drama..dia boleh hafal lagu tu.. Kadang2, kita pun tak tau nama lagu..
Ini saya mempersembahkan lagu Jalur Gemilang Versi Aisyah, 3 tahun.

Klik Aisyah sebelum anda tinggalkan tatapan ini.

Friday, January 22, 2010

Tips tangani anak suka mengamuk

PERNAHKAH anda menjadi perhatian di pusat beli belah gara-gara kerenah si kecil yang tiba-tiba mengamuk? Dia menangis tanpa henti, menghentak-hentak kaki sehinggakan orang yang lalu lalang tersenyum sinis pada anda.

Salahkah kalau anda mencubitnya supaya dia diam? Atau menarik telinganya? Atau mungkin anda patut mendukungnya saja dan pulang terus ke rumah.

Kemarahan secara tiba-tiba ini disebut ‘
temper tantrum’ dan ia bukanlah kemestian pada setiap kanak-kanak. Namun, di kalangan sesetengah ibu bapa, sikap anak yang baran atau mudah marah memang memeningkan kepala. Lebih sukar lagi jika anak kecil ini tidak makan pujukan dan menangis lebih kuat apabila mereka tidak diendahkan.

Pakar sebuah pusat perubatan Amerika Syarikat, Dr Jay Hoecker menyifatkan
tantrum adalah satu proses tumbesaran yang normal. Ia juga bukan penyakit dan mulai hilang apabila usia kanak-kanak semakin meningkat.

“Apatah lagi jika anda dan dia sudah boleh berbual dan berkongsi pendapat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh. Sebenarnya, tantrum dilihat oleh kebanyakan pakar psikologi kanak-kanak sebagai luahan rasa kekecewaan seseorang kanak-kanak tidak kiralah sama ada ia dari sudut fizikal, mental atau emosi.

“Kekecewaan itu ada kalanya kerana kesukaran anda sebagai ibu bapa memahami kehendaknya disebabkan penguasaan perbendaharaan kata yang sedikit,” katanya yang menulis di Mayoclinic.com.

Tantrum dianggap normal kerana sebahagiannya berpunca daripada kegagalan anak kecil itu menguasai kemahiran asas. Misalnya, gagal membuka atau menutup butang baju. Ini disebabkan ada segelintir kanak-kanak memiliki kecenderungan untuk mudah marah berbanding kanak-kanak lain dan lazimnya faktor seperti letih, lapar atau tertekan menyebabkan mereka mengamuk.

Apabila usianya semakin bertambah, dia akan belajar menangani emosi yang mencetus kemarahan. Dia juga selalunya sudah mampu menguasai pertuturan dengan baik serta semakin berdikari.

Namun, dalam lingkungan usia dua hingga tiga tahun, anak kecil ini cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami. Membaling barang, menghentak-hentak kaki atau menjerit sekuat-kuat hati adalah cara meluahkan kekecewaan itu. Ada kala luahan kemarahan itu berlaku selama 20 saat atau mungkin hingga berjam-jam lamanya.

Dr Hoecker berkata, kanak-kanak mula memperlihatkan kemarahan (
tantrum) pada usia dua atau tiga tahun. Namun, ada juga kanak-kanak yang mula mempamerkan sikap tantrum pada usia yang lebih muda daripada itu. Apabila dia berusia empat atau lima tahun, dia masih mudah mudah tetapi apabila usia semakin meningkat, penguasaan bahasanya juga meningkat dan anda boleh mengajaknya berbual dan mudah bertolak ansur.

Tantrum ialah tingkah laku untuk menarik perhatian. Justeru, satu cara untuk meminimumkan tantrum si kecil anda adalah dengan tidak mempedulikannya. Selalunya, dia akan menjerit lebih kuat dan menarik perhatian. Jadi, ambil peluang itu untuk berbincang tentang sikapnya.

Apabila si kecil meradang, penting untuk anda bertenang dan mengawal kemarahan. Menjerit padanya atau memukul hanya akan memburukkan lagi keadaan. Selalunya, apa yang terbaik untuk anda dan si kecil yang mengamuk ialah suasana senyap tanpa anda mengalah dan tunduk padanya. Dia akan diam dengan sendiri apabila dia gagal menarik perhatian anda.

Jadi perlukah anda menghukumnya sebagai balasan ‘mengamuk’? Logiknya tentulah tidak. Walau sebesar mana pun kemarahan anda kepadanya, cara terbaik ialah mengingatkannya sikap itu tidak betul.

Justeru, mengelak kemarahan anak kecil itu adalah lebih baik. Mulakan dengan diri sendiri dengan memberi perhatian dan pujian padanya bagi membina keyakinan dirinya. Secara tidak langsung dia tahu anda menyayangi dan mengambil berat.

Perhatikan juga tanda-tanda yang boleh menyebabkannya marah dan cuba alihkan perhatiannya.

Beri sedikit kebebasan pada si kecil anda. Misalnya, jika memesan minuman tanya dia apakah air yang diinginkan, jus atau teh. Jika memintanya memberus gigi tanya padanya, hendak berus gigi sebelum atau selepas mandi?

Beri perhatian kepada permintaannya dan jika tidak boleh ditunaikan beritahu sebabnya. Sebagai ibu bapa anda lebih memahaminya, jadi jangan bawa dia membeli belah pada waktu tidur semata-mata hendak mengejar jualan murah.

Bagaimana jika dia tiba-tiba mengamuk walaupun anda sudah cuba sedaya upaya mengelak berlaku tantrum?

Jangan marah, sebaliknya cuba bertenang dan senyum.

Cuba fahami mengapa si kecil anda marah.

Alih perhatiannya.

Dakapnya, belai rambutnya dan tenangkan dia - mungkin kadang kala anak-anak akan terus menjerit, jadi tinggalkan dia sekejap. Jangan pedulikan dia dan lihat bagaimana reaksinya.

Wednesday, January 20, 2010

Cantik tak lukisan ni?


Ini adalah homework lukisan Along. Bagi saya, nampak cantik jugak untuk usianya. Dia pulun buat ni 2 malam.
Sajelah masukkan dlm blog, buat kenangan..

Monday, January 18, 2010

Prosedur mengambil pembantu rumah tanpa ejen

Maid saya sekarang ni adalah adik ipar kepada maid yang dulu. Kat sini saya list cara2 saya urus maid sendiri. Boleh jimat banyak gak. Semua urusan kat Indon ,saya mintak tolong sedara dia tolong uruskan tapi saya bayar semua kosnya. Kos urusan + upah kat sedara dia tu, habislah dlm RM2,500 (lupa dah exactly kos).

1. Kenalpasti maid baru itu.
2. Saya mengupah sedara maid lama saya untuk uruskan buat passport dan medical check-up kat sana. Medical check up tu kena buat kat kedutaan Malaysia.
3. Diorang kena poskan salinan passport + satu salinan medical check-up untuk urusan Calling Visa kat Imigresen disini.
4. Untuk dapatkan Calling Visa ni, kena buat bayaran levi sebanyak RM430 (tahun lepas).
5. Bila dah dah dapat Calling Visa, kita kena poskan surat asal kelulusan beserta salinan resit bayaran levi kat Indon.
6. Diorang kena submitkan borang diatas (5) kat Kedutaan malaysia untuk dapatkan Visa Maid tu.
7.Lepas dapat Visa tu, baru boleh datang ke Malaysia.
8. Kita(majikan) kena jemput maid kat airport/pelabuhan (kena bawak surat kelulusan, salinan pasport, surat medical, resit bayaran levi utk ditunjukkan kepada pihak immegresen utk clearkan kemasukan maid.
9. Selepas maid datang, dalam masa sebulan, kita kena buat FOMEMA (medical check up kat sini). Bayarannya RM190. Bila FOMEMA lulus, kena pergi lagi kat Imigresen untuk dapat permit kerja. Kalau tak lulus disebabkan maid berpenyakit, maka kena hantar maid tu balik. Pada tahap ni barulah selesai proses pengambilan pembantu rumah.

Pada pendapat saya, urus sendiri maid ni ok jugak sbb maid lama saya dah cerita sikit pasal personaliti maid baru ni. Lagipun, maid baru ni datang sbb nak bayar yuran anaknya ke Universiti.


Sunday, January 17, 2010

Tahukah anda kandungan gula dalam makanan

Kajian menunjukkan rakyat Malaysia adalah yang terbanyak mengambil gula dibandingkan rakyat negara lain iaitu lebih 20 sudu gula sehari bagi setiap orang. Sepatutnya tujuh sudu sehari.

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Friday, January 15, 2010

Tips Majikan dan Pembantu Rumah- Bhg 2

Sambung lagi tips majikan dan pembantu rumah

Pembantu adalah asset anda. Uruskan mereka dengan baik dan kita memperolehi pelbagai manafaat daripadanya. Sekiranya kita tidak menguruskan dengan baik tidak mustahil kita akan kehilangannya.

Beristikarahkah semasa membuat pilihan sepertimana maksud al-Hadith. ”….Sesungguhnya tidak akan menyesal orang yang beristikarah….”.

Tiada beza darjat pembantu dan majikan. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. Semua ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Ianya mungkin adalah berdasarkan pengalaman atau pengamatan semata-mata. Majikanlah orang yang paling sesuai menilai bagaimana cara terbaik menangani pembantu rumah masing-masing.Wallahua’lam.

1) Awasi pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya pekerja kontrak. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujukan lelaki. Jangan mudah percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat.

2) Awasi jika ada sindiket yang mendekati pembantu menawarkan pendapatan yang lumayan, memujuk pembantu melarikan diri.

3) Jangan terlalu percaya kepada pernyataan pembantu rumah. Pembantu mungkin tidak bercakap benar demi menyembunyikan kesilapan dan kelemahan kerana mungkin takut kepada majikan.

4) Jangan menimbulkan kesangsian yang sembarangan kepada pembantu kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan untuk pembantu bertugas seterusnya. Sediakan bukti yang kukuh jika terdapat kes-kes kehilangan barang atau kes-kes lain.

5) Simpan passport dan buku bank pembantu ditempat yang selamat jangan sampai diambil oleh mereka. Passport jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes lari.

6) Majikan perlu membuka akaun bank, disarankan nama bersama majikan dan salah satu untuk transaksi. Tunjukkan resit kemasukan duit pada setiap bulan.

7) Jika pembantu menyatakan keinginan untuk pulang ke Indonesia kerana sebab-sebab yang dinyatakan, awasi, mungkin dia mempunyai masalah lain dengan majikan dan tidak akan kembali lagi.

8) Jika perlu pegang gaji pembantu sekitar 3 bulan gaji untuk mengelakkan kes-kes lari. Kadang-kadang pembantu memerlukan pinjaman daripada majikan untuk dihantar ke Indonesia, bersederhanalah dalam menghulurkan pinjaman tersebut.

9) Kebanyakan pembantu adalah daripada golongan miskin dan perantau mencari rezeki yang halal. Berlebih kuranglah dalam urusan kewangan dengan mereka, jangan terlalu berkira, semoga kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Anggap yang kita terlebih beri sebagai sedekah atau sebahagian zakat.

10) Pembantu anda adalah manusia yang unik sifat-sifat dan kebolehan masing-masing. Elakkan membanding-bandingkankan dengan pembantu sebelumnya atau pembantu orang lain yang lebih baik. Jangan terlalu memikirkan sikap buruk pembantu sebaliknya hargai sikap baik mereka dan manafaat yang kita perolehi. Terlalu memikirkan dan memperhatikan kelemahan tanpa memperbetulkannya hanya akan menambahkan masalah rumahtangga.

11) Pembantu biasanya adalah golongan yang kurang berpendidikan dan taraf sosio ekonominya rendah. Majikan harus faham keupayaan pembantu dan janganlah mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan pembantu. Tatacara bekerja disetiap rumah juga adalah berbeza. Ajari pembantu dengan jelas dan sabar. Kadang-kadang pembantu perlu diajar berulang-ulang tentang sesuatu perkara.

12) Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal seperti keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau adakah pintu atau pagar telah dikunci sebelum pergi tidur, penjagaan barangan elektrik dan aspek-aspek keselamatan lain.

13) Setengah pembantu kurang memahami bahasa Melayu terutama daripada Jawa. Kadang-kadang mereka kurang memahami arahan majikan dan istilah bahasa Malaysia tetapi takut untuk bertanya. Perkataan tuala=anduk, sudu=cedok, tembikai=semangka, handphone=hape, perempuan=cewek, lelaki=cowok, teman=pacar, nakal=jahat, tak bertimbangrasa=jahat. Berhati-hati menggunakan istilah sedekah=mengemis. Teliti semasa komunikasi bagi mengelakkan salah faham.

14) Ajari pembantu tentang budaya kita Malaysia dan fahami perbezaan budaya mereka. Pegangan agama mereka kadang-kadang lebih longgar. Seperti bersalaman lelaki dan perempuan amalan biasa di Indon sebagai tanda hormat. Tunjukkan cara berpakaian yang sopan dan beli pakaian yang sesuai untuk mereka jika perlu. Awasi jika ada pengamalan tahyul dan syirik atau merokok.

15) Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan barangan elektrik jika perlu. Setengah rumah pembantu di Indonesia tidak berelektrik. Awasi pintu kereta yang selalunya tidak bertutup rapat.

16) Jangan mendera secara fizikal,emosi atau mencabul, ia boleh memudaratkan majikan sekiranya laporan dibuat kepada konsulat atau polis.Penggunaan bahasa kesat dan ugutan oleh majikan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku.

17) Jangan terlalu memandang rendah kepada mereka kerana kita memerlukan khidmat mereka. Anggap mereka sebagai pembantu dan bukan orang suruhan. Jangan menghina atau memperli bangsa mereka dihadapan mereka kerana ini akan menimbulkan kebencian mereka kepada kita.

18) Jangan meninggalkan kotoran peribadi seperti tuala wanita yang sudah dipakai untuk diuruskan pembantu. Pembantu mungkin merasakan kehinaan.

19) Jika boleh ajak pembantu makan bersama kita. Ini boleh mengeratkan perhubungan dan mempastikan beliau tidak memasukkan ramuan tambahan berupa ubat pengasih atau ubat penunduk dalam makanan. Kepercayaan tahyul amat berleluasa di setengah kawasan di Indonesia.

20) Layan pembantu dengan baik seperti mana kita mahu majikan kita berlaku baik kepada kita. Keseronakan mereka bekerja dan berkhidmat dengan kita harus dipupuk supaya majikan dan pembantu sentiasa mempunyai hubungan yang baik ,balasannya kita akan rasa anak-anak dan hartabenda kita sentiasa selamat .

21) Pembantu mungkin terasa tersinggung dengan kata-kata kesat anak-anak kita walaupun masih kecil. Pembantu mungkin tidak berani menegur anak-anak sebaliknya memendam rasa. Tegur anak-anak jika perlu. Pembantu juga mempunyai hak perlindungan daripada majikan sepertimana anak-anak berhak mendapat perlindungan.

22) Barang berharga seperti barang kemas harus disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes kecurian. Jika pembantu hendak pulang anda boleh memeriksa beg pembantu dan barang simpanan kita sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu. Jangan terlalu percaya walaupun pada zahirnya pembantu nampak baik dan alim. Jangan pula terlalu mencurigai sehingga menimbulkan rasa tidak selesa bagi pembantu.

23) Kita tidak perlu menguji kejujuran pembantu, kebanyakan mereka adalah tidak jujur. Bayangkan mereka adalah daripada golongan bawahan dan anda perlu mengakui banyak kelemahan mereka. Namun kita tidak perlu risau akan sifat panjang tangan mereka selagi mereka masih berada di rumah kita. Namun kita perlu sentiasa mempastikan barang-barang berharga tersimpan baik. Kalau boleh jangan sampai mereka mengetahui tentang adanya barang kemas di rumah kita.

24) Majikan tidak digalakkan memberi pelepasan cuti pembantu dan bermalam ditempat lain. Rancang cuti bersama pembantu atau tinggalkan pembantu dirumah saudara terdekat jika perlu. Pergaulan pembantu yang luas biasanya mengundang masalah.

25) Pemberian hadiah adalah kaedah terbaik dalam memupuk kemesraan dan kasih-sayang antara seorang majikan dan pembantu. Lakukan yang anda fikirkan terbaik kerana pembantu adalah asset anda. Pemurahlah dengan orang yang sebenarnya banyak membantu kehidupan kita kerana mereka penjaga pada anak kita masa kita bekerja. Layani mereka sebagai seorang yang banyak berjasa kepada kita sekeluarga.

26) Elakkan pergaduhan dan pertengkaran yang berlanjutan dengan pembantu kerana ianya mengaibkan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa tersisih/tidak dihargai oleh majikan. Sebagai majikan gunalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan sebarang masalah.

27) Majikan harus tegas dalam hal yang perlu tetapi mesti menjadi majikan yang penyayang dan berhati mulia bagi menimbulkan seseronakkan bagi pembantu bekerja dalam tempoh kontrak kerana ia suatu jangkamasa yang agak lama.

28) Bayaran perubatan di hospital kerajaan untuk pekerja asing adalah tinggi. Untuk kes kematian bayaran menghantar jenazah disekitar RM6000 atau lebih. Mengambil insurans akan mengurangkan beban majikan. Bayaran insurans Takaful Nasional adalah RM60 setahun.

29) Pembantu adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Amat sukar untuk mencari pembantu yang sempurna. Pembantu muda mungkin senang mengikut arahan tetapi mungkin cepat terpengaruh dengan lelaki. Pembantu tua mungkin kurang terpengaruh dengan lelaki tetapi kadang-kadang sukar untuk memahami arahan.

30) Tidak perlu memarahi pembantu dalam soal yang kecil atau remeh walaupun besar pada pandangan kita. Tegur dengan berhikmah contohnya jika pembantu menggunakan telefon atau barangan tanpa kebenaran kita. Ada kemungkinan pembantu melarikan diri kerana merasa bersalah atau kesalahannya akan diketahui.

31) Jangan memandang ringan soal hak pembantu kerana mungkin pada pandangan pembantu adalah suatu yang besar. Contohnya masalah gaji tidak dibayar dengan penuh atau dipotong tanpa hak, barangan dirampas dan sebagainya, kerana dikhuatiri pembantu akan berdendam dan mengambil tindakan yang diluar dugaan.

32) Dapatkan penilaian pembantu terhadap kita dengan mendapatkan maklumbalas orang yang dekat dengan beliau contohnya pembantu rumah saudara kita. Jika pembantu mengatakan majikan kejam, mungkin kerana beliau merasa tertekan kerana selalu dimarahi. Jika mengatakan majikan pelit (kedekut) mungkin majikan terlalu berkira dengan pembantu. Jika mengatakan majikan tidak bagi cukup makan bermakna majikan tidak pernah menjaga hal ehwal makan minum mereka atau mereka merasa sukar untuk mendapat masa yang sesuai untuk makan.

33) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Pembantu merantatu ke sini kerana kesempitan dan keperitan hidup yang memaksa. Fahami masalah mereka dan kasihani golongan yang lemah, nescaya kita dirahmati Allah.

34) Berusahalah mendidik pembantu terutama tentang solat dan membaca al-Quran..Kebanyakan pembantu agak daif dalam hal ini. Paling tidak bersama-samalah membaca Quran dengan ahli keluarga pada setiap malam jumaat.

35) Tunjukkan kasih saying dan perihatin anda kepada pembantu seperti mereka sebahagian daripada keluarga kita. Ambil berat tentang kesihatan dan kebajikan mereka.

Ingatlah segala pemberian,layanan,tuturkata dan perbuatan baik kita terhadap pembantu takkan sia-sia dan pastinya akan mendapat ganjaran yang sawajarnya di akhirat nanti. Sebaliknya juga.Wallahua’lam.

Thursday, January 14, 2010

Tips untuk menjana duit dari Blog

ula2 buat blog dulu, niatnya hanya nak share apa2 info,hukum, citer family, resipi dll untuk tatapan semua. Tapi rasanya tak salah ye kalau blog dapat memberi duit untuk kita, bolehlah lepas bayar internet , orang kata sambil menyelam kita minum air atau alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke lengannya.

So, bila saya dapat info dari kawan2 yg DapatWang (program pengiklanan) betul2 boleh memberi `duit poket` kepada kita, saya terus berdaftar. Kita hanya mempromosi linknya dan bayaran dibuat setiap klik link tu.

Saya baru je join DapatWang ni. Anda bila lagi??
Untuk maklumat lanjut kawan2 klik kat sini.DapatWang.com

Sekadar berkongsi info yang ada...Terimakasih

Wednesday, January 13, 2010

Tips Majikan dan Pembantu Rumah- Bhg 1


Kat sini ada saya terjumpa tips mengendalikan pembantu rumah.Tips ni diambil dari website: iklaneka Ini sebagai memperingati diri saya jugak..

Merapatkan jurang budaya di antara dua benua dan persehaman antara dua darjat adalah suatu tugas yang amat sukar. Namun toleransi dan persefahaman mampu meredakan tegangan. Tips-tips di bawah mungkin boleh membantu anda bagi memahami pembantu dan mengurangkan jurang persefahaman terutama dalam tempoh penyesuaian di tahun pertama.

"Ya Allah, jauhkan kami daripada majikan yang kejam kepada pembantu seperti menyisihkan pembantu kerana sombong, kikir dalam hal kebajikan dan makan minum, dan mengkhianati pembantu dalam apa jua bentuk. Jauhkan kami daripada pembantu yang berniat jahat dan tidak ikhlas untuk bekerja. Berikankan kepada kedua mereka keserasian dan keselesaan hidup. Hindarkan kami daripada mana-mana pihak yang khianat dan mengkhianati. Lapangkan dada semua pihak agar memudahkan segala urusan demi mencapai keredhaanMu. Amin"

1) Benarkan pembantu menghubungi keluarga di Indonesia apabila tiba memulakan kerja dirumah majikan. Kod panggilan murah Celcom 1310062xxxxxx Maxis 1320062xxxx. Digi 0062... Biasanya hp bermula dengan 8xxx . jika nombor yang diberikan bermula 08xx, abaikan 0. Contoh : 081375869008 ditukar kepada 132006281375869008 . Kod Indonesia ialah 0062 jika menggunakan Ring-Ring Card.

2) Pastikan makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu mengharapkan pembantu membuat seperti rumah sendiri. Sebaliknya pembantu biasanya segan untuk makan apa lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah sekiranya pembantu belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat walaupun kadang-kadang mereka segan.

3) Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pembantu. Pembantu biasanya segan untuk berehat dengan kehadiran majikan.Waktu bekerja yang lazim 5.30 am hingga 10.00 pm. Rehat sewajarnya dalam tempoh itu.

4) Cuti sehari seminggu seperti peraturan imigresen boleh diganti dengan bayaran ganjaran sewajarnya oleh majikan seperti pemberian bonus pada akhir tahun atau cuti bergaji penuh pada akhir tahun. (misalnya pembantu balik bercuti awal sebulan daripada tamat kontrak).

5) Majikan sebaiknya jangan membawa masalah dan tekanan ditempat kerja ke rumah sehingga bertindak kasar dengan pembantu kerana masalah di tempat kerja.

6) Pembantu adalah manusia biasa yang bersosial. Jangan menyisihkan pembantu dan anggap mereka sebahagian keluarga yang harmoni. Jika membeli jajan, jangan hanya dibeli untuk kita sekeluarga sahaja. Beri mereka makan apa yang kita makan. Jangan sampai kita kenyang mereka lapar, kita gembira mereka bersedih, kita makan mereka lihat sahaja. Contohi Rasullulah SAW melayani hamba abdi baginda.

7) Jangan mudah menengking dan meninggikan suara jika pembantu membuat kesalahan. Pembantu mungkin sensitif tetapi memendam rasa. Mereka manusia biasa yang ada perasaan dan perlu dihormati sebagai pekerja. Ajari dan teguri secara berhemah.

8) Selalu bertanya keperluan asas mereka seperti perubatan, ubat dan berus gigi, sabun, tuala wanita dan lain-lain. Mereka mungkin segan untuk memberitahu majikan. Jangan sampai sehingga mereka mencuri guna barang majikan. Perbelanjaan keperluan asas, perubatan dan urusan permit mereka adalah tanggunggan majikan.

9) Pastikan pembantu tidak terlalu bebas. Pantau pergaulan sesama mereka mungkin mereka selalu bercakap perkara buruk tentang majikan dan membanding-banding. Tidak digalakkan pembantu memiliki handphone kecuali dirasakan sangat perlu. Awasi penggunaan dan bil telefon rumah anda.

10) Awasi pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya pekerja kontrak. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujukan lelaki. Jangan mudah percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat.

to be continue...

Tuesday, January 12, 2010

Pokok Celaka ??

Namanya agak pelik, tetapi ramai yang tidak tahu ia ialah sejenis tumbuhan liar yang dipercayai boleh dijadikan ubat untuk wanita menjarakkan kehamilan.
Rahsia mengenai pokok yang banyak tumbuh di hutan Terengganu terutama di daerah Kemaman itu didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said semalam.
Menurutnya, walaupun nama pokok itu 'celaka' namun menurut orang tua ia amat mujarab dan diakui oleh ramai wanita mampu menjarakkan kelahiran anak.
"Oleh itu, para penyelidik dan saintis dari institusi pengajian tinggi awam di negeri ini diminta menjalankan penyelidikan bagi memastikan khasiat sebenarnya.
"Kerajaan negeri sedia membiayai kos penyelidikan kerana pokok ini jika terbukti mujarab bakal mengubah wajah negeri Terengganu sebagai sebuah pusat pengeluar ubatan tradisional utama," katanya di sini semalam.

Thursday, January 7, 2010

Kek Coklat Lapis Cheese Kukus


Kek ni favourite anak2 saya terutamanya Along. Bila dia makan, dia makan kek coklatnya dulu, then kumpul cheesenya.Lepas tu, baru makan semua cheese yg dia simpan.
Resipi asalnya `Brownies Cheese Cake` dari myresipi.com. Tapi kek ni, saya buat mengunakan Kek Coklat readymade, cuma tambah lapisan cheese saja.

Lapisan Cheese:
Bahan2:
1. 250g Cream Cheese
2. 60g gula kastor
3. 1 biji telur Gred A
4. 25ml air

Cara2.
1. Bancuh bahan2 kek coklat readymade.
2. Untuk lapisan cheese, campur semua bahan2 diatas kecuali telur. Pukul sampai kembang.Bila kembang, baru masukkan telur.
3. Letakkan separuh dari adunan kek coklat tu dlm loyang. Tutup loyang tu dgn kain/Aluminium foil (takut air dari pengukus tu menitik)
4. Kukus ~ 20 min.
5. Masukkan lapisan cheese tu, kukus lagi 15 min.
6. Lepas tu, masukkan lagi baki adunan kek coklat. Kukus lagi 15 min.

Ready untuk dimakan.





Tuesday, January 5, 2010

Tahukah anda:Air Dalam Botol Plastik didalam kereta sangat merbahaya


Untuk peringatan kawan2 semua, mungkin dah ramai yang tahu info ini...


Satu kajian mengatakan hawa panas yang memanaskan bahan plastik dlm botol memiliki bahan kimia tertentu yg boleh menyebabkan kanser payudara. So, berhati-hatilah dan jangan meminum air dlm botol plastik yg sudah ditinggalkan di dlm kereta.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Seboleh mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Kalau nak beli botol air..beli yg bergrade 7.. setiap bahan plastik yg kita selalu beli, ada grade die kat bahagian bwh.. contoh kalau btol mineral biasa bergrade 1..
kalau bergrade 1 neh, hanya boleh pakai maksimum 2 kali sahaja..
utk mengelakkan reaction seperti cerita di atas dlm keadaan panas..

Kalau bahan plastik yg bergrade 5, biasanya microwaveable..
lag tinggi grade no , lag tinggi kualiti die..
sekarang ni byk jual botol air yg besar2 bergrade 7...

Contoh botol Grade 7

Friday, January 1, 2010

Good morning teacher!!! Selamat pagi Cikgu....


Good morning teacher!!! teringat zaman budak2 sekolah dulu..

Kemarin adalah hari orientasi anak kedua saya, Abang (Adham). Kemarin, suasana kat sekolah barunya agak kelam kabut sebab ramai yang diletakkan di kelas yg sepatutnya tapi sebenarnya kelas lain. Bagi kes Abang, sepatutnya dia di masukkan di 1 Ceria tapi namanya tiada di kelas tu. Setelah di periksa di pejabat, namanya sepatutnya di kelas 1 Harmoni. Ramai ibu bapa yg kelam kabut, penuh kat pejabat untuk membuat semakan balik.

Budak2 tahun satu nampaknya semua bersemangat.Dah tak de yg menangis.Tapi ada seorang budak yg kehilangan ibu menjadi panik dan merayau-rayau. Bila ditanya guru, namanya dan nama ibunya, dia hanya mengeleng kepala. Mungkin panik kot..

Hari orientasi, di habiskan dgn suaikenal dan mewarna lukisan yg diberi. Semoga Abang berjaya dlm pejalanan sekolah rendahnya..
Related Posts with Thumbnails

Terimakasih. Sila kembali lagi...